Memaparkan catatan dengan label earthquake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label earthquake. Papar semua catatan

Selasa, Mei 20, 2008

Rememberance earthquake victime: Google Chine turn black and white

Due to earthquake a week ago in , Google turn their page to black and white. Go here and see. Feel free to donate something to the victim.

Beberapa lokasi di ibu negara bergegar kesan gempa bumi di Sumatera

Utusan Malaysia Online - Terkini
KUALA LUMPUR 19 Mei — Beberapa lokasi di ibu negara dikesan mengalami gegaran berikutan gempa bumi yang melanda Sumatera Utara pada pukul 10.26 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter itu adalah punca kepada beberapa gegaran di sekitar Lembah Klang.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami.

Sementara itu, salah seorang penghuni di Pangsapuri Cendana dekat Bandar Sri Permaisuri di sini, Zainal Abidin Razali berkata, kejadian itu menyebabkan hampir kesemua penghuni pangsapuri berkenaan panik dan bergegas turun.

Katanya, kesan gegaran itu dapat dirasai dengan begitu jelas berikutan kedudukan unit pangsapurinya yang terletak di tingkat 15.

“Saya memang rasa unit rumah saya bergoyang dan nampak dengan jelas bagaimana kipas siling saya berhayun dengan kuat kerana gegaran itu.

“Ketika ini boleh dikatakan hampir semua penghuni pangsapuri telah turun kerana bimbang gegaran itu akan berulang,” katanya kepada Bernama.

Di Bukit Antarabangsa pula, salah seorang penghuni di pangsapuri lima tingkat di kawasan berkenaan, Mohd Fisol Jaafar berkata, gegaran itu dirasai kira-kira 16 saat.

“Pada mulanya saya menyangkakan gegaran itu kerana anak lelaki saya menendang sofa yang kami duduki, tetapi setelah diamati ia bukan satu gegaran `biasa’,” katanya.

Mohd Fisol berkata, beliau mendapat tahu mengenai gempa bumi berkenaan selepas mendengar laporan Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, terdapat beberapa laporan mengenai gegaran itu dari sekitar kawasan Sri Hartamas, Cheras dan Loke Yew.

“Gegaran itu dikatakan berlaku selama lebih kurang 15 minit, dan tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda atau bangunan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, jurucakap di bilik gerakan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Selangor berkata, pihaknya menerima aduan berhubung gegaran berkenaan di Seksyen 18, Seksyen 26 dan Seksyen 28 dekat Shah Alam.

Katanya lima anggota telah pun dihantar ke kawasan kejadian untuk melakukan pemantauan. — Bernama
p/s: patutlah td terasa gegaran!

Rabu, September 12, 2007

Gempa bumi kuat melanda selatan Sumatera, amaran tsunami

Gempa bumi kuat melanda selatan Sumatera, amaran tsunami:
KUALA LUMPUR 12 Sept — Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, 155km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 718km barat daya Johor Baharu pada 7.10 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan, gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Menurut kenyataan itu, penduduk di kawasan pantai terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dinasihati supaya menjauhi kawasan pantai.

Gegaran turut dirasai di kawasan Barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAKARTA digegar gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter beberapa minit lepas.

Maklumat awal yang disiarkan televisyen tempatan menyatakan gempa bumi yang berpusat di sekitar kepulauan Bengkulu itu berpotensi tsunami.

Ketika laporan ini dibuat wartawan Bernama yang berada di tingkat 19 Wisma Antara di bandar raya itu masih terasa bangunan setinggi 20 tingkat itu bergoyang kuat.

Komputer di atas meja, televisyen dan perabot bergoyang akibat gempa itu.

Ribuan pekerja pelbagai syarikat di Wisma Antara bertempiaran keluar meninggalkan pejabat masing-masing untuk menyelamatkan diri dengan turun ke bawah dengan menggunakan tangga kecemasan.

Di JOHOR BAHARU, gegaran turut dirasai sehingga menyebabkan orang ramai terutamanya di bangunan tinggi keluar ke perkarangan bangunan masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Saiful Bahari berkata, jabatan itu menerima banyak laporan daripada orang ramai khususnya yang tinggal di bangunan tinggi seperti kondominium Bukit Saujana, Taman Desa Cemerlang, flet Bukit Cagar dan juga di Gelang Patah.

Saiful berkata jabatan itu telah menghantar anggota untuk membuat pemeriksaan di bangunan-bangunan tinggi yang terlibat.

Di KUALA LUMPUR, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata, jabatan itu menerima banyak panggilan daripada orang ramai melaporkan bangunan dan rumah pangsa mereka mengalami gegaran.

Katanya, keadaan itu menyebabkan penghuni dan pekerja di bangunan tinggi terbabit bergegas keluar untuk menyelamatkan diri.

“Antara kawasan yang mengalami gegaran ialah Pandan Jaya, Petaling Jaya, Jalan Klang Lama, Kepong, Cheras dan kompleks kerajaan di Jalan Duta.

Anggota bomba telah dihantar ke kawasan berkenaan untuk memantau keadaan keselamatan di sana,” katanya.

Bagaimanapun pihak bomba meminta orang ramai supaya tidak panik dan bertenang memandangkan gegaran itu cuma tempias daripada gempa bumi di Sumatera.-Bernama





Related post: , , ,