Taman Negara - Day 1

Taman Negara - Day 1

Lamanya tak menulis diblog ini, yang banyaknya hanyalah autopost dari IG dan nota-nota kuliah yang kongsi. Kali ini cuba nak mengasah dah meluahkan aktiviti hujung minggu di Taman Negara. Sebenarnya Taman Negara bukanlah satu yang asing buat aku kerana pernah bersekolah di Jerantut dulu. Jadi Taman Negara dah selalu disebut-sebut. Semasa di SMKATAHAP juga pernah mengikut kawan yang memang tinggal di Taman Negara balik ke rumahnya. Jadi trip kali ini seakan mengimbau kenangan zaman sekolah dahulu. Apa pun telah banyaklah bezanya cerita 20 tahun dahulu dan sekarang.

Kami sekeluarga bertolak dari Tanjong Malim jam 7 pagi, sempat singgah sarapan dahulu di dalam perjalanan sebelum masuk ke highway PLUS. Perjalanan adalah lancar dan kami bergabung dengan ahli rombongan yang lain iaitu sebanyak 5 buah kereta di sepanjang perjalanan. Akirnya kami tiba di Jerantut untuk makan tengah hari. Kami makan tengah hari di Matahari Cafe, kawasan restoran ini tidak wujud lagi semasa aku bersekolah dulu, kalau ada pun mungkin kilang-kilang.

Perjalanan di teruskan dengan menaiki kenderaan masing-masing hingga ke Kuala Tahan. Berbanding 20 tahun dulu, untuk ke Kuala Tahan seseorang itu perlu mudik ke hulu dengan menaiki bot selama 3 jam perjalanan. Dulu, perjalanan jauh menaiki bot ini sahaja telah begitu menarik untuk dikenang. Sesampai di Kuala Tahan, kami check in hotel dan aktiviti akan terus bermula pada petang ini memandangkan trip ini hanya trip hujung minggu. Jadi aktiviti padat untuk masa yang singkat.

Rapid Shooting

Aktiviti pertama yang dilakukan pada petang itu ialah Rapid Shooting. Aktiviti ini sebenarnya adalah aktiviti meronda sungai dengan bot. Bot dibawa dengan laju sepanjang sungai menyebabkan rasa takut dah teruja, air akan masuk membasahi semua penumpang bot. Jadi untuk aktivit Rapid Shooting, perlulah ready dengan pakaian yang akan dibasahkan. Perlu juga bawa beg kalis air dan sebaiknya cari cover phone waterprove kalau nak ambil gambar. Itupun kena tanggung risiko sendiri kalau jadi apa-apa. Sampai di satu jeram, kami turun untuk aktiviti mandi-manda. Ok juga tempat tu terutamanya sebab ramai anak-anak kecil dalam rombongan. Kawasan agak selamat dan air tak terlalu sejuk. Setelah mandi-manda kali Rapid Shooting balik ke chalet. Kami menginap di Mahseer Chalet. Dah banyak pilihan tempat tinggal ekonomi sekarang ni berbanding 20 tahun dulu. Sebelum nak ke rumah, kami makan malam di restoran terapung di situ.

Berehat sebentar selepas mandi-manda
Kawasan sungai tempat mandi-manda
Ada jambatan gantung di atas tempat mandi-manda
Posing sikit
Jambatan gantung
Di belakang tu adalah guide Taman Negara yang membawa kami
Smile!
Konon-konon Digital Detox lah 
Balik ke tempat menginap
Sempat jumpa kawan yang tinggal di Taman Negara, kali nak datang dia suruh bagitau sahaja!


Night Walk

Di sebelah malam kami diminta berkumpul untuk aktiviti Night Walk. Aktiviti ini bermula di pintu masuk ke Taman Negara. Kami perlu ke seberang dan bersedia untuk melihat serangga dan haiwan-haiwan yang ada. Untuk aktiviti ini bawalah lampu suluh untuk melihat dalam kegelapan malam. Track dah agak cantik di mana telah ada pelantar yang diperbuat dari fiber sepanjang perjalanan. Kuranglah kemungkinan nak kena hinggap pacat. Rombongan juga dibawa ke tempat melihat binatang. Sayangnya tiada binatang yang muncul, seterusnya kami pulang semula dan tamatlah aktiviti pada malam itu. 

Bersambung... 

No comments: