Selasa, Mac 11, 2008

Fakta pilihanraya 2008

  • Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..

  • Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

  • Menariknya, jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif itu lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi sebenar di dalam negara ini.

  • Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 82. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

  • Calon termuda ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

  • Calon tertua ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

  • 56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga hilang wang pertaruhan setelah gagal memperoelhi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

  • Majoriti undi terbesar dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

  • Majorit terkecil ialah 14 undi yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

  • Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

  • Calon terramai ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

  • Blogger terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

  • Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

  • Aktivis masyarakat Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

  • Tamparan Hebat: Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..

  • Menteri:
  1. S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
  2. Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
  3. Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
  4. Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

  • Timbalan Menteri
  1. Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
  2. G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
  3. Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
  4. V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
  5. S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
  6. Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
  7. Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
  8. M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

  • Setiausaha Parlimen
  1. Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
  2. P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
  3. Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
  4. Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
  5. S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
  6. Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
  7. Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
  8. Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)

  • Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya.

  • Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.

  • Pemangku Presiden Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

  • Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah). Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.

  • Pak Lah masih menganggap dirinya relevan.

1 ulasan: