Memaparkan catatan dengan label upgrade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label upgrade. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 14, 2025

Upgrade Laptop Sendiri Pula

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Lepas buat catatan ni nak berjalan kaki ke masjid. Di antara sunnah yang boleh dilakukan untuk ke masjid ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Hari ini adalah hari ke 13 kita berpuasa, kalau di Indonesia dah hari ke 14. Bolehlah kita ambil masa sedikit untuk fikirkan apa yang berlaku sepanjang 13 hari ni memandangkan tinggal lagi separuh sahaja Ramadan. Sedar tak sedar nanti ia akan meninggalkan kita. Kemudian baru kita nak tanam azam kalau Ramadan sekali lagi nak buat itu dan ini. Di waktu masih tersisa ini selesaikan apa yang wajib bagi kita, antaranya zakat. Ramai yang terlepas pandang bab zakat, kena belajar jenis zakat, apa yang diwajibkan atas kita, dan saya cadang selesaikan zakat dalam bulan Ramadan. Lihat juga keutamaan kita dalam beramal, ada yang wajib dan ada yang sunnah. Pastikan yang wajib tip top baru laksanakan sunnah dengan banyak dan konsisten. Hindarkan diri dari banyak bercakap yang sia-sia. Jangan tengok video yang bermuzik, banyak mempamer aurat dan yang sia-sia (Kalau tengok FYP TT memang tak boleh nak jaga). Jaga hubungan dengan Al-Quran, tilawahnya dibanyakkan, tadabbur ayat-ayatnya, tajamkan hafalan sedia ada dan tambah hafalan surah atau ayat baru.

Dalam pada aku membaiki laptop orang kadang-kala laptop sendiri tak upgrade-upgrade. Jadi baru ni ada customer minta ganti screen laptop dia yang bergegar, masa order screen baru aku order sekali screen laptop sendiri. Walau pun tak rosak kadang laptop asal yang kita beli resolutionnya rendah dan sebenarnya boleh upgrade ke full hd punya resolution. Pada aku sekarang ni kalau nak pakai laptop kena pastikan screennya full hd iaitu 1920x1080 pixel. Kalau guna rendah dari tu mesti susah nak buat kerja nak-nak kalau guna software yang baru. Web app dan website pun sekarang lebih selesa diview dengan fhd resolution. Lepas tukar mesti akan cakap dalam hari, kenapalah tak buat dari dulu. 

Satu lagi upgrade yang aku buat selain screen ialah wireless card. Ini pun boleh diupgrade bagaimana pun kena buat research dahulu sebab bukan semuanya ngam. Sebelum upgrade pada network yang sama saya dapat 300Mbps tetapi selepas upgrade dapat 600Mbps. Selalunya orang akan blame telco atau wifi tetapi ada kemungkinan limitas device kita sendiri. Bila upgrade rase respond web lagi tip top. Aku jenis suka buka banyak tab pada browser jadi lepas ni boleh buka banyak lagi tab huhuhu.

Dah nak pergi masjid dulu. Pada rakan-rakan blogger bulan Ramadan ni blog-walking bikin lapar kan. Nanti letak caption.

Ahad, Jun 09, 2024

Service ASUS TUF Gaming A15

Assalamualaikum dan selamat petang semua, antara aktiviti hari ini adalah menyelenggara laptop ASUS TUF Gaming A15. Customer minta pasangkan wireless card baru AX210. Aku pun okkan sahaja bila dia call tu. Tak lama lepas tu muncullah customer kat depan rumah. Aku buat service laptop ni kecil-kecilan dan sambilan sahaja. Kebetulan dekat dengan rumah ni ada politeknik dan UiTM, biasanya studentlah yang jadi customer tu. Yang petang ni aku tak tanya pula kerana chinese, malas nak sembang-sembang sangat kerana kadang-kadang orang pun tak berapa suka kena interview ni. Aku pula jenis suka juga untuk small talk, kena tengok-tengok oranglah. Barang yang baru dia dah ada jadi kerjanya pasang sahaja. 

Aku pun mulalah membuka skru satu persatu, dah siap buka semua aku jadi pelik sebab cari slot wireless card tak jumpa. Mula-mula nak marah dah takut-takut ASUS letak di tempat yang sampai kena buka motherboard rupa-rupanya dia bersembunyi di bawah hard disk NVME. Bagus pula ASUS Gaming ni punya layout motherboard dia, memang senang untuk service. Berbeza dengan entry level consumer punya laptop memang fragile sangat, nak kena buka hati-hati sebab ribbon dia senang sangat nak rosak. Nak buka pun susah. 

Dah siap pasang wireless card tu aku pun test nak ok semuanya, memang jadi lajulah dia nak browse internet lepas ni. Kemudian aku tengok fan dia punya teruk berhabuk, rasa macam air flow dah terhalang habis. Aku pun tanya dia untuk service fan sekali, aku quote harga tertentu dan dia pun setuju. Seronok dapat customer macam ni, tak banyak tanya. Kadang kita pun kena macam tu di zaman serba-serbi naik harga ni. Tak sampai 2 jam semuanya siap. Aku pun minta dia ambil semula laptop dia, lepas test dia bayar dan terus balik. 

Sementara itu aku baru iklankan satu laptop kat fb marketplace, kut-kutlah ada yang mencari laptop boleh click link ini. Laptop ni 12.5 inci screen dia, kecil dan ringan sesuai untuk yang rajin travel dan nak blogging di mana-mana sahaja. Chargar dia guna USB-C jadi kalau guna handphone yang guna charger USB-C boleh bawa satu chargar sahaja. Lain-lain info boleh PM tepi.   

Selasa, Januari 09, 2024

Projek Baik Pulih #ThinkPad T400

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Kali ni aku nak buat catatan berkenaan tentang projek pada akhir tahun lepas sebelum aku bercuti seminggu untuk family day. Rasa bersalah pula jika aku tak tinggalkan catatan ini pada blog ini kerana secara tradisinya aku suka buat catatan berkaitan projek repair2 laptop kat blog ini. Banyak juga catatan yang telah aku buat sebelum ini terutamanya berkenaan ThinkPad. Ini salah satu hobi yang aku minat, aku suka godek2 komputer terutamanya laptop. Aku juga ada buat repair2 untuk orang2 berdekatan dan kawan2 satu hospital tempat aku bekerja. Bukan nak buat duit sangat pun cuma kalau ada orang minta tolong aku akan cuba bantulah. 

Aku menyimpan beberapa model ThinkPad antara yang ada dalam simpanan ketika ini ialah model T60, T60p, T400, T420, X220 dan X270. Antara banyak2 model ni model T400 ni yang paling banyak problem sekali dan untuk kali ini aku gantikan beberapa parts iaitu; screen bezel, hinges dan palm rest. Screen bezel aku tukar sebab yang lama dah patah dan ada bahagian yang dah sompek. Hinges pula aku tukar kerana hinges lama dan loose, bila buka semua memang dah pecah. Jadi bila ganti yang baru selesailah masalah hinges longgar tu. Sekarang dah padu bila buka dan tutup screen. Part ketiga aku aku tukar ialah palm rest kerana yang lama ada masalah pada touchpad. Sekarang semua dah ok. Walaupun aku lebih banyak guna touchpoint (butang merah) untuk navigate kadang2 touchpad juga membantu.

Semua part adalah plug & play kerana modelnya adalah sama kecuali hinges. Rasanya ada masalah sedikit pada pattern hinges yang awal dan mereka keluarkan design baharu yang lebih tahan, jadi ada part kena trim sikit sebab ada sedikit berbeza pada screen cage. Selain itu semuanya mudah sahaja. 

Selesai cerita pasal laptop. Cuma nak update sikit yang hari ini merupakan hari akhir aku bekerja sebelum bercuti umrah pada 11 hingga 21 Januari 2024 bersama isteri. Esok kami akan bergerak ke Putrajaya dari Penang. Hati rasa berdebar2 sahaja seminggu dua ni. Kali ini kami ikut MKM Ticketing and Travel sebagai syarikat yang menguruskan perjalanan. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami dari awal hingga ke akhirnya. 

