Isnin, Mei 16, 2011

Fast Five review


Lama betul rasa tak tgk wayang, last pun Shrek. Ginilah kehidupan bila dah berumahtangga. Bukan boleh mcm dulu2, bila2 masa boleh tgk wayang. Naknya skrg dah ada eryna, mmg bertambah sukarlah nak menonton. Hari ini kebetulan bos aku bg cuti. Tapi wife ada mesyuarat pg2 td. So pg2 setelah hntr wife, eryna & aliff aku lepak kat rumah, tolong kemas2 rumah sikit... Vacumm rumah bagai.. Pkl 12 lebih wife cakap meeting dah selesai, jadi aku ambik dia dan terus ke Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Mula nk tgk di Queensbay Mall tp start lambat pulak.

Bagi aku Fast Five ni agak best la jugak. Mantap & mmg boleh layanla. Jalan cerita bagus dan tak boring dgn aksi2 dan bunyi yg berdentam dentum. Memang kagumla .. Boleh curi kereta polis 4 bijik, boleh angkut bilik kebal guna dua kereta.. Agak-agak abisla satu bandar derang kerjakan huhu..

Sape2 yg belum pergi bolehlah pi tgk.. Berbaloi aku belanja wife tgk hari ni.. Keh3...

Sent from my upcoming iPhone5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan