Memaparkan catatan dengan label home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label home. Papar semua catatan

Sabtu, November 21, 2020

Projek Tukar Kipas Siling

Minggu ni projeknya ialah menggantiakan kipas siling lama kepada kipas baharu. Kipas lama dah makin uzur, dah berbunyi ketak ketak ketak bila dipasang. Wife bila bila work from home selalu duduk bawah kipas ni dan selalu meeting online. Bunyi ketak ketak ketak sangat mengganggu katanya. Satu lagi masalahnya lampu sedia ada bila pasang akan berbayang-bayang bila pasang kipas. Jadi tak cantik dalam meeting online. Disebabkan atas permintaannya bersungguhlah mencari kipas yang sesuai. Cari-cari kat Shopee jumpalah Alpha Fan model AF20 56' dengan lampu LED. Sebenarnya ini bukan kali pertama beli kipas jenama Alpha ni, sebelum ni pernah dah beli dan rasa puas hati cuma sebelum ni beli kat kedai. Yang baharu ni cari kat Shopee. Selain dari kipas siling, rasanya water heater Aplha pun ok, bila orag minta recommend memang akan suggest jenama Alpha ni.


Alpha Fan AF20 58' LED

Baru keluar dari kotak

Kipas yang siap dipasang

Kelebihan kipas ni, dia ada lampu ditengahnya dengan 3 tona color iaitu cool white, warm white dan extra warm light (kut). Lampunya boleh ditukar mengikut kesesuaian. Nak pasang lampu sahaja pun boleh. Cuma sedikit kerisauan ialah takut kalau lampu LED ni rosak. Mungkin kena cari sparepart dari Alpha jugalah rasanya. 

Jadi dengan penggantian kipas ni diharap tiadalah lagi rungutan kalau nak bermeeting online.


Sabtu, Januari 15, 2011

Pasu indoor

Pasu indoor

Ni pasu interior yg dibeli tadi di Jusco Bandar Perda, harga asal RM 15.90 tp ada discount 20%. Agak mahal tp terpikat jugak sbb ada alas pasu sekali. Agak susah jugak nak cari yang ada alas tu, kadang kedai jual yg tak beralas.


Pasu indoor

Bahagian bawah ada lubang untuk keluarkan air yg berlebihan kalau terlebih siram, untuk mengudaraan jugak. Warna pasu ni kelabu gelap. Hajat nak cari warna putih tp takde pulak. Yg ada satu lagu kecoklatan sikit. Yg warna putih ada sebenarnya tp takde lubang dan tak disertakan dgn tapak pasu.

Selasa, Februari 03, 2009

Stuck at the gates (photo+short story in bahasa melayu)




tersangkut kat pagar rumah, hujan lebat sangat petang td, jalan2 raya byk digenangi air terutama highway gombak yg separuh x siap tu, jarak penglihatan amat terhad sekali.

terdapat kenderaan2 berhenti ditepi jalan dengan lampu hazard. mungkin x mampu memandu lg akibat terlalu lebat.

sementara menunggu hujan agak reda, sempat snap beberapa gambar buat tatapan semua. kalau nk tgk gambar tu besar sikit bolehlah click gambar2 tu.

91.5 tu radio mana yer?


p/s: sedang belajar menulis blog :P jgn kutuk!