Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Selasa, Mac 17, 2026

Ramadan Kian Sampai Ke Penghujungnya

Kehidupan adalah perjalanan.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Ramadan kian sampai ke penghujungnya, begitulah tajuk catatan pada kali ini. Benar laju sungguh perjalanan Ramadan ini. Malam tadi sewaktu tarawih di Surau Evoke Pauh Jaya ada tazkirah yang antaranya menyebutkan betapa cepatnya Ramadan ini meninggalkan kita. Ini menunjukkan Ramadan ini perlu di kejar (untuk menambah ibadah, kefahaman agama dan memohon keampunan) dan bukan untuk dibiarkan ia berlalu begitu sahaja. Rekod juga kerana tiada catatan lain di bulan Ramadan ini di blog ini kecuali satu perkongsian catatan tadabbur. Nasib baiklah ada itu, jika tidak hanya catatan ini sahajalah untuk Ramadan 1447 ini. Aku pun kurang juga singgah blog teman-teman dan komen. Maaf ya... 

Dikesempatan ini aku nak kongsikan kata-kata Syaikh Prof. Dr. Su'ud Asy-Syuraim hafizhahullahu ta'ala (imam & khotib Masjidil Haram terdahulu berkaitan Ramadan. Beliau menyebutkan rangkaian kata-kata perpisahan dengan Ramadan dari Ibnu Rajab iaitu:

"Wahai hamba Allah, bulan Ramadan telah bersiap-siap untuk berangkat. Tidak ada lagi yang tersisa kecuali saat-saat yang singkat. 

Barang siapa yang telah melakukan kebaikan selama ini, hendaklah ia menyempurnakannya. Barang siapa yang malah sebaliknya, hendaklah ia memperbaikinya dalam waktu yang masih tersisa. Karena ingatlah amalan itu dinilai dari akhirnya.

Manfaatkanlah malam-malam dan hari-hari Ramadan yang masih tersisa, serta titipkanlah amalan shalih yang dapat memberi kesaksian kepadamu nantinya di hadapan Al-Malikul ‘Alam (Sang Penguasa Hari Pembalasan)."

Sekian dahulu catatan Ramadan kali ini, semoga kita dipertemukan dengan Ramadan yang akan datang kerana nilai Ramadan itu besar. 

Selasa, Julai 16, 2024

Sejarah Puasa Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamu'alaikum dan selamat pagi, pagi ini ambil kesempatan sedikit untuk membuat catatan pada blog ini berkenaan Hari Asyura iaitu bersamaan dengan 10 Muharram iaitu sama tarikhnya dengan tarikh hari ini. Sebenarnya dua hari ini sedang berkursus dua hari jadi agak lapang sedikit dari bebanan tugas hakiki. Berkenaan hari Asyura ramai yang telah mengetahui tentang kelebihan puasa padanya tetapi mungkin ada yang kurang tahu tentang sejarahnya. Terdapat 4 peringkat bagi puasa Asyura iaitu:

  1. Semasa di Makkah Rasululluh saw telah pun berpuasa hari Asyura begitu juga kaum musyrikin Mekah. Ternyata kaum musyrikin Mekah melaksanakan ibadah2 seperti ibadah kaum muslimin bagaimana pun kesilapan mereka ialah dalam menyembah Allah mereka mensyirikkan Allah dengan berlebihan mengagungkan orang alim di kalangan mereka sehingga mereka menggantung patung-patung berbentuk orang alim mereka yang telah meninggal dunia. Mereka menambah-nambah dan mengubah apa yang tidak sepatutnya ditambah dan diubah dalam ibadah.
  2. Tahap kedua ialah ketika nabi saw telah berhijrah di Madinah dan mendapati orang Yahudi berpuasa juga pada pada hari Asyura. Bila ditanya kepada orang Yahudi, mereka menyatakan hari Asyura adalah hari yang baik di mana nabi Musa berpuasa pada hari Asyura sebagai tanda syukur kepada Allah kerana menyelamatkan nabi Musa as dan pengikutnya dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Nabi Muhammad saw menyatakan kaum musliminlah yang sepatutnya lebih lebih mengikuti amalan nabi Musa as ini. Lalu nabi Muhammad saw menganjurkan puasa hari Asyura. Bahkan ketika itu hukumnya berpuasa hari Asyura adalah wajib. 
  3. Tahap ketiga ialah apabila turunnya perintah kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan maka pada ketika ini kewajipan puasa pada hari Asyura berubah hukumnya menjadi sunat.    
  4. Tahap keempat ialah apabila hampir kewafatan nabi saw. Rasulullah saw mahu membezakan amalan puasa Asyura ini dengan kaum Yahudi lalu baginda mensunnahkan berpuasa pada tanggal 9 Muharram. Bagaimana pun Rasulullah saw tidak sempat melaksanakannya kerana sebelum tanggal 9 Muharram itu Rasullullah telah dahulu wafat. Bagaimana pun walaupun sunnah ini tidak sempat dilakukan oleh Rasulullah namun ia tetap menjadi sunnah kerana telah dikhabarkan kepada para sahabat ra. 

Catatan ilmu dari Ustaz Dr Firanda Andirja. Sekian dahulu catatan kali ini, selamat berpuasa dan mendalami ilmu syari'e.

Khamis, Februari 08, 2024

Pertama Kali Mencuba Nasi Unta

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini telah ditetapkan oleh kebanyakan negara Islam sebagai hari ulang tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj. Walau bagaimana pun tarikh ini sebenarnya tidak disepakati oleh para ulama ada yang mengtakan tarikh yang sebenarnya adalah tarikh yang lain, begitu juga tentang tarikh kelahiran Nabi ﷺ. Di antara sebab perselisihan ini adalah kerana pemahsyuran kalendar Islam (Hijri) hanya di tetapkan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Nabi ﷺ dan para sahabat tidak merayakan kedua2 peristiwa ini dan tiada amalan khusus bagi kedua peristiwa ini. Cuma kita sebagai umat Islam perlu mengimani berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj ini sebagai mana Saidina Abu Bakar As-Siddiq membenarkannya tanpa ada sedikitpun keraguan. Di antara pengajaran yang boleh kita ambil ialah betapa tingginya nilai solat berbanding amalan2 lain, hanya solat sahaja yang disyariatkan ketika Nabi ﷺ bertemu Allah Azza wa Jalla di Sidratul Muntaha iaitu selepas lapisan langit ketujuh. Seterusnya kita mengharapkan setinggi itu jugalah kedudukan orang yang solat berbanding orang yang tidak solat. Semoga kita sentiasa memberatkan ibadah solat sepanjang hidup kita sebagaimana Nabi ﷺ memberatkannya.

Sambung catatan dari siri catatan Umrah 2024 berkenaan pengalaman di sana. Di antara perkara yang menarik perhatian aku di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ialah adanya ruang untuk berbuka bagi orang berpuasa berbuka pada hari Isnin dan Khamis. Kejadian yang aku kongsikan ini berlaku pada hari Isnin di Masjidil Haram sehari sebelum kami meninggalkan Mekah untuk ke Madinah. Biasanya jika tiada kekangan yang besar baguslah untuk kita mengambil peluang berpuasa Isnin dan Khamis ketika berada di Tanah Haram, semoga Allah menerima ibadah kita dengan pahala yang besar. Umrah kali ini kami diketuai oleh mutawif yang agak muda jadi banyaklah perancangan2 aktiviti yang tiada dalam aturan perjalanan. Salah satu darinya ialah ke kedai makan untuk makan nasi unta. Asalnya mereka bercadang untuk makan pada hari Adah tetapi ditunda pada hari Isnin. Pada aku rezekilah sebab boleh buat dikirakan sebagai berbuka yang beratlah. 

Berbuka yang awal hanya ringkas sahaja di masjid. Penganjur akan membentangkan plastik panjang sebagai saprah dah orang yang berbuka dibekalkan dengan kurma, air zamzam, air teh, roti dan yogurt masam. Aku sebenarnya dah standby air mineral takut2 tak jumpa tempat berbuka beramai2 ni. Tempat aku berbuka di rooftop Masjidil Haram, kena naik eskelator 3 tingkat. Walaupun tujuannya adalah untuk orang berbuka namun mereka tidak pula melarang orang yang tidak berbuka mengambil tempat. Siapapun boleh join selagi masih ada ruang. Secara tidak langsung ini menggalakkan orang untuk berpuasa sunat juga. 

Selesai solat Maghrib sementara menunggu Isya' aku join kuliah pengajian. Walaupun tak faham sepenuhnya namun mudah2an kita akan dapat fadilat menyertai majlis ilmu. Dalam mendengar kuliah itu aku suka memperhatikan orang2 di sana. Ada yang mencium2 (bau) sejenis tumbuhan. Tak pasti tumbukan apakah itu, nampaknya seperti ada bunganya. Kemudian ada juga yang menghidangkan kopi berempah. Ada juga yang mengedarkan timun dan carrot yang telah dipotong2. Ada yang membagi2 kurma. Macam2 cara orang buat untuk bersedekah. 

Selesai solat Isyak mana yang nak join makan nasi unta telah berkumpul di tempat menunggu bas. Perjalanannya tidaklah jauh. Sampai di kedai kami duduk berasingan antara lelaki dan perempuan, kemudian dihidangkanlah dengan nasi arab dengan lauk daging unta. Sebelum itu telah disediakan sup unta secawan seorang. Sedap juga supnya. Disebabkan perut yang lapar makan secara automatik makanan yang dihidangkan menjadi sedap, mungkin juga berkat makan di tanah haram. Satu dulang nasi dan daging unta boleh dimakan dalam 4/5 orang. Ada juga yang makan nasi dengan kepala kambing, yang ini pun aku dapat rasa kerana ada yang mempelawanya. Semuanya adalah satu pengalaman baru bagi aku. 

Selesai makan ada sesi kuliah oleh Ustaz Fauzan dan Ustaz Farhan, berbaloi2 umrah kali ini kerana banyak juga sesi2 perkongsian ilmu di sepanjang kami di sana. Ini adalah antara apa yang aku suka. Sehingga balik ke Malaysia kami yang masih lagi berada dalam grup WA, sekali sekala Ustaz Farhan Abu Furaihan akan share link kuliah live beliau di Instagram dan ada juga yang aku join. Kalau ada yang nak join follow di instagram.com/farhanabufuraihan. 

Ahad, Mac 27, 2022

Tidak Boleh Mengqadha Puasa Ramadan Hingga Bertemu Ramadan Seterusnya

Siapa yang terpaksa menebus Ramadhan?

Akhir sekali, sesiapa yang terpaksa mengqadha Ramadhan, tidak boleh dia menangguhkannya sehingga Ramadan berikutnya bermula tanpa alasan.
 
Dari Aisyah radhiyallahu 'anhu, dia berkata: "Saya pernah berpuasa dari bulan Ramadhan, maka saya tidak dapat mengqadhanya kecuali pada bulan Sya'ban" [Muslim].
 
Imam Al-Nawawi rahimahullah berkata: “Dia biasa berpuasa pada bulan Sya’ban kerana Rasulullah s.a.w. pernah berpuasa kebanyakan Sya’ban, maka tidak ada memerlukannya di dalamnya pada waktu itu pada siang hari, dan kerana jika Sya'ban datang menjadi sukar untuk mengqadha Ramadhan, maka tidak boleh menangguhkannya.” [Penjelasan Muslim]. 
 
Berbahagialah orang yang bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya di masa depan hari-hari yang mulia ini, dengan apa yang dia selamatkan dari kehidupan dunia untuk akhiratnya, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Rabu, Februari 24, 2021

PUASA HARI PUTIH 2021

PUASA HARI PUTIH 2021


JAN
Selasa 26/1/21 (13 j/akhir)
Rabu 27/1/21(14 j/akhir)
Khamis 28/1/21 (15 j/akhir)

FEB
Khamis 25/2/21 (13 Rejab)
Jumaat 26/2/21 (14 Rejab)
Sabtu 27/2/21 (15 Rejab)

MAC
Sabtu 27/3/21 (13 Sya'ban)
Ahad 28/3/21 (14 Sya'ban)
Isnin 29/3/21 (15 Sya'ban)

APRIL
RAMADHAN AL MUBARAK

MEI
PUASA 6
Jumaat 14/5/21- Rabu 19/5/21 (2-7 Syawal)

Selasa 25/5/21 (13 Syawal)
Rabu 26/5/21 (14 Syawal)
Khamis 27/5/21 (15 Syawal)

JUN
Khamis 24/6/21(13 Zulkaedah)
Jumaat 25/6/21(14 Zulkaedah)
Sabtu 26/6/21 (15 Zulkaedah)

JULAI
Jumaat 23/7/21(13 Zulhijjah)
Sabtu 24/7/21 (14 Zulhijjah)
Ahad 25/7/21 (15 Zulhijjah)

OGOS
Ahad 22/8/21 (13 Muharam)
Isnin 23/8/21 (14 Muharram)
Selasa 24/8/21 (15 Muharram)

SEPTEMBER
Isnin 20/9/21(13 Safar)
Selasa 21/9/21 (14 Safar)
Rabu 22/9/21(15 Safar)

OKTOBER
Rabu 20/10/21 (13 R/awal)
Khamis 21/10/21 (14 R/awal)
Jumaat 22/10/21 (15 R/awal)

NOVEMBER
Khamis 18/11/21 (13 R/akhir)
Jumaat 19/11/21 (14 R/akhir)
Sabtu 20/11/21 (15 R/akhir)

DECEMBER
Sabtu 18/12/21 (13 J/awal)
Ahad 19/12/21 (14 J/awal)
Isnin 20/12/21 (15 J/awal)

SELAMAT BERIBADAH

Sabtu, Jun 09, 2018

Kuliah Tarawih | Masjid Timah | 9 Jun 2018 | 25 Ramadhan 1439

Kuliah Tarawih | Masjid Timah | 9 Jun 2018 | 25 Ramadhan 1439


Bersyukur kerana negara tidak bergolak berbanding negara Islam lain.

Waktu berpuasa yang selesa untuk berpuasa. Ada negara berpuasa sehingga 20 jam.

Peluang yang perlu direbut dalam beribadah tambah juga ilmu2 agama melalui tazkirah2 yang diatur.

Tujuan puasa supaya kita jadi orang bertaqwa.

Perbanyakkanlah doa di penghujung Ramadhan.

Isnin, April 11, 2016

Fasting is half of patience

Prophet (blessings and peace of Allah be upon him) said: "Fasting is half of patience." Narrated by at-Tirmidhi.

Patience is of three types: patience in obeying Allah, patience in refraining from that which Allah has prohibited, and patience in accepting the decree of Allah when it is hurtful. All three types of patience are combined in fasting.

End quote from Lataa'if al-Ma'aarif by Ibn Rajab (p. 150)

The fasting person gives up the desires of his nafs that he is naturally inclined to love and to give precedence to over other things, and that are also necessary for him, but the fasting person gives precedence to love of his Lord over these things, so he gives them up in a manner that no one could know about except Allah, so his love for Allah becomes more important and overwhelms any other natural inclinations, and seeking the pleasure of his Lord takes precedence over attaining his own whims and desires.

Khamis, September 04, 2014

"Deeds are presented on Monday and Thursday, and I love that my deeds be presented while I am fasting"

Abu Hurairah narrated that:

the Messenger of Allah said: "Deeds are presented on Monday and Thursday, and I love that my deeds be presented while I am fasting."


Khamis, November 07, 2013

Puasa Sunat 2013/2014/1435H

Puasa Sunat 2013/2014/1435H

  • Puasa 1-9 Muharam = 5-13 Nov 2013
  • Puasa hari Aasyura iaitu pada 10 Muharam berserta sehari sebelumnya ialah pada 13-14 Nov 2013
  • Puasa hari Isnin dan Khamis: mana-mana hari Isnin dan Khamis kecuali hari Tasyrik 11 Zulhijjah = 6 Oct 2014 (Isnin) 
  • Puasa hari putih pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan hijrah:
    •   Muharam = 17-19 Nov 2013
    •   Safar = 16-18 Dec 2013
    •   Rabiulawal = 15-17 Jan 2014
    •   Rabiulakhir = 13-15 Feb 2014
    •   Jamadilawal = 15-17 Mar 2014
    •   Jamadilakhir = 13-15 Apr 2014
    •   Rejab = 13-15 May 2014
    •   Syaaban = 11-13 Jun 2014
    •   Syawal = 09-11 Aug 2014
    •   Zulkaedah = 08-10 Sept  2014
    •   Zulhijjah = 08-10 Oct 2014
  • Puasa sunat Rejab = 01-29 May 2014
  • Puasa sunat Syaaban (kecuali hari syak 30 Syaaban) = 30 May-27 Jun 2014
  • Puasa enam (puasa mana-mana enam hari Syawal kecuali 1 Syawal ialah antara  29 Jul-26 Aug 2014
  • Puasa 1- 8 zulhijjah = 26 Sept-3 Oct 2014 
  • Puasa hari Wuquf (bagi mereka yang tidak menunaikan haji) = 4 Oct 2014

Semoga Allah mempermudahkan urusan ibadat kita kepadanya dan menerima amalan puasa kita.

Allah telah memberitahu kepada nabi saw di dalam sebuah hadith yang maksudnya, "setiap amalan anak adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya." (riwayat al-imam al bukhari dan imam muslim).

Copy paste dari Ustaz Zahazan.

Ihsan Usop Tahap. 

Khamis, Ogos 07, 2008

Persediaan menghadapi bulan Ramadhan al-mubarak

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah


wallahualam

Selasa, September 27, 2005

Fadilat sembahyang terawih

*Telah dimaklumkan bahawa fadhilat ini adalah fadhilat palsu, rujuk link dalam komen di bawah. Terima kasih.

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 : berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."