Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 10 January 2016 | Tafsir Surah Ibrahim AS

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Halim Nasir | 10 January 2016 | Tafsir Surah Ibrahim AS


Ayat 31 Surah Ibrahim AS


Holy Quran 14:31

------------------

قُل لِّعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ يُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ يَوْمٌ لَّا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خِلَٰلٌ


Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).


Sebagian daripada perintah2 Allah buat orang2 yang beriman kepada Allah. Kena buktikan keimanan kepada Allah SWT. 2 perilaku ibadah iaitu mendirikan solat. Ada dlm Quran disebut ttg golongan yg mencuaikan sembahyang. 


Holy Quran 19:59

------------------

۞ فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا


Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),


Org yg solat dlm keadaan malas adalah dari golongan munafik. Disebut dalam Surah An-Nisa'. 


Dirikanlah solat dengan penuh displin. 


Di antara tugas utama pemerintah ialah menghukum orang yang meninggalkan solat, jika telah diberi amaran ttp ingkar pemerintah perlu hukum bunuh. 


Generasi akhir zaman mencuaikan solat. 


Imam Mujahid (tabi'in gurunya sahabat), sebut guru2 bila solat seperti jika ada burung bertenggek di atas kepala, tidak dipedulikannya. 


Saidina Ustman berkahwin dengan dua anak Rasulullah ﷺ 


Saidina Umar RA bermimpi ayam jantan Rom patuk 3 kali. Kemudian ketika menjadi imam Solat Subuh dalam rukuk pertama, dirodok 3 kali oleh seorang majusi dengan kerambit 2 mata beracun. Dlm melarikan diri pembunuh itu membunuh lagi 7 orang jemaah. Terburai perut Saidina Umat. Dan pengsan. Sejurus bangun, dia bertanya pada ansknya tentang sama ada dia telah solat atau belum, pengsan lagi. Bila bangun lagi dia tanya lagi ttg solatnya. Kemudian diberitahu Abu Lukluk, Saidina Umar ucap  اَلْحَمْدُلِلّهِ kerana syukur kerana bukan Madinah kerana jika orang Madinah yg bunuh bermakna dia masih belum berlaku adil kpd penduduk Madinah. 


10 kelebihan solat:

1. Difardhukan di langit, amalan lain di bumi

2. Penghapus dosa & meninggikan darjat. Dari wudhu lagi dosa kecil telah gugur 

3. Merupakan riadah

4. Bersihkan diri melalui wudhu

5. Menepati, menghargai waktu

6. Hidup berdisiplin (sebaik2 solat lelaki di masjid, perempuan di rumah)

7. Mencegah fahsya dan mungkar

8. Kesempurnaan bagi Islam, solat seperti kepala bagi badan

9. Pembersih jiwa, makanan rohani

10. Cahaya wajah, hati, kubur dan di hari kiamat. 


Al-Fath ayat 29


Holy Quran 48:29

------------------

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ ٱللَّهِ ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلْكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَىٰهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنًا ۖ سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِى ٱلْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْـَٔهُۥ فَـَٔازَرَهُۥ فَٱسْتَغْلَظَ فَٱسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعْجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًۢا


Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.


Kena infakkan sebahagian harta. Infak & solat tidak dipisahkan. Allah akan ganti semua yg diinfakkan. Orang senang cara senang, orang susah cara susah. 


Sama ada bersembunyi atau terang2. 


Boleh infak terang2 dengan 2 syarat:

1. Mampu kawal riak

2. Menggakakkan orang lain berinfak


Lebih afdal senyap2. 


Hingga tiada lagi hari berjual beli.