Memaparkan catatan dengan label Sogo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sogo. Papar semua catatan

Isnin, Februari 26, 2024

Akhirnya Bertemu Pakcik Yang Terjumpa Di Mekah

Assalamualaikum semua. Pagi ni nak buat catatan berkenaan aktiviti hujung minggu baru ni. Apa pun catatan ini berkaitan juga dengan peristiwa aku terjumpa pakcik yang aku rasa aku kenal di Mekah tetapi aku tersilap. Hujung minggu ni wife tak balik ke Penang kerana Aku dan Eryna yang akan ke Putrajaya dan KL. Pada yang tidak tahu aku dan wife dalam PJJ sekarang ni. Dia bekerja di Putrajaya dan aku pula di Penang. Mungkin siapa yang biasa baca blog ni tahu sebab ada beberapa kali juga aku menerangkan perkara ini. Apa pun doakan kemudahan kehidupan kami sekeluarga. Hari Khamis malam aku dan Eryna bertolaklah dengan menaiki bas. Lama juga tidak menaiki bas. Dalam bas sedap sahaja tidur, sedar2 dah sampai ke Putrajaya Sentral awal paginya. Hari Jumaat tu kami check in Hotel Everly sahaja yang senang di Putrajaya. Nak makan pun boleh jalan kaki ke Alamanda.

Keesokan harinya selepas bersarapan di Putrajaya kami ke Gombak dengan menaiki kereta. Dah pesan kat wife untuk ingatkan untuk ke surau waktu Zohor nanti sebab nak try cari pakcik yang aku jumpa kat Mekah. Sampai di Gombak borak2lah dengan mak sambil pekena pengat pisang dan pisang goreng. Sampai waktu Zohor aku pun ke surau. Direzekikan ada pakcik tu tapi aku ada risau2 juga takut salah orang. Selepas selesai solat aku pun terus meluru kepadanya dan bertanya sama ada dia ada ke Mekah ke baru ni, dan dia cakap ada. Dia pun rasanya masih ingat pertemuan di Mekah tu. Selepas sembang2 sikit aku pun minta nak bergambar dengan dia sebab nak tunjuk kat mak. Rezeki betul dapat menyantuni kawan2 abah rahimahullah sewaktu hayatnya. Bila ditunjukkan gambar pakcik ni mak pun kenal cuma nama mak tak berapa pasti, ada juga pernah datang ke rumah dulu2. 

Petang tu pula kami check in di Hotel Tamu di Kampung Baru. Antara hotel favorite ni sebab senang ke masjid dan banyak tempat makan dekat2 selain itu boleh mengimbau kenangan juga Kampung Baru ni. Antara peristiwa yang tak boleh lupa ialah bila tayar motor pancit dan ada orang membantu tanpa meminta balasan. Kedai tutup masa tu sebab hari Ahad. Boleh jadi 1 pos tu kalau nak dibuat catatan. Selepas check in kami ambil Grab ke Sogo. Saja shopping2 sikit, dia oranglah yang membeli kita dapat suasana sahajalah. Balik dah penat dan dah malam. Last2 duduk di Kg Baru tapi tak sempat pun nak makan2 kat situ. Cuma Subuh esoknya dapat juga merasa ke Masjid Kg Baru. Suka sangat vibe masjid, jemaahnya ramai dan sound system dia bagus mirip seperti di Madinah. Cuma yang aku agak kurang setuju ialah ada amalan2 yang nabi  tidak contohkan tetapi ditambah2. 

Esonya selepas sarapan di hotel, terus ke Hentian Duta untuk balik ke Penang. Tiket jam 11 tetapi basnya 11.40 baru muncul. Inilah satu masalahnya sistem bas, susah nak tepat. Dalam pukul 4PM dah sampai Penang Sentral. Alhamdulillah semuanya smooth sahaja.