Memaparkan catatan dengan label Universiti Sains Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti Sains Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, Mei 05, 2025

Jom Masuk U Zon Utara Di Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi. Banyak yang telah berlaku sepanjang minggu lepas antaranya boss baru masuk ke tempat kerja aku. Disebabkan adanya pertambahan bangunan baru maka ada juga penambahan staf IT, untuk IT ada penambahan beberapa staf termasuk seorang boss gred F12. Dapat boss perempuan pula kali ini, harap baik-baik sahaja. Kerja semakin hectic kerana ada banyak urusan apabila ada pertambahan lokasi dan perkhidmatan baru. Kami dijangka pindah lagi dua minggu dan hari ini telah mula operasi di bangunan baru untuk 4 jabatan dahulu.

Hari Sabtu baru ni ada acara Jom Masuk U Zon Utara Di Universiti Sains Malaysia. Jika sebelum ini acara bagi zon utara di adakan di UNIMAP kali ini di USM. Bila tahu USM terus sahaja aku berminat nak ikut wife punya program ni. Macam sirih pulang ke gagang jugalan kerana lama juga bekerja di USM dahulu. Di sinilah keluarga kami bermula. 

Kami sengaja rancang untuk sampai lebih awal supaya dapat bersarapan di Subaidah. Wah sungguh menggamit kenangan. Dulu-dulu kena mengendong anak sekarang dah 15 tahun pun anak perempuan tu. Cepat masa berlalu. Apa pun di Subaidah kerana mungkin agak ramai orang makan pilihan menunya tak banyak, mulanya nak order Roti Malaysia (roti bakar dengan telur separuh masah di atasnya) tetapi tak ada pula. Tak mengapalah cuma order roti telur sahaja 3 supaya dapat menjimatkan masa menunggu dan memudahkan pekerja restoran.

Di acara Jom Masuk U ada juga jumpa kenalan-kenalan lama dan bagi wife macam artis pula gayanya. Ialah dia dah di kementerian dan bila datang mewakili kementerian ni lain macam sambutannya. Wife pula memang banyak juga kenalan satu USM tu. Selesai acara perasmian kami ronda-ronda booth, bagi anak feel sikit semangat orang nak masuk universiti walaupun dia baru tingkatan 3. Selesai itu kami ke booth makanan pula dan balik ke rumah. 

Ringkas sahaja catatan kali ini. Jangan lupa meninggalkan sedikit ulasan. 

Selasa, Mac 27, 2012

Bilik sementara Adik Tatih Hadhanah ditutup

Aku ada blogkan sebelum ini yg Eryna kena gigit serangga dua kali. First area mata Eryna lebam, tak tahu kena gigit serangga apa. Yang kedua ibu jari kiri Eryna lebam kena sengat lebah. Bilik sementara tu isolated dr block lain, mmg byk serangga kawasan tu. Smlm Hadhanah Pusat Islam USM tutup bilik tu, budak semua menumpang pula di dewan Hadhanah. Mungkin akan campur dgn budak yg lebih besar. Harap takde kejadian yg berbahaya berlaku & harap cepat bilik Adik Tatih siap renovate.

Mobile blogging, nnt edit letak link ke post lama.