Isnin, Mac 06, 2023

Review Skechers Men GOwalk Flex Shoes - 216481-BBK

Assalamualaikum. Bertemu lagi dalam posting kali ini. Untuk kali ini aku nak review Skechers Men GOwalk Flex Shoes - 216481-BBK. Saja aku buh full official name dengan product number supaya senang dicari kerana ada banyak model yang lebih kurang sama tapi sebenarnya berbeza. Kalau ikutkan description pada laman Sketchers Malaysia adalah seperti berikut:

Product Type: Footwear

Description:

Meet your walking goals wearing Skechers GO WALK® FLEX. This athletic lace-up style features an engineered mesh upper with a breathable Skechers Air-Cooled Goga Mat™ insole and lightweight ULTRA GO® cushioning.

Features:
- Lightweight, responsive ULTRA GO® cushioning
- Skechers Air-Cooled Goga Mat™ breathable insole with high-rebound cushioning
- Ortholite® comfort foam insole layer adds long-term cushioning and high-level breathability with 5% recycled rubber content
- Lace-up athletic style with an engineered mesh upper
- Multi-surface stabilized and flexible traction outsole
- Skechers® and GO WALK® logo detail

Sebenarnya ini kali kedua aku beli Skechers ni, yang dulu pun warna hitam, yang baru ni pun warna hitam sebab nak guna buat pergi kerja. Yang pertama dulu dah pakai hampir 3 tahun (tarikh beli 8 Mac 2020). Memang sedap pakai. Orang kata once dah pakai Skechers memang dah tak nak pakai brand lain terutamanya untuk pemakaian dalam tempoh lama dan memerlukan jalan yang jauh. Memang kasut ni dibuat untuk keselesaan. Kalau perasan, sekarang ni dah banyak brand lain yang copy design dan fokus untuk kasut comfort ni. 

Untuk aku yang bekerja di hospital ni tiada masalah untuk menggunakan kasut macam ni kerana kasut ni memang dibuat untuk kesihatan. Banyak masalah kesihatan berpunca dari pemakaian kasut yang tidak sesuai. Satu lagi untuk kasut lama dulu dia menggunakan flexible shoelace jadi kalau nak pakai tu just sarung sahaja. Bagaimana pun flexible shoelace ada masalahnya bila lama dia akan kurang tight. Jadi aku ganti dengan tali jenis biasa beberapa bulan yang dulu.

Untuk kasut yang baharu ni dia menggunakan shoelace jenis biasa, kena tightkan bila nak pakai. Susah sikit tapi better untuk keselesaan jangka panjang. Semasa kat kedai Skechers di Design Village tu aku macam biasa tak biasa gemar sangat nak deal dengan salesman ni, jadi nak cari tu aku suka cari sendiri tapi masa cuba satu model kasut tu rasa tak sedap pakai, kasut lama lagi sedap pakai. Kemudian aku cari pula model yang lain, semuanya aku cari yang warna hitam. Sampaikan ada seorang salesman tegur. Aku pun ceritakanlah masalah aku nak dapatkan kasut comfort untuk pakai harian dan untuk berjalan jauh. Barulah dia suggestkan model GOwalk ni. Dia kata untuk design memang agak kurang sikit tapi untuk comfort dan untuk guna lama memang inilah yang paling bagus. Untuk cushion dalam kasut ni menggunakan goga mat, ada satu lagi jenis menggunakan memory foam. Sebenarnya memory foam pun bagus tapi sesuai untuk kasut yang pakai sekali sekala. Kalau beli untuk lenjan hari2 adalah lebih baik pakai yang goga mat.   

Satu lagi perkara yang aku minat untuk kasut baru ni ialah lubang tali dia. Ada lubang biasa dan ada support macam tali yang dijahit terus pada body kasut. Pada ada bagus sebagai extra support & kurang merosakkan body kasut untuk tempoh lama. Aku rasa setakat ini sahajalah review kali ini. Aku expect untuk pakai kasut ini sehingga Mac 2026 sekiranya umur panjang. Enjoy gambar2 di bawah.    

1. Sewaktu mencuba kasut di kedai Skechers Design Village

2. Saiz 9 US, nasib masih ada saiz.

3. Kotak yang menarik


4. Sebelum test kita ambil gambar kenangan dulu

5. Tag ni boleh cabut ya

6. Skechers GOwalk

7. Made in Vietnam

8. Hensem tak?

 

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan