Memaparkan catatan dengan label Haji 2026. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haji 2026. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 15, 2026

Kenduri Perkahwinan Anak Sahabat Sehaji di Ipoh

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sambung lagi ukuwah dengan sahabat sehaji dengan memenuhi undangan perkahwinan anak perempuannya di Ipoh. Kebetulan hari Sabtu baru ni agak free juga jadi aku dah cakap kat wife nak pergi ke kenduri ni. Penang ke Ipoh dalam 2 jam boleh sampai, tidaklah jauh sangat. Mulanya Eryna tidak mahu ikut kerana masih dalam fasa peperiksaan hujung tahun tetapi dia ubah fikiran pula dan dia nak ikut serta. 

Pagi sebelum tu aku sempat pick up satu laptop yang lag katanya. Laptop jenama Avita Pura ke tak silap. Pakai Windows 11 tapi RAM 4GB sahaja. Memang tak cukupkan ceritanya. Selesai ambil laptop kemudian kami singgah Surau Taman Pauh Jaya kerana ada program dengan komuniti setempat. Ada juga disediakan aktiviti derma darah. Aku pula dah 3 bulan lepas balik dari Arab Saudi dah kira boleh menderma semula. Ambil masa sedikit kerana agak ramai juga yang menderma dari pagi tu.

Selesai derma darah kami pun siap-siap dan bertolak ke Ipoh. Dalam perjalanan duk tengok dalam WhatsApp group dah ada geng yang sama berhaji sampai dan ada yang dah nak balik. Ada yang tak sempat nak jumpa. Apapun setibanya kami di dewan sempat berjumpa dengan 2 pasangan yang sama berhaji selain dari Haji dan Azlan dan Hjh Hafisah yang menjemput. Seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang sama berhaji. Kalau boleh nak bersembang lama lagi.

Selesai di majlis perkahwinan itu, kami singgah minum cendol pula. Puan isteri duk mengidam nak makan cendol durian. Selesai di situ kami pun balik ke Penang semula.  


Isnin, Ogos 10, 2026

Jumpa-jumpa Rakan Haji Di Coffee Bean Gravitas

Assalamualaikum dan selamat petang. Catatan ringkas tentang aktiviti pada hari Sabtu yang lalu. Ini kali kedua aku buat jumpa-jumpa dengan sahabat-sahabat yang sama berhaji baru ni. Sebelum ini aku berjumpa dengan dua orang sahabat dan seorang mutawif kami semasa aku balik kampung ke Gombak. 

Kali ini aku merancang untuk kumpulkan beberapa pasangan yang tinggal berdekatan di Pulau Pinang. Sebenarnya aku rancang untuk buat perjumpaan ini pada hujung minggu sebelumnya tetapi disebabkan keadaan mata puan isteri yang masih baru operate jadi kami tangguhkan sampailah ke hari Sabtu baru ni.

Sebenarnya aku bukan tak boleh jumpa kawan-kawan yang lelaki ni, kalau dirancang senang sahaja nak jumpa. Aku rasa perlu juga untuk libatkan orang perempuan juga. Bagus juga untuk kita create circle baru yang melibatkan keluarga dan yang menjurus kepada akhirat juga. Sedikit sebanyak mengingatkan diri kita, ibadah haji itu tidak terus terhenti setelah selesai haji.

Kami berjumpa di Coffee Bean di Gravitas, kami semua tinggal berdekatan dan senanglah untuk jumpa. Aku ada juga jemput jemaah yang sedikit jauh tapi tidak dapat hadir, aku juga ada jemput seorang mutawif tetapi qadarullah dia tak dapat juga hadir walaupun awalnya seperti boleh hadir. Tak mengapa, mungkin ada kesempatan lain.

Walaupun kami dalam jemaah yang sama tetapi perjalanan haji kami tidaklah sama, ada yang sampai sebulan lebih awal dan pulang lebih awal. Ada juga yang tinggal di khemah yang berlainan semasa masyair haji. Apapun yang menyatukan seorang Muslim dengan Muslim yang lain itu bukanlah pengalaman yang berbeza tetapi persamaan yang ada dan rasa ingin berkongsi. 

Sebelum berpisah sempat juga aku pass baton kepada seorang tu supaya dia pula akan rancang pertemuan selanjutnya. Mungkin boleh tambah ahli lain lagi dan apa yang penting bagi setiap hubungan itu ialah supaya sentiasa mengharapkan keredhaan Allah atas ukhuwah yang dibina.  

Isnin, Julai 20, 2026

Hadir Majlis Pertunangan Sepupu, Ziarah Sahabat Twitter dan Mini Gath Geng Haji

Assalamualaikum dan selamat malam. Kita skip dahulu siri Travelog Haji dengan catatan ini. Catatan ini adalah tentang hujung minggu baru ni yang sungguh padat dan penat. Sebenarnya bermula hari Jumaat, aku menghantar puan isteri ke klinik mata. Mata puan isteri dah jadi teruk bermula sebelum haji lagi sebenarnya, tapi disebabkan dah suntuk sangat tak sempat nak jumpa doktor mata. Lagi pun kadang kala problem boleh heal sendiri dengan masa. Cuma masa dah sampai di Mekah, tak heal dan tiba-tiba matanya ada rasa macam makin kabur. Kemungkinannya ada urat di dalam mata pecah. 

Ketika di sana ada juga ke dua hospital untuk dapat rawatan mata, puan isteri memang ada ambil additional insurance cuma bila dan pergi kedua hospital tu akhirnya mereka suruh ke hospital lain yang tidak cover dalam insurance. Tak buat apalah sampai lah balik Malaysia semula. Sepanjang di sana aku selalu kena pimpin tangan sebab wife susah nak mengagak terutamanya kalau ada anak tangga atau permukaan tak rata. Jadi Jumaat lepas selepas consult dengan doctor, kenalah cucuk mata kiri dan kanan. Next dalam minggu depan kena operate pula mata kanan. In detail, aku sendiri tak faham sangat sebab mata ni complex betul kejadiaannya.

Jumaat tu settle dalam pukul 6PM, aku pula terpaksa ke office sebab nak ambil  barang dan punch sekalilah. Tak expect lama sangat sebenarnya. Hujan pula punyalah lebat. Balik ke rumah aku risau juga sebab esok pagi nak travel ke KL sebab ada majlis bertunang sepupu. Bapa saudara yang sama-sama berhaji jemput personally, jadi kena lah datang. Lagi pun selepas balik ke Malaysia belum sempat berjumpa lagi. Kami bertolak dalam pukul 7AM pagi Sabtu tu. Dalam perjalanan aku punyalah mengantuk, rasanya mungkin tak cukup rehat. Aku pun masuk R&R untuk tidur sekejap. Sebenarnya besar faedah ni apa yang dikatakan dengan power-nap ni. Memang betul-betul menjadi. Lepas tidur sekejap dalam 20 minit dan segar dan boleh terus drive sampai KL.

Jadi kami tiba lewat dari kemuncak majlis, tak apalah janji sempatlah makan dan jumpa-jumpa keluarga dekat dan jauh. Dah selesai di situ aku ada plan ke dua pula iaitu ziarah kawan zaman Twitter dulu. Sebelum ni ada beberapa kali jumpa, Pak Syed ni unik sikit sebab di agak senior jadi sangat respectlah dengan dia. Dia dengan teknologi juga di hujung jari sahaja. Pakai iPhone dan dia juga pakai Apple Watch. Dia juga pernah blogging juga dulu.

Malam tu ada satu lagi acara iaitu mini-gathering dengan geng haji. Mulanya plan 3 orang kemudian jadi berempat termasuk ustaz yang menguruskan jemaah haji. Seronok juga bercerita macam-macam sampaikan tak terasa waktu berjalan. Sedar-sedar dah dekat pukul 2AM. 

Hari Ahad tu aku dan Eryna balik ke Penang semula setelah menghantar wife ke Cyberjaya. Fuh penuh rasa hujung minggu baru ni. 

Jumaat, Jun 19, 2026

Solat Jumaat di Masjid Nabawi

Uploaded Image
Suasana Solat Jumaat. 

Bismillah. Suasana sebelum Solat Jumaat di Masjid Nabawi. Jam 9.45AM dah masuk dalam masjid. Duk aim nak duk di dalam kawasan masjid yang lama tapi dah penuh. Duk di belakang sedikit dari masjid lama. Nampak kubah hijau dari celahan payung. Zohor masuk jam 12.23PM. Penuhkan masa dengan baca Al Quran, solat dhuha dan selawat atas nabi ﷺ.

Ahad, Jun 14, 2026

Ada Cerita Tentang Jeddah

Laut Merah

Ada cerita tentang Jeddah. Lebih kurang 44 tahun lalu, ayahanda (rahimahullah) membawa kami sekeluarga dari Cairo dan berlabuh di Jeddah dengan kapal laut untuk menunaikan haji. Ketika itu ayahanda (rahimahullah) bertugas di Cairo, Mesir. Kalau tak silap, dari cerita bonda Norma Ujat dari Jeddah terus ke Mekah dengan bas. Bayangkan kesukarannya pada ketika itu. Itulah jalan yang yang ditunjukkan dan kami hanya menuruti langkah-langkahnya yang baik. Semoga Allah redha dengan kami semua. Hidup seorang mukmin bukan tentang mengambil sebanyak mungkin daripada dunia, tetapi memberikan dirinya kepada Allah semampunya. Beberapa minit sebelum Maghrib di tepian Laut Merah, Jeddah. Isteri kurang sihat lepas kembali dari Jeddah, doakan beliau.

Rabu, Jun 10, 2026

Laptop Bermusafir

Uploaded Image

Sepanjang permusafiran ni ada juga bawa laptop kecil (ThinkPad X201 released date 2010 dengan Endeavour Linux) untuk belajar tadabbur, belajar Halaqah Silsilah Ilmiyyah HSI AbdullahRoy dan check emel sikit-sikit supaya tak menumpuk. Semalam demam sikit dan sakit tekak. Hari ini semakin ok. Pekena Kinza cola buat melegakan tekak.

Ahad, Mei 31, 2026

Penghujung Waktu Berdoa di Hari Arafah


Suasana matahari terbenam di Arafah di hari Arafah 9 Zulhijjah 1447. Waktu akhir doa Arafah. Posisi gambar ini juga adalah menghadap kiblat. Semoga orang-orang yang terkemudian sampai ke Arafah di hari Arafah pada tahun-tahun seterusnya dapat berdoa untuk kita nanti.

Atas keterbatasan waktu dan internet yang perlahan, catatan dari tanah suci akan saya cuba buat dalam format pendek-pendek sebegini. InsyaAllah.