Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan

Ahad, Jun 22, 2014

Rabu, Februari 05, 2014

Misi JDT 2014

Selamat tahun baru Cina! Cuti tahun baru Cina dimanafaatkan untuk ziarah anak2 buah yang baru lahir 2014 ni, ada lagi yang akan menyusul tu, meriah betul. Cuti baru ni sempatlah melawat anak akakku yg sulung +puteri azani yang berpantang sekejap di Gombak, anaknya diberi nama Naeem Nafis (bukan Naeem Najmi seperti yang di post sebelum ini). Seterusnya memenuhi undangan kenduri kahwin +almankaraqi di Mengkarak. Sempat lepak dengan Tibor di Triang pada petang itu. Keesokan harinya perjalanan diteruskan ke Parit Raja untuk ziarah seorang lagi anak buah, Amni Nabihah. Penat juga la travel dari Penang - Gombak - Bera - Parit Raja - Gombak - Penang dalam masa 5 hari.  

Lalu pekan Bahau

Di tepi Sungai Segamat

Welcome to Segamat

+mel a bersama baby Amni Nabihah


Eryna seronok main buai kat rumah ni

Adik ipar yang menunggu di Petronas Parit Raja

Skill memandikan baby masih power

Tidur di Hotel Pinetree Batu Pahat

First time sampai Batu Pahat. Tak sempat nak jalan ke mana pun. Pekena Roti cheese sebelah Mee Racun.

Selasa, September 18, 2012

Sekitar Majlis Perkahwinan adik ipar Ahmad Aidil van Ziden di Senggarang, Johor

Hujung minggu lepas aku dan keluarga ke Johor, jarang-jarang sebenarnya menjejak kaki ke Tanah Johor ni. Ada majlis perkahwinan adik ipar yang kedua akhir di Senggarang. Kami bergerak pada petang Jumaat dan tidur di Klang, rumah kakak ipar. Keesokan paginya kami terus ke Parit Raja dan berehat di homestay yang disediakan. Di sebelah malamnya berlangsung majlis akad nikah. Ada juga hantaran-hantaran yang dibetulkan last minute, bila dah ramai banyaklah idea-idea baru mencantikkan hantaran. Ikuti gambar-gambar di bawah.


Majlis akad nikah di sebelah malam

Tok Kadi sedang membuka laptop besarnya



Dengan jelas dan tertib tok kadi memberi taklimat


Lain tempat lain caranya


Pengantin berdebar-debar


Pengantin sedang di nikahkan


Kesian pengantin tergagap-gagap bila membaca jawi


Banyak prosidur di Johor ni, kalau Pahang rasanya simple sahaja


Ikrar pada wali pengantin perempuan


Lega mereka, baru dapat berdiri


Aku, @melamyra dan @erynazu di pelaminan

Majlis selesai dekat pukul 10, selepas makan malam di rumah pengantin kami pun pulang ke homestay, sampai terus cari katil dan zzz kepenatan.

Majlis Perkahwinan keesokan harinya 


Pengantin lelaki dan keluarga berarak menuju rumah pengantin perempuan


Pengapit pula yang seronok!


Lajunya berjalan


Penat pengapit mengipas kedua mempelai


Potong kek selepas masjis makan beradab

Selesai majlis dan makan kami pun pulang ke Klang, seronok bila konvoi beramai-ramai walaupun penat. Tidur semalaman di Klang kemudian keesokan harinya balik ke Penang. Malamnya sempat juga check email PPG USM yang bertimbun-timbun. 

7 PM masih di ofis.