Nuzul Quran 1430H



Selamat menyambut Nuzul Quran. Nuzul Quran merupakan ulangtahun (kiraan calendar Hijrah) al-Quran diturunkan. Wahyu pertama ini turunnya di Gua Hira' di Makkah pada 12 tahun sebelum tahun pertama Hijrah. Ia merupakan petanda kerasulan Nabi Muhammad S.A.W yang pada ketika itu berumur 40 tahun. Malaikat Jibril menjadi perantara dalam menyampaikan wahyu dari Allah kepada Nabi Muhammad. Ayat pertama yang diturunkan ialah dari Surah Iqra' yang bermaksud bacalah. Di sini jelas tuntutan mencari ilmu itu menjadi suatu yang amat ditekankan dalam Islam.

Sama-sama kita hayati peristiwa ini dengan membanyakkan membaca al-Quran insyaAllah.

No comments: