Memaparkan catatan dengan label arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label arab. Papar semua catatan

Rabu, April 08, 2026

Malam Ini Kita Dapat Gencatan Senjata

Gambar tidak berkaitan.
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ringkas sahaja catatan malam ini. Cuma nak luahkan sedikit rasa kelegaan atas gencatan senjata yang dicapai dalam peperangan antara pakatan U.S./ Israel dan Iran. 

Iran mengatakan mereka talah berjaya menyebabkan Amerika akur kepada syarat mereka sebagai balasan untuk membuka semula Selat Hormuz. 

Walaupun aku tidak menyokong mana-mana pun dari dua pihak ini tetapi gencatan senjata ini sedikit melegakan. Semoga rantau Arab kembali pulih keamanannya. Semoga musim haji tahun ini tidak diganggu oleh ketidakstabilan dunia.

Israel tidak berpuas hati dengan gencatan senjata ini, tidak cukup dengan Tanah Palestin dan Syria yang telah dijajah, mereka ingin menjajah Lebanon pula.

Apapun semua orang dah boleh agak, yang akan melanggar gencatan senjata ini nanti adalah Israel. Selamanya mereka sentiasa tidak boleh dipercayai.  

Isnin, September 11, 2023

Gadget Baharu Dari Timur Tengah - Bukhoor

Assalamualaikum. Semua tengah buat apa tu? tengah pikir nak update apa kat blog ke? Hari ni 11 September ya. Tak2 bukan nak update pasal rempuhan bangunan WTC, America. Hari ni cuma nak update sikit pasal bukhoor. Kisahnya semalam adalah hari mengemas pejabat puan isteri. Dia akan mula dipinjamkan ke kementerian pada 18 September 2023. Maka akan bermulalah kembali kehidupan PJJ nanti tu. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami sekeluarga. Dengar2 puan isteri pun dah nak mula berblogging balik, boleh try usha di sini untuk blog dia. Semalam selepas bersarapan lempeng cicah sambal tumis ikan bilis, goreng cempedak dan gorang pisang nangka kami pun bertolaklah ke USM. 

Kemas2 apa yang patut lalu terjumpalah satu kotak pemberian dari timur tengah ni. Wife memang banyak terima hadiah2 dari student2 dia, ada yang dari luar negara dan ramai juga yang dari Arab. Nah rupa2 dapat bukhoor ni. Sebelum ni ada juga tengok orang promote benda ni dan ada teringin nak cuba beli tapi tak beli2. 

Bila dah ada ni aku pun mulalah teruja nak membakarnya. Petang tu aku pun bakar lah arang dia atas dapur. Biasanya orang akan guna lighter yang jenis blow torch supaya cepat terbakar. Bila tak ada benda tu kita bakar sahajalah atas dapur. Banyak juga arang yang dibekalkan, sekotak penuh. Tak tahulah akan habis guna atau tersadai je nanti ni. Ingat nak juga bakar sekali sekala. Bau dia sebijik lah macam kat kedai2 arab kat Mekah dan Madinah. Siapa yang pernah ke sana pasti tiba2 teringat bau dia.

Orang kata bau ni kalau selalu dipasang akan melekat wanginya dalam rumah. Entahlah, biasanya orang kita kurang suka bau2 Arab ni tapii aku ok sahaja. Malam tadi dah siap beli online lighter blow torch untuk bukhoor ni. Ingat petang nanti nak pasang lagi. Korang pernah try ke pakai bukhoor ni?

Jumaat, Mei 27, 2011

This is in Yemen not in Palestine

Yemen
Arab revolution in Yemen

Yemen
Yemen revolution

Yemen
This is in Yemen not in Palestine 

Exhibition ni berlangsung di masjid Al Malik Khalid, sudah tiba masanya kerajaan Yaman memberi laluan kepada Yemen yang lebih baik, sungguh menyayat hati bila rakyat dibunuh sesuka hati kerana mahukan kehidupan yang lebih baik, kerana mahukan negara yang lebih baik, kerana sayangkan negara, kerana mahu generasi akan datang akan hidup dengan kehidupan yang lebih selesa. Inilah nilai sebuah perjuangan. Ini boleh berlaku di Malaysia jika rakyat terus ditindas, keadilan tidak ditegakkan, rakyat tidak dapat menikmati hasil dari usaha penat mereka menyumbang kepada negara, rakyat tidak dapat menikmati hasil kekayaan negara.

Selasa, Januari 04, 2011

Cheese Almarai


Bukan almari ye, 2nd time beli cheese ni kat kedai Arab depan masjid USM. Buat ratah. Harga RM3.50 shj. Kalau kat supermarket rasa dlm RM10. BTW Almarai ni sykt dari Saudi Arabia. Mmg byk keluar dairy food. Yg biasa kat supermarket lazimnya dari Australia & New Zealand. Rasa dah tiba masa Malaysia import product timur tengah especially dairy food. Tak ragu2 status halal dan produk negara Islam pastinya lebih murah.