Memaparkan catatan dengan label universiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label universiti. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 18, 2011

UM alami krisis kemerosotan di bawah Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon?


KUALA LUMPUR 17 Ogos - Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon (gambar).

Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom semasa mendedahkan perkara itu berkata, antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun ini sahaja, katanya, kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama.

"Berikutan itu, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

"Pelantikan dibuat bagi tujuan penerbitan jurnal bahasa Inggeris demi mengejar rangking sehingga menganaktirikan pensyarah tempatan yang telah lama berkhidmat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Naib Canselor UM itu pernah mengeluarkan kenyataannya Mac lalu yang mengakui 'kegilaannya' meletakkan universiti tersebut dalam rangking 100 terbaik di dunia.

Usaha tersebut bagaimanapun kurang berkesan kerana rangking universiti tertua di Malaysia itu jatuh ke tangga 207 pada 2010 berbanding kedudukan 180 pada 2009.

Azmi mendakwa Ghauth turut memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat dengan memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

"Tindakan ini menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang pembinaan negara bangsa Malaysia.

"Beliau hanya memberi tumpuan kepada penerbitan jurnal antarabangsa tanpa mengira kualiti penyelidikan dan mutu jurnal semata-mata untuk mengejar rangking sehingga mengabaikan fungsi teras universiti untuk menyebarkan ilmu dan melahirkan graduan berkualiti," katanya.

Ghauth dilantik menjadi Naib Canselor pada 2008 menggantikan Tan Sri Dr. Rafiah Salim.
Nampaknya Universiti Sains Malaysia akan terus kukuh sebagai universiti terbaik di Malaysia, harap boleh masuk ranking 100 terbaik di dunia.

Berita dipetik dari Utusan Malaysia.

Rabu, Mei 18, 2011

Lebih banyak geran penyelidikan universiti untuk bajet 2012

Berita Harian Online | Bajet 2012: Perbanyakkan geran penyelidikan demi kemajuan sains, teknologi:
MELAKA: Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 Oktober ini diharap menyediakan lebih banyak geran bagi tujuan penyelidikan, kata Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

Beliau berkata, geran penyelidikan tersebut amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan kemajuan pesat bidang sains dan teknologi dalam negara.

"Persaingan untuk geran ini tinggi, jadi kita mesti berusaha gigih untuk memperolehinya," katanya pada Majlis Hari Kualiti UTeM 2011 di kampus induk universiti itu di Durian Tunggal dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Yusoff menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 142 petugas universiti itu.

Ahmad Yusoff berkata, UTeM berjaya menghasilkan kejayaan cemerlang dalam bidang penyelidikan tahun lalu dan menerusi produk reka cipta universiti itu berjaya memenangi 41 anugerah dalam dan luar negara.

Katanya, tahun ini produk reka cipta UTeM berjaya memperolehi 18 anugerah di mana lima daripadanya diperolehi menerusi satu pameran reka cipta di Geneva, Switzeland.

Ahmad Yusoff berkata, UTeM akan berusaha memperolehi lebih banyak geran penyelidikan bagi meneruskan usaha menghasilkan lebih banyak produk reka cipta, sekali gus memajukan bidang penyelidikan dalam negara.

Beliau berkata, selain geran penyelidikan, UTeM juga berharap dapat memperolehi bantuan untuk menambah fasiliti di kampus induk universiti itu seperti membina bangunan baru untuk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Sementara itu, beliau berkata, UTeM bakal memperkenalkan program baru sarjana muda dalam bidang teknologi kejuruteraan berteraskan elektrik, elektronik, mekanikal dan pembuatan.

"Kami menyasarkan kemasukan 570 pelajar dalam program sarjana muda bidang teknologi kejuruteraan pada kemasukkan September ini dan menjelang 2015 kami sasar kemasukkan 6,000 pelajar," katanya.

UTeM kini mempunyai lebih 7,500 penuntut dan 750 tenaga pengajar akademik bagi enam fakulti iaitu empat fakulti kejuruteraan, sebuah fakulti teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT) dan sebuah fakulti pengurusan teknologi dan tekno keusahawanan. - BERNAMA

Khamis, Disember 09, 2010

Malaysian IPTA & IPTS website ranking according to Webometrics

Malaysian IPTA & IPTS website ranking according to Webometrics:
If you think the Alexa.com and bizinformation.org/my/ ranking of local IPTAs as published in this blog previously is superficial as it only gathers the number of hits (or popularity) of the websites, then this Webometrics ranking will give you a more balanced answer to whatever needs your curiosity might demand.

