Ke jamuan Aidilfitri DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

Pada 19 September yang lalu aku dan family ke rumah terbuka DSAI (rumah terbuka ke? Tak nampak pun rumahnya). Lokasinya di Permatang Pauh, secara terperincinya di Guar Perahu. Sorry entry ni sepatutnya dipost lebih awal tp tah terlupa pulak nk post. Gambar2 dah lama upload ke flickr.

Mulanya pagi tu kami ke Carrefour Seberang Jaya membeli barang2 rumah terutamanya barang dapur, stok2 makanan. Selamamnya itu kami baru sampai ke Penang dari Gombak. Beraya sakan sampai seminggu lebih.

Perjalanan ke Permatang Pauh tak lah jauh sangat, aku mula acah2 je ajak nk pegi, tp bila wife @melamyra  kata ok aku pun on la, lg pun xde apa pun nk buat kalau kat rumah hujung2 minggu. Dari pengalaman lg elok bila hujung minggu tu ada buat something dari xde buat apa2.

Sampai di Guar perahu tu terus boleh nampak khemah jamuan, org pun sangat ramai. Rasa kitorang sampai dalam pukul 2 lebih. Makanan yg ada tak banyak, sekadar cukup2 je, mmg tak mewahlah. Itu pun kena agak berebut2 jugak untuk dapatkan makanan.

Lepas makan aku pun usha2 sekitar situ kalau ada makanan lagi, sampai kat depan sikit tgk DSAI ada di situ, dapatlah snap beberapa keping gambar dia. Tgh press conference masa tu, antara isunya pasal judi. Sebelah dia TKM 1 Pulau Pinang kalau tak silap, tak pasti pulak kalau Rahimi Osman ada di situ. Lepas tu lepak2 jap sambil makan laksa tiba jumpa geng twitter kat situ @luthtextile, dia mmg org situ, ingat dapatlah bergambar ke sama2 tp xsempat, dia pun nk cepat je.

Dah petang tu kami pun balik dgn agak penat, kesian ke baby @erynazu kepenatan jugak, nak buat camne mak ayah dia suka jalan2.

Kalau tak silap ini kali ketiga aku tgk DSAI ni secara live, sebelum ni masa PRU 12 di Wangsa Maju, satu pentas dgn Wee Choo Keong. Sebelum tu masa DSAI dalam penjara Sg. Buloh lg, dia dibenarkan melawat pusara ibu dia yg baru meninggal di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Masa tu berkerusi roda, terpaksa dipapah untuk dekat ke pusara Ibu dia. Betapa zalimnya aku rasa org yg telah aniaya dia. 

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim


Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

Jamuan Aidil Fitri DS Anwar Ibrahim

3 comments:

Luth Textile said...

orang ajak bergambar ngn DS takmau. malu konon. kalo tak leh up dlm FB

mel said...

suami sy mmg pemalu orgnya.. huhu.. :P

Anonymous said...

UMNO trus mara utk rkyt malaysia...PKR x leh pkai...lol