Sabtu, Jun 08, 2024

10 Hari Agung Dalam Islam

Assalamualaikum semua, satu lagi catatan ringkas untuk semua. Permandangan matahari terbenam semalam di Permatang Pauh menandakan akan bermulanya 10 hari agung dalam Islam. Agungnya kerana di dalamnya disempurnakan agama Islam ketika khutbah Nabi ﷺ di Arafah pada 9 Zulhijjah. Di dalamnya ada ibadah haji di mana pelakunya dijanjikan penghapusan dosa sehingga jadi seperti bayi yang baru lahir. Di dalamnya ada perayaan eid al-Adha. Di dalamnya juga ada ibadah korban. Perbanyakkan puasa, zikir, sedekah dalam 10 hari ini. Bila mana Islam telah sempurna tiada lagi penambahan ibadah baru, orang yang menambah-nambah ibadah baru selain yang telah ditunjukkan oleh nabi ﷺ seperti menganggap Islam yang dibawa nabi ﷺ masih belum sempurna. Tiada benda baik dalam ibadah selain dari apa yang telah dicontohkan oleh nabi ﷺ.

 

12 ulasan:

  1. semoga ibadah haji & ibadah korban kita diterima Allah swt...

    BalasPadam
  2. Baik. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  3. Bersyukur kerana Allah Taala pilih kita jadi orang Islam dan mukmin tetapi bagaimana dengan nasib dan keadaan mereka yang belum Islam pada hari Kebangkitan nanti...risau juga fikir perkera tersebut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dakwah sekurang-kurangnya menunjukkan akhlak yang baik dalam muamalah bersama mereka selain berdoa agar mereka diberikan hidayah.

      Padam