Habis buka semua.

Setelah siap dipasang semuanya.

Sekian dahulu buat kali ini. Hingga bertemu lain pada lain catatan. 

Isnin, Mei 30, 2022

Upgrading my ThinkPad X270 with US Backlit Keyboard and Upgrading RAM to 16GB

Assalamualaikum. Dah lama teringin nak tukar keyboard ThinkPad X270 ni sebenarnya. Asalnya laptop ni didatangkan dengan keyboard dengan layout JP. Memang agak kekok untuk menggunakannya dengan banyaknya key yang tak pakai dan spacebar yang kecil memang agak sukar. Apapun servive jugalah dengan kayboard tu untuk selama beberapa bulan.

Beberapa minggu lalu tiba2 merajinkan diri untuk mencari keyboard ganti dengan layout US dengan backlit. Kena hati2 membeli keyboard ni kerana kebanyakan yang dijual adalah after market punya keyboard dan untuk kegunaan sendiri memang tak boleh accept untuk pakai keyboard aftermarket. Takkan sama feelnya berbanding keyboard original. Jika tiada option untuk mendapatkan keyboard original dan baharu lebih baik cari original seconhand dengan condition yang elok berbanding beli after market punya. 

Seperti biasa keyboard baharu ni datang terus dari China. Makan masa sikit untuk sampai tapi berbaloi kerana kualitinya yang terbaik. Semalam mulalah operasi membuka laptop ni, sebenarnya dah biasa dengan ThinkPad tapi untuk model X270 ada cabaran tersendiri. Hampir kena buka semua part untuk ganti keyboard ni. Sebagai jalan selamat kena rujuk Hardware Maintenance Manual. 

Selain dari tukar keyboard, RAM juga diupgrade kepada 16GB. Asal beli dulu 4GB, kemudian upgrade ke 8GB dan sekarang dengan 16GB. Kebetulan jumpa RAM 16GB single stick dengan harga yang murah terus sambar beberapa bulan lepas. Puas hati dengan keyboard baharu dengan backlit ni. Dia punya backlit ada dua tahap iaitu low dan high. Tiada masalah untuk menaip dalam gelap.

Seterusnya enjoy gambar2 dan caption di bawah:

 

Keyboard baru keluar bungkusan.

ThinkPad X270 keyboard FRU No. 01EP099

Berseri-seri keyboard baharu sebelum dipasang

Ambil gambar dulu keyboard Jepun sebagai kenangan

Hampir semua part kena dibuka termasuklah system board dan LCD

Kecil sahaja motherboard X270 ni

Screen pun perlu ditanggalkan

Internal battery, X270 ni unik sebab ada 2 bateri iaitu internal dan external

Siap dipasang keyboard baharu, kena hati2 sewaktu pasang ribbon keyboard.

System board atau motherboard X270, jangan lupa re-apply thermal paste

TeamGroup 16GB DDR RAM

Semak RAM dan Re-enable internal battery.

Siap dipasang

Itu nampak backlitnya. Kalau dalam gelap memang cantik sekali

Hello world. Sedap manaip dikeyboard baharu, rasa tak mahu berhenti menaip beribu2 patah perkataan.

 

Sekian, terima kasih.


 

Ahad, Disember 26, 2021

Upgrading ThinkPad X270 RAM from 4GB to 8GB

Beginilah bahagian dalam laptop

Dah dapat 8GB, usable dalam 7GB sahaja

Assalamualaikum, pagi ni buat projek upgrade RAM dari 4GB ke 8GB untuk ThinkPad X270. Laptop ini dibeli pada 5 Disember lalu dengan harga RM1,100. Spec dia basic sahaja tapi berbaloilah untuk model ini dengan processor i5 7th generation. Biasanya kalau 7th generation orang akan jual dalam RM1,500 ke atas.

Laptop ketegori ultrabook ni hanya ada 1 slot unsoldered RAM, jadi perlu ganti yang lama dengan yang baharu. Suka model ni sebab masih boleh upgrade RAM, kalau model kemudian selepas ni dah pakai soldered RAM yang mana takde ruang untuk upgrade dah.

Akan datang mungkin nak tukar keyboard backlight US.

Jumaat, September 03, 2021

Upgrading the Processor from Core i5 to i7

Upgrading the Processor from Core i5 to i7

 

Assalamualaikum, posting kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman menukarkan processor laptop dari Intel Core i5 kepada i7. Laptop Lenovo ThinkPad asalnya dikuasakan dengan processor i5-2520M. Semasa mengemas rumah terjumpa satu laptop rosak dengan processor i7-2630QM lalu mulalah mencari info sekiranya boleh ditukarkan masuk ke dalam ThinkPad T420. Setelah disahkan didapati memang boleh masuk processor ini. Ingat, bukan semua laptop boleh diupgrade processornya. Sekiranya boleh pun hanya processor dari generasi yang sama yang boleh diupgrade atau perlu flash BIOS tertentu dahulu. Dalam kes ini, belum kekeyakinan untuk flash Coreboot untuk membenarkan pengantian processor dari generasi ketiga. 

Screenfetch dengan i7-2630QM
Proses upgrade processor ini tidaklah terlalu sukar untuk laptop ini, hanya perlu buka keyboard dan palmrest dah boleh akses ke processor. Tanggalkan yang lama dan ganti dengan yang baru. Bila dah ganti processor kenalah letak thermal paste dah ambillah kesempatan untuk cuci apa yang patut. Dalam keadaan yang paling baik, laptop akan boleh di onkan seperti biasa dan OS akan detect perubahan ini. Dalam kes aku ini, terdapat masalah yang ingin dikongsikan semoga menjadi pengajaran kepada orang lain. Antara kesilapan yang telah dilalukan dalam proses mengupgrade processor ini ialah:

  1. Tidak mencuci thermal paste lama dengan baik: terlupa nak cuci bahagian pada bahagian fan, sedangkan bahagian processor dan cantik. Simptom dia OS akan freeze bila loading desktop. Setelah dicuci semula dan di letakkan semula thermal paste baharu barulah OS dapat load dengan baik.
  2. Tidak membuat backup: hard disk yang digunakan rosak berkemungkinan disebabkan oleh Windows 10 yang crash dan cubaan untuk recovery. Mungkin jika single boot tiada masalah tetapi hard disk ini ada dual boot antara Manjaro Linux dan Windows 10. Boot pada Manjaro tiada masalah, tetapi crash pada Windows 10.

Nasib baiklah ada SSD lebih, boleh ganti dan install Manjaro dengan cemerlang. Malas dah nak buat dual boot dengan Windows. Dengan penaiktarafan processor ini performance laptop menjadi semakin bagus. Perubahan dari Dual Core 4 Threading kepada 4 Core 8 Threading, performance semakin cemerlang berbanding i5 yang lama. Kalau berhajat nak upgrade processor bolehlah semak dahulu spec laptop anda.


Processor i7 yang dijumpai tersadai tanpa digunakan


Processor yang telah dicuci sampai berkilat

Menggunakan thermal paste Arctic MX-2

Tanda yang baik bila Bios dah detect processor itu

Laptop Acer Aspire 5750G yang dijumpai tersadai rosak

 

Sekian dahulu untuk kali ini. 


Selasa, April 27, 2021

ThinkPad T60 14.1" SXGA+ Screen

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam posting berkenaan ThinkPad. Banyak juga dah post berkenaan ThinkPad dalam blog ni.

Kali ni projek tukar screen ThinkPad T60 14.1". Screen beresolusi 1400x1050 pixel atau SXGA+. Asalnya laptop ini didatangkan dengan resolusi 1024x769 pixel atau XGA. Sebenarnya sebelum ni dah pernah tukar screen SXGA+ tapi screen tu ada masalah kuning yang kuat. Susah nak cari screen untuk laptop berusia 15 tahun ni. Kali ni order dari luar negara untuk dapat kualiti screen yang bagus.

Tak selesa nak guna bila screen ada masalah yellowish

Lama juga menunggu screen sampai

Sebenarnya FRU screen untuk laptop ni ialah LTN141P4-L02 tapi L04 pun compatible juga, rasanya beza sikit kat panjang cable ke controller

Bersedia untuk dioperate

Dah siap sambung cable, kita test on dulu. Berjaya juga menghidupkan semula ThinkLight kat atas tu

Nampak cun sekali laptop dengan resolusi 4:3 ni, screen rasa lebih luas dan kalau nak membaca atau menaip memang best berbanding screen 16:9 yang banyak sekarang ni

Angle view pun nampah lebih cun, tapi tak boleh nak dibandingkan dengan IPS punya displaylah

Siap pasang skru semua dan sticker cover lubang skru, munking lebih baik kena letak double sided tape supaya lebih rapat dan tiada gap

Bersedia untuk berkhidmat semula

Sekian dahulu projek upgrade laptop ThinkPad T60 untuk kali ni. Selamat menjalani ibadah  puasa.


Ahad, Disember 06, 2020

Upgrading Intel® Dual Band Wireless-AC 7260 WLAN Card

Lama dah update blog. Malam tadi baru selesai satu masalah masa nak upgrade WLAN card untuk laptop ThinkPad T430s. Pada yang tak tahu apa tu WLAN card; ia ialah kad kecil dalam saiz 2x2cm dalam laptop berfungsi untuk detect Wi-Fi. Selain itu ia juga berfungsi sebagai bluetooth adapter.

Asalnya laptop ni menggunakan Intel® Centrino® Advanced-N 6205, Dual Band. Boleh tengok spec kat sini. Maximum speed bagi card ini adalah 300Mbps. Sepatutnya ada integrated Bluetooth tetapi tak berfungsi bagi laptop ini. Jadi tujuan upgrade ini adalah untuk tingkatkan maximum speed dan mewujudkan Bluetooth untuk laptop ini.

Masalah bila nak upgrade WLAN card laptop ni ialah bila manufacturer ada whitelist tertentu untuk card yang boleh dimasukkan. Jadi bila masuk apa-apa card yang tidak dalam whitelist laptop akan keluar error bila booting. 

Untuk menghilangkan whitelist dalam BIOS, telah ada hacker yang create program untuk Flash Bios supaya whitelist ni dapat dibuang dan beberapa lagi fungsi lain seperti overclock dan lain-lain tweak. Untuk laptop Lenovo ThinkPad T430s perlu guna 1vyrain untuk flash BIOS ni. Mula-mula agak kurang confident juga nak buat takut jahanam terus laptop, tapi dah buat study dan tanya-tanya kat forum lalu digagahi juga untuk jailbreak. 1vyrain ni boleh digunakan untuk model X230, X330*, X230t, T430, T430s, T530 dan W530 sahaja. Untuk model lain ada cara jailbreak tersendiri.

Layan gambar dulu jap..

WLAN card pada laptop

Bila whitelist tidak dibuang tak boleh masuk card lain

Proses jailbreak

BIOS version dah berubah

Proses jailbreak menggunakan 1vyrain ada masalah pula

Kena betul format masa create bootable disk

Akhirnya boleh proceed jailbreak


Dalam masa nak create bootable disk ni ada masalah bila silap mode. Sepatutnya kena guna mode DD kalau guna Rukus, boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut. 

Dah siap flash BIOS maknanya dah boleh test WLAN card lain untuk pastikan ia berjaya buang whitelist. Nasib baik ada WLAN card lain tak pakai untuk test dan keputusannya positif. Dah boleh masuk apa sahaja card termasuk card yang baru-baru yang lebih advance. 

Proses seterusnya ialah mencari WLAN card yang lebih laju dan support Bluetooth, sekurang-kurangnya cari yang support Bluetooth 4.0 supaya takde problem nak connect dengan bluetooth speaker atau earbud wireless yang baru-baru.

Order model Intel® Dual Band Wireless-AC 7260 WLAN Card setelah ada yang recommend model ni. Boleh rujuk specs kat sini. Card ni support sehingga 867 Mbps dan support Bluetooth version 4.0. 

