Memaparkan catatan dengan label melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melayu. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 05, 2011

Aku bukan musuh harta


Hayati lirik lagu kumpulan Kopratasa ni...

Mereka kata :
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..
Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?

Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu

Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Di Dunia, jiwa bertukar jadi keparat

Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka : lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan

Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istimewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit

Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Di hujungnya ada harta,

Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..

Selasa, Disember 07, 2010

Kritikan A Samad Said tentang Ketuanan Melayu tafsiran UMNO

Rajin pulak aku quote tweet yang aku rasa menarik dari individu yang menarik. Kalau sebelum ni dari @MukhrizMahathir kali ni dari @ASamadSaid, aku tak tahu telahan aku ni betul atau tidak, tp aku rasa beliau kritik isu Ketuanan Melayu, skrg ni tengan kecoh org2 politik bertikan lidah tentang Ketuanan Melayu. Pada aku kalau nak berpegang pada satu perkara itu mesti ada bukti yg jelas, jika kita sibuk kononnya pertahan Ketuanan Melayu tp hasilnya tiada bermakna yg kononnya diperjuangkan itu tidak berjaya. Tak pasti A Samad Said kritik dari aspek apa, tp seperti yg sedia maklum beliau seorang sasterawan negara, banyak membantu memertabatkan bidang pendidikan, berjuang untuk Bahasa Melayu agar lebih digunakan. Mungkin beliau kritik dari bidang yang beliau dekat. Mungkin juga dari aspek keseluruhan memandangkan beliau seorang pemikir hebat.

Aku suka tgk bidang pendidikan, nk kata Melayu banyak dapat keuntungan dari Ketuanan Melayu tu, dari dulu sampai skrg Melayu masih ketinggalan, ruang untuk Melayu belajar terutama di IPTA kian mengecil, jika dulu ada biasiswa skrg graduan keluar universiti berhutang 5 angka. Jika dulu peluang belajar di luar negara terbuka luas jika mendapat keputusan cemerlang, skrg cemerlang atau tidak, terpaksa mencari sponsor atau berhutang. Fikir-fikirkan.


Enam PM semuanya Melayu; timbalan enam pun Melayu juga. Kini diheboh kita tersiku. Aneh, lima dekad apa hasilnya?Mon Dec 06 18:05:13 via web

Khamis, Jun 17, 2010

Respon segera kepada MELAYU KEMANA - Che Det

Respon segera kepada MELAYU KEMANA - Che Det.

Tulisan ini sedikit sebanyak ada kebenarannya, anggaran kasar statistik itu boleh dianggap betul. Masalah kenapa Melayu berpecah ialah Melayu hilang kepercayaan kepada pemimpin Melayu. Melayu kini mahukan negara yang lebih mesra rakyat, lebih telus dan lebih Islamik. Semua ini kurang ada di dalam UMNO.

Jumaat, Mei 14, 2010

Amalan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikutan setiap Islam

Solat Jumaat di masjid Al-Malik Khalid, USM
  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat Jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya - Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  17. Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  19. Nabi tak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & memudahkan penghadaman.
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.
  21. Nabi sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu ke seluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari.
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  29. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari.
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda S.A.W.
  32. Adakalanya Nabi S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  34. Setelah bersolat Nabi S.A.W mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya di mulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.
  39. Sabda Nabi S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud.
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
Wallahu alam.

Ihsan Kak Long @ada2aje.

Selasa, Julai 28, 2009

Pelajar Universiti Malaya terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi

KUALA LUMPUR: “Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka yang terjatuh itu adalah pekerja di bawah jagaannya yang ketika itu sedang menjalankan kerja mencuci bangunan.

“Menggigil saya melihat mayat mangsa dan sebelum saya memberitahu rakan lain agar menghubungi polis,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada sesiapa berada di bahagian bawah bangunan itu kecuali pekerja yang sedang menjalankan kerja mencuci bangunan.

“Mereka tidak menyedari kejadian itu kerana mereka sedang mencuci di bahagian tingkat atas selain diganggu bunyi enjin alat penyembur itu.

“Apabila saya menjerit memaklumkan kejadian itu, barulah mereka mengetahui kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Muar, Johor berdasarkan kad pengenalan yang ditemui dalam beg mangsa yang ditinggalkan di koridor tingkat 16 bangunan itu.

“Mangsa dipercayai terjun dari bangunan itu berdasarkan penemuan barang-barang miliknya termasuk sebuah beg, cermin mata serta kad pelajar.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Link



Terkejut baca berita ni pagi ni sbb peristiwa yang hampir sama pernah berlaku masa aku tinggal di Vista Angkasa ni beberapa tahun yang lalu (21-19-2), peristiwa itu masih segar dalan ingatan kerana mangsa adalah kawan rapat aku.

Arwah pada pagi itu ada bersama aku, bersarapan sekali aku masih ingat dia order telur separuh masak. Selepas tu aku ada kelas, dia nk ikut aku masa tu, tp aku x bg, dia merupakan pelajar UM juga dari fakulti sains mengambil jurusan fizik kalau x silap.

Doakan semoga roh arwah Jimi dicucuri rahmat.

Selasa, November 18, 2008

Dua lagu mayat

Lagu satu:

Tajuk: TANYA SAMA MAYAT.
(Tajuk asal: Tanya sama pokok)

Tanya Sama Mayat
Apa Sebab Mati
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu
Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual

Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin
Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.

(ulang korus sehingga 'jejak hantu' di tukar kepada 'jejak rasul')

Lagu dua:

Tajuk: KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(Tajuk asal: Kereta kecil warna merah)

Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur

Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur

(ulang korus sehingga Puaka Niyang Rapik di tukar dengan Puaka lain.)

Kereta Mayat

Khamis, November 13, 2008

Bahagia punca gemuk

Bahagia punca gemuk:

"LONDON: Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.

Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya.

'Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan.'"

"Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan," kata seorang daripada penyelidik.

Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata 'kaum hawa' menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.

"Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan," kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.

"Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu," katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami. � Agensi


p/s: kajian yg menarik

Pakar motivasi untuk haiwan

Pakar motivasi untuk haiwan:

"BERN: Sebuah zoo di Switzerland sanggup mengupah sekumpulan pakar motivasi profesional dan penghibur bagi menghiburkan serta menaikkan semangat haiwan di taman berkenaan.

Media tempatan melaporkan semalam, skuad penghibur dan pencetus semangat itu yang bakal memulakan tugas mereka Januari depan, bertujuan mengelak haiwan berasa bosan.

Selain memberi ceramah dan pelbagai aksi hiburan mencuit hati, haiwan di zoo itu akan turut disajikan dengan pelbagai permainan. - Agensi"


p/s: cepat hantar resume, byk jawatan kosong ni

Ahad, November 09, 2008

Jinbara - Suara Kita - 2008 (full album download)

1. Jinbara - Tahu Tak Tahu Joget (4:30)
2. Jinbara - Keringat (3:43)
3. Jinbara - Patri (3:36)
4. Jinbara - Cinta Kita (3:07)
5. Jinbara - Subuh (4:44)
6. Jinbara - Penggoda (3:21)
7. Jinbara - Suara Jiwa (3:25)
8. Jinbara - Cermin Diri (3:16)
9. Jinbara - Siapakah Kita (3:22)
10. Jinbara - Helah Sangsi (3:33)
11. Jinbara - Zakiah 2 (3:35)



Download

Ahad, Julai 27, 2008

Ibnor Riza - Mimpi Yang Tak Sudah

Ibnor Riza - Mimpi Yang Tak Sudah


Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau yang kusebut
Yang menantiku
Atau jelmaan
Titik kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Jumaat, Mei 23, 2008

Adab bersalam yang betul



1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.
3. Sengetkan kepala sedikit untuk mendapat feel yang lebih.
4. Mulut perlu dimuncung lebih dari 1 inci.

p/s: wuuuuuuuu wo oooooooooo aku ketahuannnnnnn

Jumaat, April 25, 2008

Murung dinoda guru sendiri

Murung dinoda guru sendiri:
"TEMERLOH: Rahsia murung seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sejak setahun lalu terbongkar apabila dia mendedahkan diperkosa seorang guru kanan sebuah sekolah menengah di sini, lebih setahun lalu.

Mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya yang juga guru di sekolah sama, kelmarin, selepas didapati sering murung.

Dia bersama kakaknya membuat laproan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, kira-kira jam 4 petang.

Dalam laporannya, pelajar tingkatan tiga itu mendakwa dia dua kali dinodai guru berusia 40 tahun itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak di kuarters guru dan bilik darjah pada 26 dan 29 Mac tahun lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Mohd Radzuan Bachik, berkata kakak mangsa mengesan perubahan sikap adiknya itu yang murung sejak beberapa bulan lalu.

Selepas didesak, katanya, pelajar itu menceritakan perkara sebenar kepada kakaknya.

Mangsa mendakwa dia dirogol guru berkenaan yang bertugas menjaga hal ehwal pelajar sekolah itu menyebabkan kakaknya terkejut.

Katanya, susulan laporan mangsa, sepasukan anggota polis menahan guru terbabit yang ketika itu sedang mengajar dalam sebuah kelas.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Hasil pemeriksaan mengesahkan dia pernah dirogol.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa merahsiakan kejadian itu daripada"
p/s: ish3 penolong kanan sekolah manalah sangap sangat ni, anak murid sendiri tuu ... hmmmm ...

Isnin, Februari 04, 2008

Kisah Cinta Sejati

Cinta sejati..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta sejati..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta sejati..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..

Cinta sejati..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan..
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta sejati..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta sejati..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta sejati..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Cinta sejati..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

p/s: terjumpa kat forum, menarik sungguh bait-bait puisi ini