Ahad, Jun 09, 2024

Service ASUS TUF Gaming A15

Assalamualaikum dan selamat petang semua, antara aktiviti hari ini adalah menyelenggara laptop ASUS TUF Gaming A15. Customer minta pasangkan wireless card baru AX210. Aku pun okkan sahaja bila dia call tu. Tak lama lepas tu muncullah customer kat depan rumah. Aku buat service laptop ni kecil-kecilan dan sambilan sahaja. Kebetulan dekat dengan rumah ni ada politeknik dan UiTM, biasanya studentlah yang jadi customer tu. Yang petang ni aku tak tanya pula kerana chinese, malas nak sembang-sembang sangat kerana kadang-kadang orang pun tak berapa suka kena interview ni. Aku pula jenis suka juga untuk small talk, kena tengok-tengok oranglah. Barang yang baru dia dah ada jadi kerjanya pasang sahaja. 

Aku pun mulalah membuka skru satu persatu, dah siap buka semua aku jadi pelik sebab cari slot wireless card tak jumpa. Mula-mula nak marah dah takut-takut ASUS letak di tempat yang sampai kena buka motherboard rupa-rupanya dia bersembunyi di bawah hard disk NVME. Bagus pula ASUS Gaming ni punya layout motherboard dia, memang senang untuk service. Berbeza dengan entry level consumer punya laptop memang fragile sangat, nak kena buka hati-hati sebab ribbon dia senang sangat nak rosak. Nak buka pun susah. 

Dah siap pasang wireless card tu aku pun test nak ok semuanya, memang jadi lajulah dia nak browse internet lepas ni. Kemudian aku tengok fan dia punya teruk berhabuk, rasa macam air flow dah terhalang habis. Aku pun tanya dia untuk service fan sekali, aku quote harga tertentu dan dia pun setuju. Seronok dapat customer macam ni, tak banyak tanya. Kadang kita pun kena macam tu di zaman serba-serbi naik harga ni. Tak sampai 2 jam semuanya siap. Aku pun minta dia ambil semula laptop dia, lepas test dia bayar dan terus balik. 

Sementara itu aku baru iklankan satu laptop kat fb marketplace, kut-kutlah ada yang mencari laptop boleh click link ini. Laptop ni 12.5 inci screen dia, kecil dan ringan sesuai untuk yang rajin travel dan nak blogging di mana-mana sahaja. Chargar dia guna USB-C jadi kalau guna handphone yang guna charger USB-C boleh bawa satu chargar sahaja. Lain-lain info boleh PM tepi.   

 
Fan yang telah diservice.

Menarik juga laptop ini, mudah untuk diservice.

Lajulah browse internet lepas ni.

Check dulu semuanya ok.

Ruang wireless card yang tersembunyi.

Tengoklah habuk dah sumbatkan air flow, sekali sekala kena service laptop ya.

ASUS TUF GAMING A15

Sesuai ni untuk student, nak gaming level pertengahan ok, nak buat kerja harian pun ok.

Setakat ini dahulu, nak pergi cari makanan malam pula.

10 ulasan:

  1. Wahhh terbaek laaa ur service👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa sahaja. Mana yang boleh kita bantu.

      Padam
  2. bagusnya.. MA kalau bab2 ni..memang cari hero sorang tu je la.. x mahir sgt bab2 ni

    BalasPadam
  3. Wah..keren nih bisa servis laptop...yang ada kendala bisalah datang ke sini👍

    BalasPadam
  4. Bagus sangat la pandai servis laptop. My nature of work memang guna laptop / pc. Dah tak terkira berapa laptop ku jahanamkan XD

    BalasPadam
  5. kalau zmn belajar dlu mmg perlu sgt org yg servis komputer/laptop/ pc ni.. sb kbykn keje guna pc.. huhuhu .. klu pandai baiki mmg laku keraslah perkhidmatan tu

    BalasPadam
  6. Waaa pandai repair.. meh tlg repair laptop kita huhuhuu...

    BalasPadam
  7. Sebaiknya berapa bulan sekali utk service laptop ini bang?

    Saya pun tipe yg malas nak bargain harga 😄. As long as harga masih masuk dlm budget saya, langsung oke saja 🤭

    BalasPadam