Assalamualaikum semua, malam ini nak kemas kini sedikit catatan di sini. Ianya berkenaan dengan seragam Halaqah Silsilah Ilmiah yang aku beli secara online. Dalam beberapa catatan terdahulu ada aku sebut yang aku sedang mengikuti satu program belajar agama secara online. Nama programnya ada Halaqah Silsilah Ilmiah atau ringkasnya HSI. Program ini disusun oleh Ustaz Dr Abdullah Roy, seorang yang punya kelulusan PhD dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan salah seorang dari beberapa orang sahaja yang diberi kebenaran untuk mengajar di Masjid Nabawi sebelum ini.
Mula sertai program ini lebih kepada cuba-cuba sahaja tetapi lama kelamaan rasa sesuai pula kaedahnya. Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan kaedah belajarnya. Jika ada yang berminat untuk belajar boleh ke mendaftar di daftar.hsi.id. Walaupun bahasa pengantarnya adalah Bahasa Indonesia namun bagi orang Malaysia, Singapura, Brunei dan selatan Thailand bahasanya agak standar jadi boleh difahami dengan mudah.
Awal bulan Mac lepas meraka ada iklankan baju khas untuk penuntut semasa program ini. Bila aku tengok iklannya terus tergoda dengan bajunya, designnya unik seperti kemeja + parka warna kelabu gelap. Menarik sekali untuk buat pakai-pakai sama ada ke surau atau dijadikan seperti jeket. Kainnya nampak seperti tebal tetapi sebenarnya tidak tebal, sesuai dipakai pada hari yang panas pun. Kainnya jenis ripstop yang banyak digunakan dalam ketenteraan. Lama juga nak sampai baju ni lebih 2 bulan juga menunggu tetapi berbaloilah. Hampir sahaja rasa seperti mungkin kirimannya tidak sampai atau hilang di dalam perjalanan. Apapun yang penting daripada kita bersangka begitu adalah lebih baik kita berdoa supaya selamat sampai.
Sewaktu nak membuat bayaranya juga masalah kerana perlu bank in ke bank di Indonesia, sedangkan untuk transfer terus perlu capai kadar minima sedangkan baju in tidak sampai pun. Nasib baik ada berbaik dengan pembantu mutawif sewaktu mengerja umrah pada Januari lepas. Dia asal Indonesia tetapi menetap di Batu Pahat. Bila ditanya, lega bila dia mahu membantu. Semoga Allah membantunya selalu. Setakat ini sahaja catatan kali ini, hingga bertemu lagi dicatatan seterusnya.