Sabtu, September 19, 2009

10 sebab mengapa Isa Samad tak sepatutnya bertanding di PRK DUN Bagan Pinang

10 sebab mengapa Isa Samad tak sepatutnya bertanding di PRK DUN Bagan Pinang


1. Beliau pernah ada kes dan telah digantung selama 3 tahun.

2. Transformasi UMNO hanya jadi mainan kata-kata bila masih menggunakan orang lama.

3. Nama beliau dicadangkan UMNO bhgn bukan atas kepentingan rakyat tetapi atas dasar menguatkan cable.

4. Beliau tidak langsung menolak walaupun pernah bersalah sblm ini menunjukkan sikap inginkan kuasa di mata rakyat.

5. Saranan Tun Dr. M supaya calon lain dikemukakan.




6. Jika UMNO menang, kemenangan ini bukan kemenangan yang bergaya kerana masih guna muka lama.

7. UMNO akan kelihatan terlalu terdesak untuk menang kerana menggunakan org yg telah ada nama.

8. Wadah untuk tarik pengundi muda tidak akan berjaya.

9. Jika Isa Samad kembali ke dalam DUN, dia akan dijadikan bahan oleh pembangkang sampai bila2.

10. Jika UNMO kalah, BN akan kelihatan terlalu parah. Lebih baik guna calon yg baru dan lebih muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan