Terjun kondo 23 tingkat di Jalan Bukit Gambir, ngeri beb..

myMetro:
GEORGETOWN: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan kepalanya pecah di perkarangan sebuah kondominium setinggi 23 tingkat di Jalan Bukit Gambir, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata kejadian itu dimaklumkan kepada polis kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Katanya, polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui mayat seorang wanita berusia 20-an dalam keadaan terlentang di pintu masuk Blok A kondominium.

Menurutnya, pakar pathologi, Datuk Dr Bhupinder Singh, turut ada di tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati mangsa tiada dokumen pengenalan diri.

“Ketika ditemui, mangsa yang mempunyai ketinggian 140 sentimeter memakai seluar panjang hitam serta baju lengan panjang belang biru selain memakai jam tangan Bonia,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Wan Abdullah berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari kondominium itu, namun polis masih menyiasat punca kejadian.



Kondo mana lah ni, dekat je rasa ni..