Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan

Khamis, Jun 13, 2024

Internet Down Satu Hospital

Assalamualaikum dan selamat pagi Khamis. Mungkin ramai yang berpuasa pada hari ini kerana berpuasa pada 1-9 Zulhijjah amat digalakkan kerana 10 hari pertama Zulhijjah merupakan hari yang paling agung dalam Islam. Saya ada buat catatan mengenainya pada catatan terdahulu. Catatan pagi ini ialah berkenaan perkara yang berlaku pada malam tadi. Pertamanya lepas balik dari kerja semalam aku singgah di gerai menjual satay ayam dan daging. Masa tu kedai baru nak buka dan aku adalah pelanggan pertama. Aku dapati rasa satay ayam kali ini agak pelik, aku sudah banyak kali juga membeli satay di gerai ni. Apa yang boleh aku fikirkan mungkin sataynya kurang lama dibakar kerana hendak cepat. Sepatutnya kena pastikanlah betul-betul masak dahulukan sebelum dibungkus untuk pelanggankan?

Yang keduanya sebelum Maghrib aku dapat mesej mengatakan seluar yang aku hantar untuk potong dan kecilkan sedikit kakinya dah siap, bila aku sampai di kedai selepas Maghrib sekali kedai tutup. Rupa-rupanya kedai ni buka dari jam 5 petang sampai 11 malam tetapi antara jam 7-9 malam tu ditutup. Fahamlah waktu untuk Maghrib/ makan dan Isyak tetapi pada papan tanda operasinya ditulis 5 petang - 11 malam. Dah terkeliru aku dibuatnya. Aku datang semula selepas Isyak dan ambillah 2 pasang seluar tu dengan upah RM30. 

Yang ketiganya aku ke airport untuk mengambil puan isteri yang balik dari KL. Beginilah kehidupan PJJ, dia ada kerja di Perlis pada hari ini jadi dapatlah dia balik lebih awal. Hujung minggu lepas dia tak balik sebab ada kerja di Sabah, cabaran betul rasanya. Kena banyak bersabar. Dalam menunggu ketibaannya di airport tu tiba-tiba dapat mesej mengatakan ada masalah internet di hospital tempat aku bekerja. Tak lama lepas tu, masa dalam perjalanan ke rumah boss pun telefon minta tengokkan. Bila disemak perkakasan dan rangkaian semuanya nampak ok tetapi bagi user internet tidak dapat diakses. Sebelum itu ada power trip dan biasanya kalau masalah internet ni power trip adalah antara punca utama. Sedang duk troubleshoot, tiba-tiba power trip lagi. Haish jenuhlah macam ni, sampai bila pun tak akan selesai. Tetapi selepas 3 kali power trip sekali internet dah ok balik. Risau juga kadang-kadang disebabkan power trip perkakasan boleh rosak. Aku check dengan user dan selepas tu aku pun balik. Sampai rumah hampir pukul 3 pagi. Sekarang tengah kerja dengan kepala yang ting tong sebab tidur lebih kurang 2 jam sahaja.

Khamis, Oktober 27, 2022

Projek Public Wifi Hospital

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam entry kali ini. Cuma nak update pasal satu projek inisiatif KKM di mana di fasiliti kesihatan akan diwujudkan kemudahan wifi percuma untuk orang awam. Mungkin inisiatif ini munkin agak ketinggalan tetapi sejujurnya keseluruhan hospital memerlukan kemudahan internet yang lebih baik sekurang2nya perlu ada backup untuk talian sedia ada. 

Akhir2 ini seperti ada ledakan kepada keperluan internet tetapi bandwidth tidak dipertingkatkan. Pelbagai internet connected device muncul setiap hari memerlukan initernet. Diharap permulaan kecil ini akan dapat dilanjutkan ke fasa2 seterusnya agar keseluruhan kawasan hospital mendapat akses kepada perkhidmatan wifi awam ini.

Aku macam biasa terpaksa bekerja hujung2 minggu untuk projek2 macam ni. Redha sahajalah walaupun tidak boleh claim kerja overtime dan rugi masa bersama keluarga.

