Selasa, Jun 24, 2008

Pelajar kemaruk klip video lucah

Pelajar kemaruk klip video lucah:

"KUALA LUMPUR: Telefon bimbit yang menjadi teman mainan harian pelajar sekolah menjadikan sebilangan golongan itu ‘penagih porno’ dengan membabitkan diri dalam aktiviti memuat turun ratusan klip video lucah dengan hanya bayaran sebatang rokok atau serendah 50 sen.

Dengan memiliki pelbagai model telefon bimbit yang dilengkapi kemudahan Bluetooth, pelajar terbabit termasuk seawal usia 12 tahun mampu menikmati aksi ranjang klip video seks seperti ‘Budak Sekolah Terlampau’, ‘Skodeng dalam tandas sekolah’, ‘Uniform’, ‘Awek Sek Men Ganas’ dan sebagainya.

Wartawan Harian Metro yang cuba merungkai gejala negatif terbabit mendapati pelajar sekolah menengah di ibu kota yang disoal selidik mengaku pernah menonton atau menyimpan klip video lucah dalam telefon bimbit masing-masing.

Sekumpulan pelajar yang didekati ketika melepak di Jalan Bukit Bintang di sini, semalam, mendakwa penyebaran video dan gambar lucah di kalangan rakan sebaya bukan lagi perkara pelik, malah sudah rutin.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Haikal, 15, berkata rata-rata rakannya yang diberikan telefon bimbit ibu bapa masing-masing tidak sekadar menggunakannya untuk menghubungi rakan atau mengirim SMS, tetapi turut menyimpan klip video seks.

Melalui telefon bimbit yang dimilikinya, katanya, lebih 50 klip video lucah mampu dimuat turun dan disimpan untuk koleksi peribadi.

“Menyimpan klip video lucah sama macam hobi kerana ia boleh ditukar suka sama suka dengan kawan lain.

“Ada yang jadikan klip video ini sebagai simpanan eksklusif, terutama kalau pelakonnya gadis sekolah atau mempunyai wajah iras artis.

“Kalau ada yang minta gambar (klip video) terbaru, biasanya saya cuma minta upah sebatang rokok atau belanja minum. Paling tidak duit 50 sen untuk satu klip video pendek,” katanya yang mendakwa dihadiahkan telefon bimbit oleh ibunya sempena sambutan hari jadinya Februari lalu.

Rakannya, Iwan, 16, pula mendedahkan klip video lucah membabitkan pelajar sekolah antara klip video paling popular dan menjadi buruan di kalangan rakan sebayanya.

Menurutnya, ada pelbagai tajuk panas membabitkan klip video seks yang sering dimuat turun melalui telefon bimbit untuk dikongsi membabitkan pelajar tempatan, Indonesia dan Thailand selain tajuk ‘hangat’ lain seperti ‘Layan!’, ‘Gym’, ‘Budak KL’ dan ‘Anak ayah..’

“Cara ini lebih mudah kerana kami tidak perlu membeli cakera padat digital (DVD) lucah serta pemain DVD.

“Ia boleh dilihat di mana-mana saja baik di sekolah, taman permainan, kafe siber atau kelas tuisyen,” katanya sambil menunjukkan satu daripada klip video lucah.

Ditanya sama ada menonton video klip mampu menimbulkan rasa ghairah, pelajar terbabit yang juga anak seorang eksekutif sebuah syarikat hartanah hanya tersipu malu.

“Benda ni bukan setakat pelajar lelaki saja yang minat, tetapi ada juga pelajar perempuan yang pernah melihatnya beramai-ramai dalam telefon bimbit mereka,” katanya.

Sementara itu, tinjauan selama tiga hari di sekitar Gombak, Sentul dan Ampang, mendapati kebanyakan pelajar yang ditanya berhubung klip video lucah mengaku pernah menonton rakaman terbabit melalui telefon bimbit sama ada milik sendiri atau rakan sebaya.

Difahamkan, Kementerian Pelajaran sehingga kini mengharamkan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar membabitkan kawasan sekolah pada April 2006.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan berdasarkan kesan penggunaan telefon bimbit yang disifatkan boleh mengganggu proses pembelajaran di sekolah.

Guru juga diberi kuasa merampas telefon bimbit milik pelajar sekiranya didapati menggunakannya di kelas dan menyerahkannya semula kepada ibu bapa pelajar berkenaan selepas aduan dilakukan.

Penyalahgunaan telefon bimbit untuk tujuan merakam gambar lucah pernah didedahkan akhbar pada 30 Mei lalu apabila tiga pelajar tingkatan lima di Segamat, Johor, didakwa memaksa seorang pelajar perempuan membuka pakaian sebelum merakam payu dara mangsa dalam kejadian di stor sekolah.

Mangsa yang berusia 17 tahun terpaksa membuat laporan polis selepas gambar separuh bogelnya mula disebar di daerah berkenaan melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) kepada orang ramai.

Akhbar juga pernah beberapa kali melaporkan ada pasangan merakam adegan seks masing-masing melalui telefon bimbit atau dirakam tanpa pengetahuan mereka sebelum disebarkan melalui Internet."

4 ulasan:

  1. NTAH LA GATAL SGT KOT NK KAWIN TP X DE ORG YG NAK SAPE YG NK CAIKARO D BUAT ISTERI KORG NK KEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. apo punyo komen daa

    BalasPadam
  3. budok2 skg...

    BalasPadam
  4. haha .. btol t0e,..

    BalasPadam