Rabu, Februari 12, 2020

Repair iPhone Eryna

Awal bulan Januari hari tu iPhone 6 Eryna rosak, mula-mula ingatkan masalah bateri. Jadi aku pun orderlah bateri kat Shopee, untungnya pakai iPhone sekarang ni spare part dah banyak tak macam dulu-dulu, kalau rosak kena bawa ke kedai dan upah repair mesti mahal. Dah berkali-kali juga aku duk tukar bateri iPhone ni. Lepas tukar bateri baru iPhone boleh hidup cuma sehari je. Lepastu dah tak boleh charge balik. Terjumpalah satu orang ni ofer service baiki iPhone, dan dia check depan-depan. Kagum juga tengok di diagnos masalah iPhone ni. Bila dia test tengok-tengok tak boleh juga, katanya masalah board. Bila masalah board dia minta RM250 untuk baiki, rasa macam tak berbaloi dah nak baiki. Sekarang tengah cari-cari iPhone 6S ke iPhone 7 ke murah-murah untuk Eryna.

Tools yang digunakan untuk baiki iPhone
Buka iPhone kat KFC
Tukang baiki ni pergi ambil powerbank untuk test
Kalau ada iPhone murah-murah nak jual bagitahulah ya.

Tiada ulasan:

Catat Komen