 

Unboxing rack 9u

Lokasi pemasangan wireless AP pertama

Seronok tengok depa crimping, expert pun tetap tak lepas dari melakukan kesilapan

Pastikan rack level

Siap dipasang, tunggu TM masukkan UniFi 800MB

 Nantikan kemunculan perkhidmatan internet percuma ini.

Selasa, Februari 08, 2022

Bersarapan Nasi Dagang Di Restoran Kak Sal Kelate

Assalamualaikum. Pagi ni tak pasal2 terdating pula dengan wife kat Restoran Kak Sal Kelate. Pekena nasi dagang panas2 memang syok. Cumanya tak boleh nak berlama2an kerana jangan buat tak ingat yang hari ni adalah hari kerja. 

Memang duk plan nak makan nasi pagi ni. Lalu terjadilah kejadian ini. Padu juga nasi dagangnya, memang recommended bagi siapa yang mencari makanan pantai timur di kawasan Permatang Pauh.

Lepas masuk kerja, menelaah sedikit beberapa interesting link berikut:

  1. #Read this article: How to Make the #Internet Small Again https://www.raptitude.com/2022/02/how-to-make-the-internet-small-again/
  2. #Read how granny become a drug smuggler: Drug Smuggling Grannies: How Much Meth Can One Grandparent Run? https://melmagazine.com/en-us/story/drug-smuggling-grandmothers
  3. #View this landscape #photography compilation: Incredible Winners of the 2021 Landscape Photographer of the Year Contest https://mymodernmet.com/international-landscape-photographer-year-contest/?utm_source=feedly&utm_medium=webfeeds

Sekian, terima kasih.

 

Ahad, Jun 12, 2011

Tindakan MCMC menghad akses ke laman hosting

Betul ke tindakan MCMC block file hosting web site? Setahu aku user sign up untuk internet untuk mendapat full access kepada apa sahaja di internet ada ke clause yang menyatakan mana2 internet provider boleh block mana2 web? File hosting website ini adalah web yang menyediakan perkhidmatan meletak file secara percuma, pengguna boleh mendownload file2 ini semula. Jika alasannya ini akan menyesakkan talian maka alasan ini amat tidak kukuh untuk kerajaan Malaysia block web2 ini, pengguna internet membayar pakej unlimited untuk mendapat access unlimited, setiap kilobyte itu adalah hak pengguna. Ada juga sekarang ini dimana penyedia internet menghadkan kadar download contohnya jika mencapai mana2 aras, kelajuan internet akan berkurangan. Ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan di internet apapun kaedah ini ketinggalan zaman. United Nation telah mengeluarkan satu penyataan dimana access kepada internet adalah hak setiap individu. Menjadi kesalahan jika ada negara2 yang menghad access kepada internet.

Rujuk kes bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang akhirnya disaman mahkamah 70 billion kerana menghad access internet. Apapun usaha kerajaan terdapat 1001 cara untuk mendapat semula apa yang dihadkan ini, pengguna makin bijak, dan sanggup menggunakan apa sahaja kaedah untuk mendapatkan kembali hak yang ditidakkan. Semakin banyak kerajaan hadkan semakin byk individu yang akan berpengetahuan mencari jalan2 alternatif. Ada yang hanya mencari jalan, ada juga yang akan membalas dendam. Rujuk ayat thepiratebay.org berhubung tindakan kerajaan Malaysia.

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia. 

Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com.

Rabu, Jun 08, 2011

Malaysia internet speed compare to other country

Net Index by Ookla - Household Download Index for Malaysia:
Malaysia ranks in 96th place. Results were obtained by analyzing test data between May 8, 2011 and Jun 6, 2011. Tests from 1,576,041 unique IPs have been taken in this country and of 15,405,433 total tests, 541,786 are being used for the current Index.

Jumaat, Mac 11, 2011

Data penggunaan internet di Malaysia yang dikeluarkan Malaysian Digital Association

Laman web paling ramai dilayari rakyat Malaysia:
  1. Facebook
  2. Google 
Laman web paling aktif dilayari:
  1. Facebook 
  2. Google 
  3. MSN 
  4. YouTube 
  5. Mudah 
Laman web tempatan paling aktif:
  1. Mudah 
  2. TheStar 
  3. MalaysiaKini 
  4. Harian Metro 
  5. Lowyat.net 
Pengguna lelaki mendominasi penggunaan internet di Malaysia iaitu 73.8%

Penyumbang utama traffik adalah pengguna dalam lingkungan umur 25-30.

[via]

Rabu, Julai 29, 2009

Twitter just update their new homepage, enrich with search and trending

Twitter Blog: New Front Page!





Today we're trying a redesigned front page for folks who are new to Twitter.com. If you're a regular around these parts, then you won't notice the new look unless you sign out of your account. Helping people access Twitter in more relevant and useful ways upon first introduction lowers the barrier to accessing the value Twitter has to offer and presents the service more consistently with how it has evolved.

Twitter began as a rudimentary social tool based on the concept of status messages but together with those who use it every day, the service has taught us what it wants to be. From features invented by users to applications built on the platform, we're still discovering potential. Twitter has moved from simple social networking into a new kind of communication and a valuable source of timely information. Also, it's fun.

Learning By Experience

Defining a "tweet" for the uninitiated and explaining how to create an account doesn't resonate with everyone. "Why would I want to do that?" is a common reaction. However, demonstrating the power of Twitter as a discovery engine for what is happening right now through our Search and Trends often awakens a sense of wonder which inevitably leads to a much more compelling question, "How do I get involved?"

More Work Ahead

The open and timely exchange of information will have a positive impact on the world and Twitter has a role to play. We have a lot of work to do when it comes to the quality of our search results and trend analysis but repositioning the product to focus more on discovery is an important first step in presenting Twitter to a wider audience of folks around the world who are eager to start engaging with new people, ideas, opinions, events, and sources of information.

We'll likely continue to make changes to the Twitter home page as we respond to feedback and ideas. We're eager to see if encouraging a sense of wonder and discovery leads to a better first impression of Twitter.



Feel free to follow @fullfilth on twitter.

Khamis, Jun 18, 2009

Automatically post your blog to twitter




Kepada yang mempunyai blog dan twitter, bolehlah menggunakan Twitterfeed ni untuk automatikkan Twitter mengepost entry baru jika terdapat update baru di blog.

Twitterfeed

Selasa, Jun 16, 2009

Visit my blog!


Inilah realitinya zaman cyber skrg ni, orang berlumba2 nak menarik org melawat blog dia. Sampai ada yg menggunakan tektik2 keji dan x betul seperti spam.

Hakikatnya ketika ini amat susah sekali untuk mendapat traffik yang tinggi berbanding 2-3 tahun yang lalu.

Di bawah ini adalah graf traffik blog RANDOMNESS ini.


Dapat dilihat kegagalan blog ini dalam memaintainkan traffik blog ini. Dijangkakan sehingga hujung tahun ni paling2 pun boleh dapat 200k pageviews.

Diantara sebab2 kesukaran blog seperti ini mendapat traffik yang memuaskan ialah:
  1. Content - content atau isi memainkan peranan yang paling penting dalam mendapat pembaca sesuatu blog itu. Blog ini terlalu sedikit content-content yang menarik.
  2. Kemunculan RSS/Atom feed - pelayar2 internet semakin bijak sekarang ini, kebanyakan yang celik2 IT (juga dikenali sebagai Geek) tidak membaca blog directly dari blog itu sendiri, biasanya mereka ini membaca blog2 pilihan melalui feed reader seperti Google Reaader. Apabila ini berlaku blog langsung tidak akan dapat apa2 traffik.
  3. Kesukaran mendapat traffik bila mengepos dalam bahasa selain english, awal2 dahulu pengepost sesuatu dalam bahasa Melayu boleh dikatakan syurga traffik dari Enjin pencari seperti Google. Ketika itu tidak banyak penyumbang content2 dalam bahasa Melayu, skrg ni dah terlalu banyak dan penetrasi internet di Malaysia masih diparas 20%.
  4. Sumber maklumat sudah terlalu banyak, #iremember suatu masa dalulu Wikipedia Bahasa Melayu masih terkial2 mencari penyumbang.
  5. Terlalu banyak blog2 copy-paste, blog2 copy-paste ni tidak dipunish sewajarnya oleh enjin pencari, ini menyebabkan suatu maklumat itu berlegar2 di internet dalam masa yang lama, sampai bertahun2, itu yang selalu muncul double-triple-splople posting di group2.
  6. Kemunculan social media seperti Digg, Delicious, Twitter, Facebook, StumbleUpon, pelbagai platform blog2 yang baru seperti Tumbler, Posterous, Facebook Notes dll. Social media boleh menambah traffik hanya jika sesuatu blog atau laman web itu up to date, setiap content yang baru perlu diupdate secepat yang mungkin.
Kesimpulannya sukar untuk sesuatu blog itu mendapat traffik atas sebab2 di atas. Bagaimana cara untuk mengibangi masalah ini? Penulis akan cuba membuat kajian dan mungkin akan mengopos cara2 menambah traffik pula dikemudian hari.

Jika anda membaca post ini di mana2 selain blog ini sendiri dan mendapat manafaat darinya, sekali sekala tu datanglah melawat dan berilah komen :-)

Rabu, Mei 27, 2009

Making Broadband Pay - Mohd Awang Lah, JARING Communications Sdn Bhd CEO

In this first part, Dr Mohd Awang Lah, the CEO of JARING Communications Sdn Bhd, discusses which is its most profitable business and its move into the corporate sector, which is now 90 percent of business. He also talks about which sector is most profitable now. He also discusses house broadband penetration. And whether JARING itself is profitable and for that matter, self sufficient. He also discusses the possibility of a merger with TimeDotCom, or that it may be spun off and listed on the stock exchange.



In this second part, Dr Mohd Awang Lah, the CEO of JARING Communications Sdn Bhd, discusses the possibility of its building an alternative high speed broadband network. He also talks about the possibility of broadband costs falling as new infrastructure is built and spends more time on broadband penetration targets in Malaysia. He also talks about the wireless broadband project in Ipoh.

Selasa, Mei 26, 2009

Check P1 W1MAX and Wireless@KL coverage using Google Maps


You can check P1 W1MAX and Wireless@KL coverage here. They are using very handy Google Maps for their coverage. Other ISP like Celcom, Maxis and JARING should use Google Maps too!

Jumaat, Januari 23, 2009

UM Wifi Report: No 2/2009. 2000 wifi users daily

Dear students and staff,

Happy Chinese New Year to the Chinese and also to the Non-Chinese with the Chinese families and also Happy Holidays to every one of you.

UM wi-fi hotspots has increase to 749 as of today, there are only 256 more to go.

The current wi-fi usages statistics are:
  • Each day these are about 2000 users logging in.
  • Already 5300 different (unique) users have used this facility since Jan 12 2009.
  • Everyday for 20 hours, these wifi users have generated a total of 36 Mb/s of Internet traffic. In anticipation of the impending traffic congestion, PTM in December 2008 had notified Internet Service Provider (Jaring) to increase the bandwidth capacity to 60 Mb/s. (BTW, for the cable Internet Gateway, the bandwidth is going to be increased from 155Mb/s to 200Mb/s by February 2009 and ultimately to 300Mb/s by the December 2009.)

I was told that when the new 1005 wifi are in operation, UM will be the university with the largest wifi facility.

Best regards.
Yoo Sang Nge (Mr)
Pusat Teknologi Maklumat (Centre for Information Technology)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: 603-7967 4211 Fax: 603-7967 7152
------------------------------------------------------------------------------------
UNIVERSITY OF MALAYA - " The Leader in Research & Innovation "

Ahad, Disember 28, 2008

JARING cover-up UKM with Wi-Fi

JARING cover-up UKM with Wi-Fi:

"JARING Communications has completed the infrastructure for a campus-wide Wi-Fi facility for residents and staff of Universiti Kebangsaan Malaysia’s (UKM) residential colleges.

The campus-wide multi-gigabits fibre optic network will have Wi-Fi access points to provide secure, high-speed, 24-hour Internet access both indoors and outdoors throughout the campus.

“We look forward to adding UKM to our list of Wi-Fi enabled higher education institutions,” says the CEO of Jaring Communications, Dr Mohamed Awang Lah. “The wireless network will enhance the education of undergraduates by offering a seamless connection for research and other educational resources anywhere and anytime.”"


p/s: UPSI dah, UM dah, UKM dah, who is next? USM?