Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Wan | 11 May 2018 | 26 Syaban…

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Wan | 11 May 2018 | 26 Syaban 1439


Kitab Al Nihayah - Ibnu Katsir petik ayat pertama surah Al-Anbiya'

Holy Quran 21:1
------------------
ٱقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِى غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.



Kita manusia sentiasa dalam keadaan ghaflah iaitu lalai.

Kita sibuk dengan urusan dunia sehingga melupakan persediaan untuk urusan akhirah.

Dua waktu utama dalam sehari ialah waktu dhuha dan waktu maghrib.

Menuntut ilmu lebih baik dari solat sunat 100 rakaat.

Hati perlu dibersihkan dan juga perlu dihiasi. Tempat letaknya iman dan juga nafsu.

Al-Baqarah 183. Dalil berpuasa.

Hadis riwayat Muslim: Sungguh baik bagi orang yang beriman, sesunggunya dalam setiap perkara orang beriman dalam keadaan baik. Tidak dapat kebaikan itu melainkan kepada orang yang beriman. Apabila mendapat kenikmatan dia akan bersyukur. Apabila mendapat musibah maka mereka bersabar. Maka sabar itu baik bagi mereka.

No comments: