Memaparkan catatan dengan label barisannasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barisannasional. Papar semua catatan

Selasa, Jun 14, 2011

Kerajaan makin teruk

Makcik yg berniaga kat Fajar Harapan merungut td masa beli nasi lemak, harga barang makin naik bukan naik sikit2 skrg ni semua pun berkait2 kenaikannya tp dia tak boleh sesuka hati naikkan harga makanan dia sbb kena ikut harga tender. Dia pun kesian nak naikkan harga sbb dia tau yg membeli pun bukan yang berada2 sgt, ramai student, staf sokongan yang gajinya byk mana lah sangat. Ada sorg technician td terus menjawab dengan spontan, kuat dan tak malu2, yg tak kesian kerajaan shj, kerajaan dah teruk, salah org kita jugak pi pangkah kerajaan yang teruk.

Masa makan borak dgn @melamyra mcm mana nasib org yg gajinya 700 sebulan...

Khamis, Mei 07, 2009

Bisikan diraja #1blackmalaysia


Gambar ihsan dari mStar Online.

Pastinya hari ini ramai yang kecewa bila mengikuti perkembangan persidangan DUN Negeri Perak. Banyak pencabulan demokrasi telah berlaku antaranya:
  • Arahan pihak polis tidak membenarkan pemakaian pakaian berwarna hitam. Nak pakai baju warna apa pun adalah hak setiap insan.
  • Berpuluh ditahan polis tanpa sebab. Yang ditahan termasuk ADUN-ADUN dan ahli-ahli Parlimen.
  • Anggota DUN tidak mematuhi arahan Speaker. Dalam apa jua keadaan Speaker tetap berkuasa.
  • Campur tangan polis di dalam dewan. Sampai Speaker di heret ke dalam bilik khas.
Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong amalan demokrasi seharusnya malu dengan apa yang berlaku. ADUN Pakatan Rakyat tidak meminta kuasa dikembalikan kepada mereka, mereka mahukan demokrasi ditegakkan. Kembalikan kuasa memilih kepada rakyat Perak. Bubarkan DUN Perak.

Bersama kita doakan perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

Ikuti hashtag #1blackmalaysia di Twitter Search: #1blackmalaysia