Memaparkan catatan dengan label 2021. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2021. Papar semua catatan

Rabu, Disember 22, 2021

Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua

Kambing Perap Pak Mat Western
Assalamualaikum, dengan izin Allah Azza wa Jalla pagi ini kita masih diberikan ruang dan peluang untuk terus menghirup udara segar. Semoga kita semua dilindungi Allah Azza wa Jalla. Pagi ini rasa nak menulis atau mungkin juga sekadar merekodkan satu peristiwa iaitu "Eryna Khatam Al-Quran Kali Kedua". Mungkin pada sesetengah orang apalah sangat sampai perlua dibuat catatan tapi pada aku ia satu yang perlu dicatat.

Hujung minggu lepas semasa di Pangkor Eryna telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran untuk kali kedua. Hampir genap setahun setelah khatam kali pertama di Gombak bersama Emak ketika itu. Hajat hati nak buat makan2 sikit masa di Pangkor tu tapi tak berkesempatan dengan kurangnya masa dan kerapnya hujan di sana. Akhirnya malam tadi baru sempat makan2 sedikit. Bila tanya Eryna dia nak makan apa, cadang nak beli kek tapi dia pula tak mahu. Yang dia sebut ialah nak kambing perap bakar. 

Sedap sehingga menjilat jari
Berusahalah mencari kambing perap semalam, nasib baik ada yang menjadi dealer Kambing Perap Pak Mat Western kat tempat kerja. Wife keluar lah mencari bahan2 lain untuk buat sos cheese, kentang untuk dibakar dan sayur2 segar. Petang tu selepas balik kerja bersusah payah jugalah wife membakar kambing itu dan makan kambing bakarlah kami semalam. Nampak puas hati Eryna dapat makan kambing bakar yang dimasak dirumah. lebih puas makan berbanding di kedai.

Selepas Maghrib Eryna dan sambung bacaan surah Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Semoga khatam kali ketiga dapat dicapai dan lebih cepat lagi tempohnya agar boleh makan kambing perap bakar lagi.

Sekian dahulu untuk pagi ini. Posting ini tidak dipos di facebook demi menjaga perasaan orang yang sedang dilanda musibah banjir pada ketika ini. 

Selasa, Disember 21, 2021

Ronda-ronda Sekitar Pulau Pangkor

Assalamualaikum. Ronda-ronda sekitar Pulau Pangkor dengan menaiki van sewaan. Pemandu membawa kami melawat Masjid “Terapung”. Cantik masjidnya.
Kemudian kami dibawa ke Kota Belanda. Kota ini dibina oleh Belanda sebagai tempat pengumpulan bijih timah dari sekitar negeri Perak. 
 
Seterusnya kami dibawa melawat ke Masjid Cina. Khabarnya masjid ini baru siap diubah suai lebih kurang tiga tahun lalu. Dibina di kawasan perkampungan orang Cina. Satu keunikan yang jarang ditemui.
 
Masjid Terapung Pangkor

Juga dikenali Masjid 1,000 Selawat

Cantik masjidnya, dulu sampai ke sini tak siap lagi

Dinding masjid penuh hiasan

Di kaki lima masjid

Kota Belanda atau Dutch Fort, tak banyak peninggalan Belanda dapat dilihat di Malaysia

Selfie dulu

Tak dapat pergi Belanda, dapat ke sini pun jadilah

Ini pula Masjid Cina di Pulau Pangkor

Dibina di kawasan kejiranan orang Cina

Katanya masjid ini siap dinaiktaraf dalam 3 tahun yang lalu, sebelum ini telah ada Masjid Cina dengan binaan lama.

 

 

 

Isnin, Disember 20, 2021

Perjalanan Ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum. Pagi tadi memulakan perjalanan ke Pangkor melalui lebuhraya PLUS kemudian exit Taiping, melalui pekan Trong, Pantai Remis dan seterusnya ke Lumut. 
 
Makan tengah hari di Nasi Ayam Bakar Tapah Road bedekatan dengan jeti. Cuaca kadang renyai sedikit dan selebihnya banyak mendung. Acara tahunan family day belah isteri melibatkan 7 keluarga. 
 
Masih menunggu feri bergerak ke #PulauPangkor.
 
Sebelum memulakan perjalanan kami bersarapan di Restoran Adik Abang terlebih dahulu

Wife baru beli topi warna merah, aku pula dah siap bawa topi dengan design yang sama dibeli beberapa tahun yang dulu

Eryna pula memilih topi berwarna coklat gelap

Bersantaian di sekitar Jeti Lumut

Like mommy like daughter

Bila jumpa background yang cantik kita wajib bergambar dahulu

Sedang menunggu dipanggil masuk ke dalam Feri

Di dalam feri menuju ke Pulau Pangkor

 
Nukilan ini adalah siri satu dari empat siri keseluruhannya.

 

Rabu, November 10, 2021

Sesi Melayan Anak Mandi Kolam Di Grand Darul Makmur, Kuantan

Assalamualaikum. Sesi melayan anak mandi kolam di Grand Darul Makmur, Kuantan. Syok datang time weekdays, tak ada orang langsung. Yang ada pun orang tengah buat maintenance kolam. Boleh mandi sepuasnya tanpa rasa silu atau segan. 
 
Bagaimana rasa silu dan bagaimana rasa segan?

 





Khamis, Januari 07, 2021

Bangun Pagi Tahun #2021

Assalamu'alaikum dan selamat pagi.

Satu benda yang kita boleh #ubah dalam tahun baharu #2021 ini ialah kebergantungan pada alarm untuk bangun pagi. Matikan semua alarm bangun pagi dan latih diri untuk bangun awal sebelum masuk waktu #Subuh. Ramai yang bangun lebih awal dari waktu alarm diset. 

Jadi, ayuh cuba.

Photo by Björn Grochla on Unsplash