Assalamualaikum. Semua tengah buat apa tu? tengah pikir nak update apa kat blog ke? Hari ni 11 September ya. Tak2 bukan nak update pasal rempuhan bangunan WTC, America. Hari ni cuma nak update sikit pasal bukhoor. Kisahnya semalam adalah hari mengemas pejabat puan isteri. Dia akan mula dipinjamkan ke kementerian pada 18 September 2023. Maka akan bermulalah kembali kehidupan PJJ nanti tu. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami sekeluarga. Dengar2 puan isteri pun dah nak mula berblogging balik, boleh try usha di sini untuk blog dia. Semalam selepas bersarapan lempeng cicah sambal tumis ikan bilis, goreng cempedak dan gorang pisang nangka kami pun bertolaklah ke USM.
Kemas2 apa yang patut lalu terjumpalah satu kotak pemberian dari timur tengah ni. Wife memang banyak terima hadiah2 dari student2 dia, ada yang dari luar negara dan ramai juga yang dari Arab. Nah rupa2 dapat bukhoor ni. Sebelum ni ada juga tengok orang promote benda ni dan ada teringin nak cuba beli tapi tak beli2.
Bila dah ada ni aku pun mulalah teruja nak membakarnya. Petang tu aku pun bakar lah arang dia atas dapur. Biasanya orang akan guna lighter yang jenis blow torch supaya cepat terbakar. Bila tak ada benda tu kita bakar sahajalah atas dapur. Banyak juga arang yang dibekalkan, sekotak penuh. Tak tahulah akan habis guna atau tersadai je nanti ni. Ingat nak juga bakar sekali sekala. Bau dia sebijik lah macam kat kedai2 arab kat Mekah dan Madinah. Siapa yang pernah ke sana pasti tiba2 teringat bau dia.
Orang kata bau ni kalau selalu dipasang akan melekat wanginya dalam rumah. Entahlah, biasanya orang kita kurang suka bau2 Arab ni tapii aku ok sahaja. Malam tadi dah siap beli online lighter blow torch untuk bukhoor ni. Ingat petang nanti nak pasang lagi. Korang pernah try ke pakai bukhoor ni?
Arang dia ada di bawah penutup atas tu. |
Cantik juga design dia, biasa tengok 4 segi di bahagian atas dia. |
Inilah arang yang dibekalkan sekali, sekotak penuh tu. |
Petang nanti cuba bakar lagi. |
Sekian, terima kasih.
semacam pengharum ruangan ya?
BalasPadamsalam perkenalan...
saya follow blognya
Iya mas, pewangi ruangan dengan memperasapkan ruangan bilik. Terima kasih.
PadamItu aroma terapi untuk pengharum ruangan kah?
BalasPadamIya betul mbak, untuk pengharum ruangan. Budaya dari negara Arab.
Padamwah...ada gajet baru dari timur tengah...boleh layan feel seperti di padang pasir hehehe
BalasPadamNi bukan feel padang pasir, tapi feel bershopping di kedai2 arab.
Padamarang tu boleh tahan berapa lama sekali bakar?
BalasPadamSaya rasa mungkin dalam setengah jam. Tak berapa pasti sebab tak terbakar habis pun, sebab dah padam di pertengahan.
PadamSaya tahu, tapi tak pernah pakai. Tak ada juga pun alat nya 😅. Tapi benar lah, terkadang aromanya terlalu strong sangat. Pernah cium kalo masuk ke toko2 arab saat umroh dulu. Saya kurang suka wangi seperti itu. Beda dengan aroma oud. Walopun strong tapi masih ada sisi sedap dicium 😄
BalasPadampernah dgr tapi tak pernah try/beli..if wangi mcm aromaterapi tu i suka jer
BalasPadamPernah dengarlah dan baca pasal bukhoor ini tapi tak pernah lah pula Sha beli.. kikiki.. okay ke bau dia..
BalasPadam