Memaparkan catatan dengan label Kalimantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kalimantan. Papar semua catatan

Jumaat, April 07, 2023

Oud Kalimantan Dah Nak Habis

Oud Kalimantan Dah Nak Habis

Dua minggu lepas baru mula berjinak2 dengan oud ni. Sedar tak sedar dah nak habis Oud Kalimantan 3ml ni. Sekejap sahaja rasanya. Semalam order pula lagi dua botol bersaiz 6ml pula buat kegunaan penghujung bulan Ramadan dan persediaan untuk Syawal. Mula2 rasa macam tak boleh terima bau dia tapi dalam masa yang sama rasa addicted pula, bila lama tak pakai rasa nak memakainya. Kadang duk bau2 pergelangan tangan ni kerana seperti ada tarikan. Dan bau itu melegakan. Nanti akan update lagi yang dua botol baru order tu. Dua2 bauan lain.

Khamis, Mac 23, 2023

Dehn Oud Kalimantan

Dehn Oud Kalimantan

Assalamualaikum. Kali ini hanya nak update pasal minyak wangi ala-ala arab yang baru dibeli. Wangian diberi nama Dehn Oud Kalimantan. Yang meracunnya ialah Ustaz Azhar Idrus dalam salah satu video beliau. Kebetulan tertengok. Kebetulan nak masuk Ramadan. Jadi terbelilah. Baunya seperti bau Arab. Ramai salah anggap sebenarnya oud ni ialah bahan dari alam Asia Tenggara iaitu gaharu.