Rabu, November 05, 2025

Betulkan Button Remote Yang Rosak

Assalamualaikum dan selamat pagi. Buat catatan sedikit tentang kejayaan setelah bertahun bertahan dengan satu button remote pagar yang rosak haha. Apa punya hambar lah kan. Remote pagar yang aku guna ni rosak satu button yang fungsinya membuka pagar kiri dan kanan serentak. Ada juga button untuk buka pagar kiri sahaja dan ada juga button untuk bukan pagar kanan sahaja. Bila yang buka dua serentak tu rosak maka kalau nak buka keduanya kena buka satu-satu. Aduh macam mana pula nak cerita ni. Harap ada yang fahamlah. 

Sewaktu aku tukar bateri remote (A27) baru ni aku belek-belek lah button tu. Rupanya bila ditekan dia tak naik balik sendiri. Aku pun gatal tangan untuk cuba fix masalah tu. Aku pun cuba buka switch tu dengan pisau kecil Victorinox. Rupanya ada satu besi kecil kat dalam tu yang rosak, fungsinya macam spring dalam masa yang sama dia akan sambungkan circuit apabila ditekan. Maknanya aku kena ada spare parts lah untuk ganti benda kecil tu. Nasib baik aku ada simpan satu remote rosak dari model yang sama. Aku pun buka switch dia untuk ambil part kecil tu. 

Setelah dipasang semula dan dah seminggu lebih guna nampaknya dah berjaya diselesaikan masalah ni. Sekarang dan boleh buka pagar kiri dan kanan secara serentak. 

 

Button atas kanan yang rosak.

Switch dah dibuka.

Transplant part dari remote rosak ke remote rosak button.


 Sekian dahulu catatannya.

1 ulasan:

  1. bagus betul ada skills repair2 brg elektronik gini! terbaekkk

    BalasPadam