The Webometrics is an initiative of the Cybermetrics Lab, a research group belonging to the Consejo Superior de Investigaciones Científicas (CSIC), the largest public research body in Spain. It is also called the Ranking Web of World Universities.

Since 2004, the Ranking Web is published twice a year (January and July), covering more than 20,000 Higher Education Institutions worldwide. Its intention is to motivate both institutions and scholars to have a web presence that reflect accurately their activities.

For more clarification regarding the motivations of the Ranking or the methodology, please read the FAQ.

As stated in its website, the original aim of the Ranking is to promote Web publication.

Therefore, if an institution's web performance is below the expected position (according to their academic excellence), university authorities should reconsider their web policy, promoting substantial increases of the volume and quality of their electronic publications.

Listed below is the 16 top ranking Malaysian IPTA and IPTS according to webometrics as gathered on 9 December 2010.


No 1. Universiti Sains Malaysia
No. 9 in South East Asia, No.58 in Asia and No.585 in world ranking

No.2. Universiti Teknologi Malaysia
No. 13 in South East Asia, No.77 in Asia and No.758 in world ranking

No.3. Universiti Putra Malaysia
No. 14 in South East Asia, No.81 in Asia and No.773 in world ranking

No.4. University of Malaya
No. 18 in South East Asia, No.96 in Asia and No.850 in world ranking

No.5. Universiti Kebangsaan Malaysia
No. 20 in South East Asia and No.913 in world ranking

No.6. Universiti Teknologi Mara
No.29 in South East Asia and No.1246 in world ranking

No.7 International Islamic University Malaysia
No. 32 in South East Asia and No.1400 in world ranking

No. 8 Multimedia University
No. 33 in South East Asia and No.1403 in world ranking

No. 9 Universiti Utara Malaysia
No. 40 in South East Asia and No.1534 in world ranking

No.10 Universiti Malaysia Perlis
No. 44 in South East Asia and No.1629 in world ranking

No.11 Universiti Teknologi Petronas
No. 67 in South East Asia and No.2304 in world ranking

No.12 Universiti Tenaga Nasional
No. 72 in South East Asia and No.2361 in world ranking

No.13 University of Nottingham Malaysia
No. 80 in South East Asia and No.2643 in world ranking

No.14 Universiti Malaysia Sabah
No. 88 in South East Asia and No.2825 in world ranking

No.15 Universiti Malaysia Pahang
No. 89 in South East Asia and No.2840 in world ranking

No.16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
No. 94 in South East Asia and No.2983 in world ranking

Selasa, Julai 28, 2009

Pelajar Universiti Malaya terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi

KUALA LUMPUR: “Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM) yang dipercayai terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka yang terjatuh itu adalah pekerja di bawah jagaannya yang ketika itu sedang menjalankan kerja mencuci bangunan.

“Menggigil saya melihat mayat mangsa dan sebelum saya memberitahu rakan lain agar menghubungi polis,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada sesiapa berada di bahagian bawah bangunan itu kecuali pekerja yang sedang menjalankan kerja mencuci bangunan.

“Mereka tidak menyedari kejadian itu kerana mereka sedang mencuci di bahagian tingkat atas selain diganggu bunyi enjin alat penyembur itu.

“Apabila saya menjerit memaklumkan kejadian itu, barulah mereka mengetahui kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada orang awam kira-kira jam 12 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Muar, Johor berdasarkan kad pengenalan yang ditemui dalam beg mangsa yang ditinggalkan di koridor tingkat 16 bangunan itu.

“Mangsa dipercayai terjun dari bangunan itu berdasarkan penemuan barang-barang miliknya termasuk sebuah beg, cermin mata serta kad pelajar.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Link



Terkejut baca berita ni pagi ni sbb peristiwa yang hampir sama pernah berlaku masa aku tinggal di Vista Angkasa ni beberapa tahun yang lalu (21-19-2), peristiwa itu masih segar dalan ingatan kerana mangsa adalah kawan rapat aku.

Arwah pada pagi itu ada bersama aku, bersarapan sekali aku masih ingat dia order telur separuh masak. Selepas tu aku ada kelas, dia nk ikut aku masa tu, tp aku x bg, dia merupakan pelajar UM juga dari fakulti sains mengambil jurusan fizik kalau x silap.

Doakan semoga roh arwah Jimi dicucuri rahmat.