Wednesday, November 29, 2023

Penyakit Hati: Merasa Lebih Baik Dari Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog faizalr.com ini. Di sini saya mencoretkan apa sahaja yang ingin dicoretkan. Kebiasaannya saya akan tulis pengalaman hidup seharian. Kisahnya kali ini nak kongsikan pasal "Penyakit Hati: Merasa Lebih Baik Dari Orang Lain" tapi sebelum tu nak share 2 gambar di bawah ni. Gambar pertama tu puan isteri hantar pagi semalam. Dia sekarang sedang outstation di Bangkok katanya kat hotel tempat dia menginap ada menu halal. Syukurlah, biasanya di negara2 bukan penduduk Islam adalah majoriti agak susah nak dapat makanan halal, apalagi di hotel. Nak selamat jadi vege dahululah. Makanan yang puan isteri kongsi tu adalah "dosa". Untuk yang tak biasa ini adalah makanan yang berasal dari India. Masa dia hantar tu caption dia "ada makanan halal tapi dosa". Aku tak pasti sama ada dosa dan tosai adalah makanan yang sama kerana nampak seperti sama.

 
Hotel Amari Bangkok menyediakan makanan halal

Pagi tadi aku kongsikan sarapan pagi aku pula iaitu roti telur kuah banjir siap ada sambal kat atas dia. Makan panas2 memang sedap. Gerenti tak ranjau punya. Mesti dia meleleh air liur tengok tu kerana ini antara makan favorite dia.

Roti telur kuah banjir dan sambal

Berbalik kepada tajuk yang nak aku kongsikan, berkaitan penyakit hati yang satu ini, ia susah betul nak dijaga. Selalu bila kita lihat orang yang nasibnya kurang baik contohnya dari segi pekerjaannya, dari segi kewangannya atau kehidupannya yang susah kita akan merasa kita ini lebih baik dari orang itu. Jika kita mengambil iktibar peristiwa iblis yang tidak mahu ikut arahan Allah kerana merasakan dia lebih baik dari Nabi Adam mungkin kita akan dapat mengubah pandangan kita. Sebenarnya apa yang kita ada hari ini adalah ujian kepada kita, mungkin kita pandai, ada pekerjaan yang baik, keluarga yang menenangkan jiwa atau punya duit lebih sikit namun ia tidaklah menjadikan kita ini lebih baik dari orang lain. Bahkan di sisi Allah pula, yang lebih baik di antara dua individu itu ialah yang lebih taqwanya.

Semoga dapat kita hindarkan diri dari mempunyai penyakit hati sebegini. 

22 comments:

  1. Semoga dijauhkan dari penyakit hati, merasa lebih segalanya dari orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi penyakit2 hati ni, nanti saya cuba cari lagi.

      Delete
  2. Allahuakbar...betul sgt tu...tp linda selalu terapkan. bersyukur seadanya, sebab ad lagi yang lebih susah dr linda..kalau tgok org lain yang lagi senang, cepat2 alihkan perhatian ke perkara lain, takot perbincangan ngan emosi dn kepala otak sendri makin pnjg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga kaedah itu, sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada dapat mengikis sikap sombong dan suka rasa hebat.

      Delete
  3. Tak baik tunjuk ke isteri yg jauh makanan favorite dia hehe. Moga kita semua dijauhkan dari semua sifat yang tak elok. Sentiasa bersyukur dan redha, Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah guarauan kami bila berjauhan. Ya bersyukur juga dapat hilangkan rasa diri lebih baik dari orang lain.

      Delete
  4. Terima kasih telah mengingatkan masalah penyakit hati ini, Mas
    Semoga diri ini terhindar dari penyakit itu.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, ingatan untuk diri sendiri sebenarnya. Betapa sedikitnya diri ini bersyukur.

      Delete
  5. thanks for sharing :) kdg2 kita alpa dan may be terjebak dgn penyakit hati tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, kena diperingatkan selalu. Zaman2 penyakit mental berleluasa ni elok sangat difahami penyakit2 hati.

      Delete
  6. Penyakit hati itu terkadang tak sengaja kita lakukan. Melihat orang lain dipuji, eh terlintas pula sedikit rasa cemburu, Krn merasa kita lebih baik hasil kerja.

    Atau saat dipuji orang lain, dan dalam hati kita memang meyakini kita ini paling baik, bangga langsung. Padahal itupun tak boleh, Krn takutnya berubah sombong. Memang lah tiap saat harus selalu merasa rendah hati, bahwa di dunia ini masih banyak yg jauuuh lebih bagus drpd kita.

    Roti telur fav saya jugaa 😍. Kemarin di Penang, PAgi2 suami saya dah bangun ke kedai mamak, lalu bawa roti telur utk saya dan anak2' makan di hotel.

    Tapi saya lebih suka tak dicampur dengan kuah bang. Kuah terpisah. Jadi hanya dicocol2 sedikit, atau gigit rotinya, lalu suap kuahnya 😄😄. Selalu begitu cara saya makan roti telur ini 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti canai atau roti telur yang dicampur terus kuahnya tu kena tengok masa dan tempat. Kadang ada yang tak berapa sesuai. Kena tukar2 juga bukan selalunya begitu. Sombong itulah yang membuatkan syaitan dibuang dari syurga. Semoga terhindar selalu. Hanya kerana kita diberi nasib yang sedikit lebih baik dari orang tidak bermakna kita lebih baik atau lebih buruk lagi merasa kitalah yang terpaling baik.

      Delete
  7. Setuju... apa yang kita ada adalah ujian buat diri sendiri 😔

    ReplyDelete
  8. Setuju, tanpa sedar adakala kita juga berjangkit penyakit hati ni...sebab tu kena selalu beringat..dugaan orang x sama dengan kita kan..

    ReplyDelete
  9. Penyakit hati boleh diubati dengan belajar tasauf

    ReplyDelete
  10. Penyakit hati boleh rosakkan diri sendiri.nauzubillah

    ReplyDelete
  11. maka benarlah hadis ini:

    "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Namun, jika seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Daging yang dimaksudkan adalah hati". (Bukhari)

    ReplyDelete
  12. penyakit ni boleh baik kalau kita belajar kenal diri sendiri

    ReplyDelete
  13. nauzubillah minta dijauhkan penyakit sebegini. bahaya takut amalan kita jadi sia2 je

    ReplyDelete
  14. Terima kasih berkongsi.. Semoga dijauhkan dari penyakit hati ini..

    ReplyDelete
  15. Setuju! Saya perasan saya banyak juga penyakit hati tapi tiap kali saya tersedar yang saya sedang berprasangka atau bermegah diri, cepat2 saya istighfar. Itu saja jalan untuk nyahkan syaitanirrojim yang sedang membisik kata-kata tak baik dalam diri. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan dosa kecil dan besar..aamiin

    ReplyDelete
  16. semoga dijauhkan dari penyakit hati ni..kadang2 tanpa sedar pun kan...

    ReplyDelete