 

Card order di Shopee

AC 7260

Sedia untuk dipasang

Setelah pasang WLAN card baru ni, wireless berfungsi dengan cemerlang cuma ada masalah lain pula bila Bluetooth tak berfungsi dalam Manjaro Linux dan Windows. Rasa tak puas hati dah tak rasa card ni problem, jadi DuckDuckGo lah mencari solution. 

Guide kedudukan Pin 20 dan 51 WLAN card

Connect to bluetooth dalam Windows

Dari tiada kepada ada bluetooth

Boleh dah guna bluetooth
 

Tanya-tanya dan cari-cari kat internet jumpa solution yang suggest tape kan pin 51 atau pin 20 dan 51 pada card ini. Rupanya ini bukan masalah untuk laptop model ini sahaja, yang guna Dell, ASUS dan lain-lain juga berkemungkinan menghadapi masalah tak ada bluetooth ni. Jadi itulah solutionnya. Jenuh juga nak tape pin tu sebab saiznya terlalu kecil dah jenuh nak potong. Untuk Windows kena install bluetooth driver download dari Intel sendiri sebeb Windows tak install automatically. Manakala untuk Manjaro Linux, dia akan terus detect ja. terus boleh connect ke Bluetooth dengan cemerlang.

Sekian dulu posting kali ini.

Rabu, Oktober 21, 2020

Upgrading IBM ThinkPad T60 CPU from T2400 to T7400

Upgrading IBM ThinkPad T60 CPU from T2400 to T7400

ThinkPad T60 ni asalnya dikuasakan oleh Intel® Core™ Duo Processor T2400 kalau dekat sticker laptop dia akan lekatkan Intel Centrino Duo. Tujuan tukar kepada processor ini ada kerana processor Intel® Core™ Duo Processor T7400 support Instruction Set 64bit. Boleh tengok perbandingan antara dua CPU ni pada laman web Intel sendiri. 

Kebanyakkan operating syatem dah kurang nak support 32bit operating system. Windows 10 juga akan menamatkan sokongan pada 32bit operating system. Boleh baca posting Engedget berkenaan perkara ini. Selain dari Windows dunia Linux juga semakin meminggirkan 32bit based operating system. Ubuntu dan Debian based masih ada release untuk 32bit tetapi Arch based dan mula menghentikan penghasilan OS dengan 32bit. Panjang cerita kalau nak cerita pasal OS ni, nanti di kemudian hari akan post pasal OS pula. 

Sebenarnya T60 ni support sampai sampai maximum T7600 tapi harganya mahal sebab demand mungkin. T7400 ni dibeli dengan harga RM36 sahaja (nak link bagitahu). Makan 2 minggu lebih juga nak sampai ke tangan sebab susah nak cari dalam Malaysia ni. 

Jadi bagaimana prosesnya? Mulanya kena baca manual, untuk model T60 ni boleh tengok atau download manual di website Lenovo. Ada step kena kena follow satu satu, ada gambar yang kena zoom supaya tak tersilap. Kena berhati-hati sangat sebab laptop ni dah lama (14 tahun) jadi mungkin ada part yang dah kurang tahan. Apapun ThinkPad terkenal dengan ketahanannya dan bagi model tertentu sangat berbaloi untuk digunakan walaupun barang lama. 

Bila dah siap pasang CPU baru timbul masalah bila on keluar blank sceeen sahaja sebelum POST (power on self test) lagi jadi menggelabah juga mencari solution. Bila try balik CPU lama ok pula. Jadi duk ingat CPU yang baru tu faulty. Solution pun tak jumpa kat internet untuk specifically model ni. Bila cari dalam forum ada yang kaya kena update BIOS. Masalah tu akhirnya berjaya diselesaikan dengan cabut cable batteri CMOS dan pasang balik selepas on tanpa bateri. Setakat ini dulu post ini, mungkin ada sambungan untuk part upgrade SSD dan install OS Manjaro Linux. 

Penat baca layan gambar dulu.

Free thermal compound CPU
Packaging CPU siap bekas yang sesuai
CPU laptop tak sama CPU desktop
Bawah CPU fan inilah letaknya CPU ;P
WiFi card, katanya boleh upgrade juga ni
Intel T2400
Intel T7400
Windows berjaya mengenal pasti CPU baharu