Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Catatan kali ini berkisar tentang peristiwa-peristiwa pada hujung minggu baru ni. Tak di sangka-sangka anak perempuanku dapat tempat ketiga dalam kelas. Masa dia dapat tahu dalam dua minggu lepas dia call. Punyalah excited cuma aku pula yang agak panik nak memahamkan apa yang berlaku. Dia terjerit-jerit dan kemudian menangis mungkin macam tak percaya. Aku cuma bagi nasihat supaya apabila kita gembira, jangan terlalu gembira. Ada tekanan untuk memperbaiki lagi dan sekurang-kurangnya mempertahankan apa yang dia dapat sekarang. Jadi Majlisnya dijadualkan pada hari Sabtu, 26 Julai 2025. Dalam pukul 7.30 pagi dah kena hantar dia ke sekolah, aku dan isteri meneruskan perjalanan untuk bersarapan dahulu.
Disebabkan masih awal aku rancang ke Makan Pagi di Permatang Pauh. Selalu nampak kedai ni ramai dengan orang tapi disebabkan masih awal dapatlah parking dan meja pun masih ada yang kosong. Menu dia agak banyak juga dan potion makanannya agak besar. Aku tempah char kuey teow chinese, set roti jalan dan isteri pula tempah set roti bakar. Menarik juga restoran ini, rasa tenang sebab pelanggan tidak cari tempat sendiri. Bila ada kosong baru akan diberi masuk. Meja pun berjarak-jarak jadi ada privacy sedikit dan suasana ala kampung.
Selesai bersarapan kami pun balik semula ke sekolah untuk majlis anugerah, nampak ibu bapa orang lain pun ada, terpancar kegembiraan dan sedikit rasa bangga pada wajah masing-masing. Majlis berjalan lancar dan agak cepat juga. Dapatlah sijil dan juga medal buat pembakar semangat pelajar-pelajar. Tengah hari tu aku belanja durian 2-3 biji, durian tekka namanya. Aku pun tak pernah dengar nama ni tapi bila Google ada jumpa juga. Sedap juga duriannya, ada pahit-pahit sedikit. Buah dah hujung-hujung kata penjual durian tu. Musim kali ni kurang betul makan durian, sedar-sedar dan hujung musim. Puan isteri kurang selera pula sekarang dengan durian, nak jaga gula pun ia juga tu.
Malam tu aku ke Masjid Timah kerana ada Kuliah Tadabbur oleh Ustaz Abdul Muien, ini kali ketiga rasanya aku dapat dengar kuliahnya secara depan-depan. Biasanya dengan online. Suka cara ustaz ni mengajar, dia akan carikan kelainan dengan faham orang kebanyakan. Apa yang kira rasa utama boleh jadi ada yang lebih utama berdasarkan ayat-ayat Al Quran. Jika nak ikuti kuliahnya boleh ke pautan ini kerana pasukan Ghulam Al Dakwah sentiasa rakam untuk penonton online. Setakat ini dahulu catatan kali ini. Hingga bertemu lagi dalam catatan selanjutnya.
 |
Makan Pagi. |
 |
Menarik menunya, yang berkuah pun banyak. |
 |
Rambang mata nak membuat pilihan. |
 |
Set roti bakar dan telur separuh masak. |
 |
Set roti jala dengan kari ayam. |
 |
Char Kuey Teow Cina, beza dengan yang biasa ianya kering sahaja. |
 |
Sekali-sekala makan besar. |
 |
Tahniah Eryna, dapat tempat ketiga, harap terus bersemangat belajar. |
 |
Durian Tekka dari Gerik, Perak katanya. |
 |
Kuliah Tadabbut oleh Ustaz Muien. |
Sekian dahulu.
Alhamdullilah, Tahniah Eryna moga terus cemerlang 💖💖 Durian Teka, 1st time dengar jugak
BalasPadamCongrats eryna!!!
BalasPadamBila masuk blog bercerita ini macam lambat sikit nak mengeja. ha ha ha. Hadir menziarah sahabat blogger.
BalasPadamAlhamdulillah dan Tahniah Eryna. Baru sebut dengan hubby, lama tak jumpa durian Tekka. Dulu kami duduk di Kijal, memang banyak juga durian Tekka ni.
BalasPadam