Taman Burung Pulau Pinang

Pagi tadi aku dan family ke Taman Burung Pulau Pinang atau Penang Bird Park. Lokasi Taman Burung Pulau Pinang ini adalah di Taman Tunku, Seberang Jaya, jadi tak lah jauh dari rumah kami, dengan bantuan Google Map sampai juga ke sini dalam pukul 10 lebih. Sebelum ni ada ternampak sign board taman ni, jd redah je, sampai2 ke Seberang Jaya x jumpa pulak sign boardnya, jd terpaksa gunakan Google Map thru mobile. Resultnya tak mengecewakan, terus sampai dengan tidak sesatnya.

Sesampai di sana kebetulan pertunjukan sedang diadakan, jd syok la jugak tgk burung terbang ke sana ke sini. Stylenya sama je kat mana2 zoo, dulu kat Zoo Negara pun lebih kurang sama, di A Famosa Resort Melaka pun hampir sama. Burung2nya pun hampir sama shj. Taman burung ni tak lah besar sangat, sekangkang kera je tp jenis2 burungnya byklah jugak, mungkin space tempat ni yang kecil. Nak puas hati kena pergi Kuala Lumpur Bird Park atau Jurong Bird Park Singapore.

Harga tiket RM 15 untuk dewasa, RM 7.50 untuk kanak2. Camera kena charge RM 1. Tgk kat wikipedia tulis RM 10, mesti agak baru jugak naik harga ni. Kalau ikut harga ni mcm kurang berbaloi sikit sbb taman ni kecik je, lepas tu kaki lima tempat berjalan tu tak berapa ok, nampak mcm dah lama, lepas tu x mesra stroller. Susah nak kena angkat2. Mujur @erynazu ok. Mmg kalau berjalan selalunya ok. Kelebihannya taman burung ni boleh ambil sendiri gambar dengan burung2 yg special guna kamera sendiri, xlah macam A Famosa Resort. Sekeping gambar RM 15 kalau tak silap. Kat sini ambillah banyak mana pun. Nak rekemen kat org jauh2 melawat sini agak kureng sikit. Tp kalau dah xde tempat lain sangat nak pergi boleh la. Jom usha gambar pulak.

Penang Bird Park 001 (Large)

Penang Bird Park 008 (Large)



Penang Bird Park 010 (Large)

Penang Bird Park 014 (Large)
@melamyra dan @burunghantu

Penang Bird Park 020 (Large)

Penang Bird Park 021 (Large)

Penang Bird Park 031 (Large)

Lepas ni nak kemana pulak yer?

No comments:

Post a Comment