Tahniah Kelate


Malam td syok tgk bola final Piala Malaysia antara N9 dan Kelantan. Aku sokong N9 sbb mak org N9. Wife sokong Kelantan sbb arwah mak adalah berkait dgn Kelantan.

Memula tu syok la masa N9 skor 1 gol sbb goalkeeper tangkap kaki bukan tangkap bola. Tersalah gomo lah tu.

Masuk 2nd half baru nampak Kelantan smgt sikit end-up dpt skor 2 gol and boleh juara. Tak kisah la janji dpt tgk mutu permainan yg best, penyokong pun jaga sikit emosi dan pengurusan stadium lebih efisyen.

Kalau tak silap Kerajaan Negeri Kelantan bagi imbuhan utk ke Mekah, tak pasti haji atau umrah untuk suami isteri pemain2 Kelantan semua. Bagus jugak imbuhan mcm ni dari bagi duit tp mutu bolasepak negeri tak meningkat.

Masa tgk bola tu mula2 @erynazu join skali, tp last2 tu dia tidor gak. Kena la kontrol suara takut kang terkejut lak Eryna tu. Syok je dia tidor sambil isap jari dia.

Apa2 pun tahniah Kelantan, tahniah penyokong Kelantan semua, tahniah wife @melamyra yg buatkan kopi Tenom dan sosej balut roti balut telur.