Memaparkan catatan dengan label Windows 11. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Windows 11. Papar semua catatan

Isnin, Mei 20, 2024

Win Debloat Tools

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni nak kongsikan sedikit perkara agak teknikal berkenaan Windows 11. Seminggu dua terpaksa sibukkan diri buat maintenance komputer-komputer di tempat kerja. Selalu terjumpa komputer dengan Windows 11 yang masalahnya slow. Slownya macam ada something yang tak kena. Jadi aku cari-cari bagaimana nak debloat Windows 11. Apa itu debloat? Microsoft Windows dari dahulu selalu menginstallkan software atau services yang tidak perlu. Nak cari dan buang satu-satu bukan perkara yang mudah. 

Salah satu tools yang aku jumpa untuk Debloat Windows 11 ialah Win Debloat Tools. Tools ni boleh di download melalui link yang akan aku letakkan di bawah catatan ini. Selain dari debloatkan sistem kita ada juga tool-tool lain dari perisian ini yang aku masih belum cuba. Akan datang akan aku teroka lagi apa yang boleh di buat oleh aplikasi ini. Kepada yang menggunakan Windows 11 dan hendak mencuba bolehlah cuba untuk meringankan sedikit sistem komputer anda. Sekian dahulu catatan ringkas untuk kali ini. Link downloadnya ada di bawah.