Jumaat, Februari 21, 2020

Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman

Sinomot Muncul Semula Selepas Hilang Semalaman

Sinomot yang baru dijumpai selepas menghilang selama 4 bulan tiba-tiba hilang semula semalam. Biasanya bila balik dari kerja dia akan muncul, tapi petang semalam tak muncul-muncul. Eryna yang baru balik sekolah pukul 6.30 petang sibuklah mencari sampai ke padang permainan. Tapi tak jumpa. Pagi tadi masa nak ke surau untuk solat Subuh pun tengok kat luar takde dia ni. Tapi tadi masa balik rumah sekejap untuk solat Jumaat tiba-tiba muncul pula.

Sinomot buat mula selamba

iPhone 7 Untuk Eryna

iPhone 6 Eryna yang rosak sebelum ni tak dapat diselamatkan dah, paling tak pun dah tak berbaloi untuk dibaiki. Nak update iOS pun dah tak boleh generasi tu. Jadi 2 minggu ni sibuklah mengusha kut-kut ada yang nak jual iPhone terpakai murah-murah. Mungkin ada yang akan cakap "anak pun pakai iPhone". Sebenarnya senang nak manage pakai iPhone ni, ada function Family Sharing. Mana-mana apps yang dah download boleh download untuk semua ahli keluarga walaupun apps berbayar, sharing juga iCloud storage, set approveal kalau dia nak download app, boleh control apps apa yang boleh buka, berapa masa dan lain-lain. Lagi pun iPhone lagi tahan lama dari Android.

iPhone 6 rosak, upgrade ke iPhone 7
Terjumpa seorang seller kat Facebook Marketplace, dapat harga yang berpatutan dan senang deal. Dia datang sendiri kat tempat kerja. Test lebih kurang, then transfer je online. Seronoklah Eryna balik sekolah nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan