Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 06, 2023

Solat dan Infaq


 

﷽

Katakanlah (Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku yang beriman, "Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan, secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datangnya hari, ketika tidak ada lagi jual beli dan persahabatan."

Suratul Ibrahim Alaihis Salam 31.

Jumaat, Februari 07, 2020

Satu kenikmatan bila kita kerja dan ada ruang masa untuk solat awal waktu. Bukan semua orang dapat nikmat ni. Bagi2 rider2 food panda mereka berpeluang kerja dalam masa yang sama tak kacau waktu solat. Beruntunglah mereka. Ada pula yang ada peluang untuk solat tapi tak mahu solat. Ini kufur nikmat.

Komen saya pada post ini:

Satu kenikmatan bila kita kerja dan ada ruang masa untuk solat awal waktu. Bukan semua orang dapat nikmat ni. Bagi2 rider2 food panda mereka berpeluang kerja dalam masa yang sama tak kacau waktu solat. Beruntunglah mereka. Ada pula yang ada peluang untuk solat tapi tak mahu solat. Ini kufur nikmat.

https://www.facebook.com/shakran.shamsudin/posts/10219710309222583?comment_id=10219716385614489

Fikir-fikirkanlah.



Perubahan Waktu Solat Subuh Negeri Pulau Pinang

Bismillah.

Nampaknya Pulau Pinang menyusuli Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Perak dalam menepatkankan lagi waktu mula solat fardhu Subuh bermula 8 Februari 2020 bersamaan 14 Jamadilakhir 1441H. Berikut petikan pengunguman rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2020 yang bersidang pada 5-6 Februari 2020/11-12 Jamadilakhir 1441H telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-116 yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja mengenal penetapan permulaan waktu Subuh di Malaysia adalah menggunakan nilai altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk.
Perubahan ini menyebabkan waktu solat Subuh sedia ada perlu ditambah secara purata 8 minit. Perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja manakala waktu-waktu lain adalah kekal sebagaimana yang tercatat padaTakwim Hijri 1441 dan Jadual Waktu Solat Pulau Pinang terbitan Jabatan ini. Bagi seluruh negeri Pulau Pinang, pelaksanaan ketetapan baru ini berkuat kuasamulai esok, 8 Februari 2020/14 Jamadilakhir 1441H (Sabtu).
Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa pelaksanaan solat Subuh berdasarkanwaktu terdahulu adalah sah dan tidak perlu diqadha (diganti) setakat sebelumtarikh ketetapan baru ini dikuatkuasakan. Jadual Waktu Solat Subuh terkini boleh dirujuk dan dimuat turun di Laman Rasmi Jabatan ini atau Portal e-Solat JAKIM mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Jabatan. Sekian, dimaklumkan.

Khamis, April 05, 2018

Dzikir telah Solat Fardhu Subuh


Dari hadis Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ، كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ، وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ، وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ، وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ

“Siapa yang di akhir solat fajr (yakni sebaik salam dari solat fardhu Subuh) dalam keadaan dua kakinya masih pada posisi solat, serta sebelum berkata apa-apa, dia mengucapkan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan milik-Nya puji-pujian, Yang menghidupkan dan Yang mematikan, dan adalah Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(yakni) sebanyak sepuluh kali, maka akan ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan darinya 10 keburukan, diangkat untuknya 10 darjat, dan bahawa sepanjang hari tersebut dia akan terhindar dari hal-hal yang berbahaya, dan dia dijaga dari gangguan syaitan.” [Sunan At-Tirmidzi, no. 3474. Kata At-Tirmidzi hadis ini hasan sahih gharib]

Dinilai hasan oleh Salim bin ‘Ied Al-Hilali dan Amir ‘Ali Yasin dalam Tahqiq kitab Al-Adzkar karya Al-Imam An-Nawawi rahimahullah di bab:

باب الحث على ذكر الله تعالى بعد صلاة الصبح

“Bab Anjuran Berdzikir kepada Allah Ta’ala Setelah Solat Subuh.”


Khamis, Februari 23, 2017

👥 Bersentuhan Bahu Dengan Bahu Ketika Solat Jama’ah berserta Keutamaannya

👥 Bersentuhan Bahu Dengan Bahu Ketika Solat Jama’ah berserta Keutamaannya


🕌 Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَقْبَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى النَّاسِ بِوَجْهِهِ، فَقَالَ: «أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ» ثَلَاثًا، «وَاللَّهِ لَتُقِيمُنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ» قَالَ: فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ يَلْزَقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَرُكْبَتَهُ بِرُكْبَةِ صَاحِبِهِ وَكَعْبَهُ بِكَعْبِهِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa menghadap kepada para jama’ah dengan wajahnya, lalu beliau pun bersabda, “Rapikanlah saf-saf kamu semua! (beliau ucapkan sebanyak tiga kali). Demi Allah, hendaklah kamu semua benar-benar merapikan saf-saf kamu, atau Allah benar-benar akan menjadikan hati-hati kamu saling berselisih.”

Kata Nu’man lagi, “Maka aku pun melihat orang-orang menempelkan (merapatkan) bahunya dengan bahu sahabat yang di sebelahnya, demikian juga lututnya dengan lutut di sebelahnya, dan mata kakinya dengan mata kaki sahabat yang di sebelahnya.” [Sunan Abi Dawud, no. 662. Dinilai sahih oleh Al-Albani]

📚 Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

اعتبر الاتصال بتواصل المناكب

“Dianggap sebagai bersambungnya suatu saf itu adalah dengan bersambungnya (bersentuhan) bahu dengan bahu.” [Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 4/306]

✍🏻 Dari artikel, http://www.ilmusunnah.com/beginilah-seharusnya-merapatkan-saf-ketika-solat-berjamaah/

Sabtu, Januari 24, 2015

Solat berjemaah

Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat ganda daripada solatnya seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda. Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwuduk, kemudian disempurnakannya wuduknya itu, lalu dia pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat, maka tidak satu langkah pun langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya satu tingkat untuk setiap langkah, dan dihapuskan pula kesalahannya. Apabila dia telah solat, maka malaikat sentiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempatnya solat, katanya: "Wahai, Allah! Limpahkan kepadanya kebaikan dan kasihilah dia!" Dan seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat selama dia menunggu-nunggu waktu solat."

Selasa, Mac 08, 2011

Follow waktu Solat alert on twitter

  • Kuala Lumpur: @waktuSolatKL
  • Pulau Pinang: @waktuSolatPNG
  • Melaka: @waktuSolatMLK
  • Kuantan: @waktuSolatKTN
  • Ipoh: @waktuSolatIPOH
Follow developer of this twitter alert account: @mohdneotech.

More place to be covered.

Jumaat, Disember 28, 2007

Makna bacaan dalam solat

Allah Maha Besar


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



"Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu . "Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"