Selasa, Mei 27, 2008

Pelik gambar bogel di Internet

Pelik gambar bogel di Internet:
"KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dihujani puluhan panggilan telefon daripada ramai lelaki gila seks yang mengajaknya berasmara sejak tiga hari lalu.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ima, 30-an berkata, lelaki yang tidak dikenali itu terus mengajaknya bersembang mengenai seks selepas dikatakan melihat nombor telefon bimbit dan gambar bogelnya tersiar di laman blog lucah Internet.

Mangsa yang tertekan dengan keadaan itu terpaksa mematikan telefon bimbit dan menggunakan talian baru untuk mengelak menjadi mangsa gangguan seksual daripada lelaki terbabit.

“Saya merasa amat pelik dari mana mereka mendapat nombor telefon sedangkan saya tidak pernah menyiarkan sebarang maklumat peribadi di mana-mana ruangan atau blog di Internet.

“Saya percaya ia mungkin angkara individu yang iri hati atau sengaja ingin mengenakan saya,” katanya.

Bukan hanya lelaki tempatan, malah lelaki asing juga yang tertarik selepas melihat gambar bogelnya yang tersiar di laman blog terbabit turut menghubunginya.

Selain dihujani panggilan telefon, dia juga menerima SMS mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk itu."
p/s: kesimpulannya jangan letak no phone merata2, ramai org yg gila seks di alam maya nih! yg sakit mental pun ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan