USB Ethernet adapter from Apple


Smlm ke Switch Queensbay Mall cari benda ni kes hari sblm tu pi beli yg murah punya adapter, sekali tak ngam utk Mac OS, hanya utk Windows & Linux. Harga benda ni RM 79, agak mahal la kan tp nak buat camne pakai Mac kena la guna benda yg khas utk Apple harga sure la harga Apple gak. Kat Switch smlm, tanya kat sorang salesman tu dia mcm tak berapa tahu pun benda ni, siap kena tanya pada org lain, patut nak kerja dkt Switch kena la khatam product2 Apple ni termasuk la benda2 kecik mcm ni.

Sblm ke Switch ni aku ada tanya kat Switch punya facebook pages, & ada yg reply kata mmg ada kat QB Mall, sng kan mcm tu boleh tanya direct dan dapat maklumat terus, takdela kang pegi2 takde lak. Skrg tgh connect guna benda ni, simple je setup cucuk terus boleh pakai, tak perlu driver2 ke hape.