Isnin, Februari 07, 2022

Projek Coating Lantai Bilik Air Dengan Epoxy Dan Flakes

Assalamualaikum, dah lama sebenarnya nak coating lantai bilik air dengan epoxy. Dah tanya kawan2 tapi kurang confident nak buat sendiri. Takut karang tak jadi jenuh pula. Baru ni ternampak ada iklan kat facebook untuk buat kerja ni jadi lepas bincang2 on terus dengan kontraktor ni. 

Step dia kalau nak buat sendiri mula2 kena pastikan lantai kering. Kalau nak buat pagi tu, kena dari malam tak guna bilik air. Bila lantai dah pasti kering kena lap keseluruhan lantai guna thiner dan kain buruk. Kemudian pasang tape sebagai border pada dinding, naikkan sikit beberapa inci. Kemudian sapu cat yang dipanggil primer warna kelabu cair. Kemudian taburkan flakes terus masa cat masih belum kering. Kerja ni kena buat berterusan jadi kena plan masa elok2. Lepas tabur kasi rata kena sapu guna berus lebihan flakes. Bahagian dinding susah flakes nak melekat jadi kena buat kemudian.

Biarkan dalam 3-4 jam selepas tu sapu cat clear. Nak bagus clear yang jenis kena campur dua jenis cecair tu. Selepas settle cat clear pada lantai, campur flakes dalam cat clear untuk cantikkan bahagian dinding mana yang tak kena flakes tu. Kemudian kira settlelah kalau buat elok2. Macam kami baru ni terpaksa cat sekali lagi clear tu sebab rasa flakes tu kasar sangat sampai sakit kaki memijaknya.







 

Ada banyak warna boleh pilih cuma kami pilih warna black mix supaya matching dengan dinding dan table top sinki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan