Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

Rabu, Mac 05, 2025

Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 9 (Ayat 72-82)

Tadabbur Surah Al-Baqarah Ruku' 9 (Ayat 72-82)

Ayat 72

وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا ۖ وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

  1. Ada penafsir yang mengaitkan kisah ini dengan kisah penyembelihan lembu sebelum ini tetapi kisah itu adalah dari sumber Yahudi, sebenarnya ia adalah kisah lain yang menceritakan perangai buruk Yahudi iaitu kisah anak saudara yang membunuh pakciknya untuk mendapatkan harta kemudian mayatnya pakciknya diletakkan di kampung yang ada musuh kepada pakciknya dan kemudian dia menuduh pula orang lain yang membunuh pakciknya.

  2. Sebenarnya memang dia akan mewarisi harta pakciknya itu kerana pakciknya tiada waris lain, cuma dia sudah tidak sabar untuk mendapat harta sebagai habuan dunia. Setelah terjadinya pembunuhan itu berlakulah tuduh menuduh di antara mereka, sebahagian mereka mengetahui pembunuh sebenar tetapi berpakat menyembunyikan perkara yang sebenar.

  3. Begitulah perangai buruk Bani Israil, walaupun yang membunuhnya seorang tetapi yang lain berpakat untuk menyembunyikan kesalahan seorang pemuda itu. Bukan sahaja mereka menyembunyikannya tetapi mereka tuduh pula orang lain yang membunuh sehingga hampir sahaja tercetus peperangan akibat peristiwa ini. Allah tetap sahaja akan memperlihatkan apa sahaja perkara buruk yang cuba disembunyikan.

  4. Ayat ini adalah amaran kepada: 1. Yahudi di zaman Nabi Muhammad saw yang menyembunyikan kenabian Nabi Muhammad yang ada dalam kitab mereka, 2. Munafiqin dalam kalangan umat Islam di zaman Rasulullah, 3. Kita semua yang membaca Al-Quran. Ini adalah amaran supaya tidak menyembunyikan kebenaran, apa sahaja helah yang dibuat lambat laun kebenaran akan tetap terzahir lalu malu di atas ketidak jujuran.

Ayat 73

فَقُلنَا اضرِبوهُ بِبَعضِها ۚ كَذٰلِكَ يُحيِي اللَّهُ المَوتىٰ وَيُريكُم ءَايَـٰتِهِ لَعَلَّكُم تَعقِلونَ

Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati dengan sebahagian darinya” (Mereka pun memukulnya dan dia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.

  1. Terdapat perbezaan pendapat dari kalangan ulama tentang benda yang perlu dipukul kepada mayat manusia itu; 1. Ada yang mengatakan pukul dengan anggota lembu, 2. Ada yang mengatakan pukul dengan anggota tubuh mayat itu sendiri kerana cerita ini tiada kaitan dengan cerita perintah Allah kepada Bani Israil untuk menyembelih lembu. Keduanya boleh dipegang bagaimana pun pendapat pertama seperti memuliakan lembu pula.

  2. Sama seperti kisah ketukan tongkat Nabi Musa as, Allah boleh sahaja keluarkan terus air dari batu tetapi Allah ajar kita berusaha, kisah menghidupkan orang mati ini juga begitu, perlu patuh arahan sebagai tanda usaha baru mayat itu hidup kembali. Ada kisah-kisah lain dalam Al-Quran yang menunjukkan Allah menghidupkan semula orang mati, tiada yang mustahil bagi Allah dan keajaiban sebegini semuanya dari Allah.

  3. Setelah orang itu kembali hidup, dia memberitahu kepada Nabi Musa as bahawa anak saudaranyalah yang membunuhnya demi untuk mendapat harta dengan cepat. Setelah itu dia pun dimatikan semula atas kehendak Allah jua. Mungkin kita dapat tahu apakah hikmah sesuatu perbuatan itu, dan mungkin sahaja akal kita tidak mampu memahaminya. Yang penting kita kena taat kepada Allah dan jangan berpakat dalam menyembunyikan kebenaran.

Ayat 74

ثُمَّ قَسَت قُلوبُكُم مِّن بَعدِ ذٰلِكَ فَهِيَ كَالحِجارَةِ أَو أَشَدُّ قَسوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الحِجارَةِ لَما يَتَفَجَّرُ مِنهُ ٱلأَنهَـٰرُ‌ۚ ۚ وَإِنَّ مِنها لَما يَشَّقَّقُ فَيَخرُجُ مِنهُ الماءُ ۚ وَإِنَّ مِنها لَما يَهبِطُ مِن خَشيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

  1. Setelah banyak kisah tentang Bani Israil ditunjukkan, Allah megumpamakan hati mereka keras seperti batu. Bahkan ada yang lebih keras dari batu untuk menerima kebenaran. Mereka telah dikurniakan akal dan ilmu yang tinggi, ditunjukkan pelbagai perkara ajaib supaya mereka beriman. Ayat ini adalah sebagai panduan kepada Arab di Madinah di mana di sekitar mereka tinggal cucu cicit keturunan Yahudi.

  2. Allah menggunakan perumpamaan batu sebagai hati dan air sebagai iman. Ada batu yang menjadi tempat keluarnya air, orang sebegini sentiasa mencari kebenaran. Akalnya tidak didorongi hati (nafsu). Orang sebegini tiada masalah untuk berubah, ia boleh digambarkan seperti Saidina Abu Bakar Al-Siddiq ra yang menerima Islam dengan mudah walaupun pelbagai ujian perlu ditempuhi. Apa yang ada dalam Al-Quran dan Sunnah diikuti sepenuhnya, dan mudah menyanggahi perkara ibadah yang tiada dalam sunnah.

  3. Perumpaan kedua ialah batu yang perlu dipecah dan dibelah untuk mendapat mata air. Perlu pendakatan berbeza kepada orang yang hatinya agak keras sebegini, contohnya ialah Saidina Umar Al-Khattan ra. Sebelum menerima Islam dia sangat memusuhi Islam, bahkan pernah berperang dan menyeksa orang Islam. Atas dakwah Nabi saw yang berterusan dan izin Allah baru hatinya menerima kebenaran.

  4. Perumpaan ketiga ialah batu yang jatuh ke bawah kerana takutkan Alllah. Kadang kala batu di bukit atau gunung akan jatuh secara tiba-tiba. Orang yang hatinya sebegini sebenarnya ada sedikit iman di dalam hatinya, di atas peristiwa tertentu hatinya berubah secara tiba-tiba untuk menerima Islam. Banyak terjadi orang masuk Islam secara tiba-tiba contohnya ketika sedang sakit, melihat kebesaran Allah, apabila diuji, apabila mengkaji Al-Quran (tadabbur).

  5. Dalam Surah Al-Isra ayat 44 Allah berfirman: “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” Batu yang dilihat kaku tidak bergerak semuanya sentiasa sedang bertasbih kepada Allah. Kita yang banyak diberi nikmat jangan kalah untuk sentiasa memuji, membersar dan meninggikan Allah.

Ayat 75

أَفَتَطمَعونَ أَن يُؤمِنوا لَكُم وَقَد كانَ فَريقٌ مِّنهُم يَسمَعونَ كَلٰمَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفونَهُ مِن بَعدِ ما عَقَلوهُ وَهُم يَعلَمونَ

(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?

  1. Allah memberitahu kepada Nabi saw dan para sahabatnya yang telah Islam supaya dalam berdakwah kepada Yahudi di Madinah, janganlah terlalu berharap mereka akan dengan mudah menerima Islam. Sedangkan nenek moyang mereka dahulu mempermainkan kata-kata Allah apatah lagi kata-kata manusia. Rasulullah saw berharap sangat dapat mengislamkan seramai mana manusia, tidak henti-henti dakwahNya dari di Mekah hinggalah di Madinah.

  2. Keinginan Nabi saw untuk mengajak orang kepada Islam hampir sahaja membinasakan dirinya hinggakan Allah mengingatkan dalam surah Al-Syura 3 dan Al-Kahfi 6: "Maka barangkali engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Qur’an ini." Apapun ayat ini bukanlah bermaksud supaya dakwah dihentikan.

  3. Pembesar Yahudi di Madinah bukan tidak tahu malah mereka telah pun mendengat ayat-ayat Allah lebih awal dari kitab mereka, mereka juga menunggu pembawa berita gembira yang memberi peringatan iaitu Nabi Muhammad saw. Nenek moyang mereka dahulu melihat sendiri bagaimana wahyu diturunkan kepada Nabi Musa as di Bukit Thur. Walaupun mengetahui tetapi kemudian mereka mengubahnya.

  4. Betapa buruknya perangan pembesar yahudi, mereka mengubah dengan tukar, buang atau tambah apa yang ada dalam taurat supaya selari dengan kehendak mereka. Apa yang halal mereka haramkan dan apa yang haram mereka halalkan, selain itu mereka juga ubah tafsiran kepada ayat mengikut hawa nafsu mereka. Mereka bukanlah ubah kerana jahil bahkan mereka telah pun faham pada mulanya.

  5. Walaupun ayat ini menceritakan jahatnya ahli kitab dalam kalangan yahudi, kita juga perlu berhati-hati dengan ahli kitab Al-Quran di zaman ini, walaupun seburuk-buruk orang Islam tiada yang berani mengubah ayat Al-Quran atau perkataan dalam Al-Quran, mungkin terdapat usaha-usaha untuk mentafsirkan Al-Quran mengikut akal dan hawa nafsu sendiri, mungkin ada yang menyembunyikan ayat tertentu kerana tidak kena dengan selera mereka.

Ayat 76

وَإِذا لَقُوا الَّذينَ آمَنوا قالوا آمَنّا وَإِذا خَلا بَعضُهُم إِلىٰ بَعضٍ قالوا أَتُحَدِّثونَهُم بِما فَتَحَ اللَّهُ عَلَيكُم لِيُحاجّوكُم بِهِ عِندَ رَبِّكُم ۚ أَفَلا تَعقِلونَ

Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya sebagai hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?”

  1. Orang awam di kalangan Yahudi ada yang berurusan dengan para sahabat nabi saw terutamanya dalam perniagaan, mereka telah didakwah dengan dakwah Islam, apa dibacakan ayat-ayat Al-Quran, keterangan tentang kedatangan nabi akhir mereka meniyakannya. Semuanya telah mereka tahu tentangnya dari kitab Taurat dan ajaran Yahudi. Berbeza dengan pendeta atau para alim dalam kalangan Yahudi, mereka tidak mahu mengiyakannya.

  2. Apabila orang awam Yahudi menceritakan tentang persamaan itu kepada pendeta mereka, mereka dimarahi kerana telah membongkarkan rahsia. Mereka menambah ayat dengan mengatakan Nabi Muhammad saw itu diutuskan hanya untuk orang Arab sahaja. Mereka tidak mahu perkara ini diketahui oleh kaum muslimin kerana bimbang ia akan dijadikan hujah untuk mengajak Yahudi kepada Islam. Mereka juga tidak mahu ia dijadikan hujah di hadapan Allah.

  3. Dalam surah Al-Baqarah ayat 146 Allah menyebut: "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)."

Ayat 77

أَوَلا يَعلَمونَ أَنَّ اللَّهَ يَعلَمُ ما يُسِرّونَ وَما يُعلِنونَ

(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?

  1. Patutkah ulama Yahudi itu memberi arahan sedemikian kepada orang bawahan mereka? Iaitu arahan melarang pengikut mereka membocorkan rahsia kebenaran Islam di dalam ajaran Yahudi sendiri. Mereka mungkin boleh merahsiakannya dari manusia tetapi mereka tidak dapat merahsiakannya dari Allah, hakikatnya orang Islam ketika itu mengetahuinya dari orang awam Yahudi dan juga melalui Al-Quran yang diturunkan.

  2. Allah bukan sahaja tahu apa yang dibincangkan oleh ulama Yahudi bahkan apa di dalam hati mereka pun Allah mengetahui seperti dalam firman di dalam Surah Taha 7: "Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi." Dalam berdoa tidak semestinya doa yang kuat lebih baik dari doa perlahan, tidak semestinya doa beramai-ramai lebih baik dari doa bersendirian.

  3. Pengajaran kepada ulama Islam di zaman ini supaya tidak menyembunyikan ayat-ayat Allah atau memilih ayat tertentu yang tidak kontroversi, tiada ayat dalam Al-Quran yang patut disembunyikan kepada orang Islam atau orang bukan Islam. Tugas ulama ialah menyampaikan semua ayat-ayat Allah kepada semua, bukan hanya kepada orang Islam dan bukan hanya ayat-ayat yang mereka rasakan sesuai.

Ayat 78

وَمِنهُم أُمِّيّونَ لا يَعلَمونَ ٱلكِتَـٰبَ إِلّا أَمانِيَّ وَإِن هُم إِلّا يَظُنّونَ

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang ‘buta huruf’, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

  1. Allah menerangkan dalam kalangan Yahudi ada yang buta huruf (ummiy). Ummiy ini dari perkataan ummi iaitu ibu, ummiy ialah yang baru keluar dari rahim ibu. Seperti bayi, ia tidak tahu apa-apa langsung. Golongan ini tidak faham kitab yang diturunkan buat mereka dengan menyeluruh, mereka belajar dari penjelasan-penjelasan bohong pendeta Yahudi. Kelompok ini tidak berusaha mencari kebenaran tetapi mengaku beragama.

  2. Yang dimaksudkan dengan ummiy itu ialah golongan: 1. Tidak tahu isi kitab dengan menyeluruh, 2. Tidak faham tafsir, 3. Hanya menerima sahaja apa yang disampaikan tanpa mendalami, 4. Hanya menerima sahaja tanpa memahami dengan fahaman yang benar. Allah mencela orang yang tidak faham ilmu wahyu, bagaimana dapat hidup dengan selamat jika panduannya tidak kita tahu dengan mendalam.

  3. Iktibar juga kepada umat Islam sekarang terutamanya orang Melayu yang pandai baca Al-Quran, selalu melaziminya, tajwidnya bagus sekali tetapi tidak dapat memahami maksudnya, tidak juga berusaha mempelajari Al-Quran dan tidak menjadikannya petunjuk dalam kehidupan. Ilmu wahyu perlu difahami sebagaimana para salaf memahaminya, begitu juga dalam memahami sunnah yang ditinggalkan Rasulullah saw.

Ayat 79

فَوَيلٌ لِّلَّذينَ يَكتُبونَ ٱلكِتَـٰبَ بِأَيديهِم ثُمَّ يَقولونَ هٰذا مِن عِندِ اللَّهِ لِيَشتَروا بِهِ ثَمَنًا قَليلًا ۖ فَوَيلٌ لَّهُم مِمّا كَتَبَت أَيديهِم وَوَيلٌ لَّهُم مِّمّا يَكسِبونَ

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

  1. Jika dalam ayat sebelum ini Allah tujukan kepada Bani Israil yang bersikap bodoh kerana menerima sahaja apa yang disampaikan orang alim mereka tanpa berusaha mencari kebenaran sebenar, ayat ini pula ditujukan kepada arang alim mereka sendiri. Tiga kali perkataan celaka (وَيلٌ) diulang dalam ayat ini menunjukkan betapa buruknya perbuatan mereka itu yang mengubah isi kandungan Taurat dengan sesuatu yang mereka reka sendiri.

  2. Mereka ini bukan sahaja mengubahnya dengan perkataan bahkan mereka ubah dengan tangan mereka sendiri, ini menunjukkan mereka bukan tersilap tetapi betul-betul mahu ubah apa yang telah Allah turunkan kepada Bani Israil. Bukan sahaja mereka ubah kitab Taurat tetapi mereka menulis kitab amalan baru yang bukan dari ajaran Nabi Musa as. Berhati-hati kerana dalam masyarakat kita pun ada kitab amalan yang bukan dari ajaran Muhammad saw.

  3. Mereka ubah sebahagian ayat berdasarkan nafsu mereka, yang mana menguntungkan mereka itulah yang disampaikan. Mana yang merugikan mereka, mereka akan ubah sesuka hati. Untung kita sebagai orang Islam kerana kitab Al-Quran telah dijamin akan dipelihara sekurang-kurangnya dari segi teksnya. Walaupun terjamin dipelihara dari segi teks ada juga sebahagian yang cuba mengubah maksud ayatnya.

  4. Setelah mereka ubah perkataan, ayat dan menambah ayat-ayat baru mereka claim pula ini semua adalah dari Allah kepada pengikut mereka. Serupa juga dengan orang yang beramal dengan amalan yang tidak sahih dari Allah dan rasul, mereka claim ini semua ada dalam Islam. Selain dari mengubah maksud dalam Al-Quran dan hadits, musibah besar umat Islam akhir zaman ini ialah apabila hukum-hukum di dalam Al-Quran ditukar. Ada yang mengatakan ianya hukuman yang zalim dan ketinggalan zaman.

Ayat 80

وَقالوا لَن تَمَسَّنَا النّارُ إِلّا أَيّامًا مَّعدودَةً ۚ قُل أَتَّخَذتُم عِندَ اللَّهِ عَهدًا فَلَن يُخلِفَ اللَّهُ عَهدَهُ ۖ أَم تَقولونَ عَلَى اللَّهِ ما لا تَعلَمونَ

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”

  1. Disebabkan beragama atas dasar sangkaan, sebahagian dari Bani Israil merasakan mereka akan selamat dari api neraka. Mereka sangka mereka adalah bangsa terpilih yang tidak akan disentuk oleh api neraka. Bagi mereka ilmu agama yang mereka ada telah mencukupi dan tidak perlu lagi mencari kebenaran atau menerima syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw. Mereka anggap amalan mereka benar, tiada siapa dapat menentukan selamatnya dia dari api neraka.

  2. Bani Israil merasakan mereka berada dipihak yang benar sedangkan banyak sekali kesalahan yang telah mereka lakukan. Mereka juga sangka jika pun mereka melakukan kesalahan mereka hanya akan dimasukkan ke dalam neraka untuk beberapa hari sahaja. Pada hakikatnya mereka telah menolak syariat dua kali, pertamanya ketika nabi Isa as diangkat menjadi rasul dan ketika nabi Muhammad saw diangkat menjadi rasul.

  3. Walaupun saki-baki Bani Israil di zaman Nabi Muhammad dari keturunan yang mulia, di kalangan mereka diutuskan banyak nabi dan ramai orang-orang alim di kalangan mereka, ia tidak menjamin mereka untuk selamat dari api neraka. Mereka sangka agama yang mereka ikuti masih lagi benar sedangkan apabila diutuskan nabi Muhammad, syariat agama Yahudi dan Nasrani telah terbatal.

  4. Dalam Islam pun ada yang sanggup masuk neraka sebentar kemudian akan masuk syurga balik. Jika belajar ilmu tafsir dan hadis-hadis tentang azab neraka tiada yang sanggup melaluinya, orang yang punya pemikiran sebegini sebenarnya dipengaruhi syaitan. Bila beranggapan begini maka semua tuntutan dalam agama diremehkan, larangan pula dilanggar dan orang bebas melalukukan perkara yang mereka sangka benar atau baik hanya atas sangkaan sahaja.

  5. Allah perintahkan nabi saw bertanya kepada mereka, adakah mereka benar-benar telah dijanjikan keselamatan dari neraka? Kadang-kadang apabila berurusan dengan orang yang jahil ini lebih baik kita tidak menjawab, sebaliknya ajukan soalan. hakikatnya tiada pun jaminan yang mereka akan selamat dari api neraka. Tiada jaminan keselamatan buat mereka yang lahir dari keturunan baik, sama juga seperti mana nabi saw mengatakan yang jika anaknya Fatimah melalukan dosa, beliau sendiripun tidak dapat menyelamatkannya.

Ayat 81

بَلىٰ مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَـٰطَت بِهِ خَطيئَتُهُ فَأُولٰئِكَ أَصحَـٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خَـٰلِدُونَ

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan dia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

  1. Ayat ini dalam kategori ayat yang menakutkan atau dikenali sebagai ayat Takhwif. Betapa sangkaan Bani Israil tidak benar dan Allah beritahu perkara sebenar. Allah menidakkan sangkaan mereka yang mengatakan paling teruk pun mereka akan dimasukkan ke neraka sekejap sahaja. Bukan sahaja mereka telah melakukan kesalah bahkan kesalahan mereka ada besar iaitu antaranya syirik kepada Allah. Ancaman ini bukan hanya merujuk kepada Yahudi tetapi kepada siapa sahaja, mereka sangka mereka beramal untuk pahala tetapi sebenarnya mereka melakukan syirik.

  2. Dosa syirik itu meliputi mereka sehingga mereka mati, mereka tidak bertaubat atas dosa-dosa mereka. "Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat." (Riwayat Ibn Majah (4392) Status: Hasan). Berbeza dengan orang mukmin, dosa mereka tidak meliputi mereka hingga mati. Orang Mukmin cepat sedar akan kesalahannya dan segera bertaubat. Orang Mukmin sentiasa berhati-hati dari melakukan dosa-dosa besar terutamanya syirik.

  3. Bani Israil yang tidak bertaubat dan menerima Islam sebagai agama benar akan menjadi ahli neraka, mereka akan kekal di dalamnya selamanya. Mereka tidak akan keluar langsung dari neraka, Allah menekankan perkara ini kerana mereka menyangka mereka bangsa istimewa, mereka anak cucu dari para alim ulama, ada di kalangan mereka anak cucu nabi maka mesti Allah akan selamatkan. Paling teruk pun mereka sangka mereka akan dimasukkan ke dalam neraka sekejap sahaja. Hakikatnya itu semua tidak menjamin keselamatan, dosa syirik tiada galang gantinya kecuali kekal di dalam neraka.

Ayat 82

وَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُولٰئِكَ أَصحَـٰبُ الجَنَّةِ ۖ هُم فيها خَـٰلِدُونَ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.

  1. Selepas diberikan dengan ayat Takhwif (ancaman) dalam ayat sebelum ini, Allah ‎ﷻ memberikan ayat Tabshir (menggembirakan) pula pada ayat ini. Jika sebelum ini diterangkan siapa ahli neraka yang kekal di dalamnya, sekarang diterangkan pula siapa ahli syurga yang kekal di dalamnya. Aturannya ialah dengan beriman dengan apa yang patut diimani dengan sempurna.

  2. Setelah beriman dengan iman yang sempurna seterusnya untuk kekal di dalam syurga seseorang itu perlulah beramal dengan amalan yang soleh, amalan boleh jadi amalan yang baik dan boleh jadi amalan yang buruk. Amalan yang baik ialah amalan yang telah dicontohkan oleh Nabi saw. Amalan yang baik semestinya mempunyai dalil yang sahil dari Al-Quran dan hadits nabi saw.

Selesai ruku' 9 dari 40 ruku' Surah Al-Baqarah.

Selasa, Julai 16, 2024

Sejarah Puasa Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamu'alaikum dan selamat pagi, pagi ini ambil kesempatan sedikit untuk membuat catatan pada blog ini berkenaan Hari Asyura iaitu bersamaan dengan 10 Muharram iaitu sama tarikhnya dengan tarikh hari ini. Sebenarnya dua hari ini sedang berkursus dua hari jadi agak lapang sedikit dari bebanan tugas hakiki. Berkenaan hari Asyura ramai yang telah mengetahui tentang kelebihan puasa padanya tetapi mungkin ada yang kurang tahu tentang sejarahnya. Terdapat 4 peringkat bagi puasa Asyura iaitu:

  1. Semasa di Makkah Rasululluh saw telah pun berpuasa hari Asyura begitu juga kaum musyrikin Mekah. Ternyata kaum musyrikin Mekah melaksanakan ibadah2 seperti ibadah kaum muslimin bagaimana pun kesilapan mereka ialah dalam menyembah Allah mereka mensyirikkan Allah dengan berlebihan mengagungkan orang alim di kalangan mereka sehingga mereka menggantung patung-patung berbentuk orang alim mereka yang telah meninggal dunia. Mereka menambah-nambah dan mengubah apa yang tidak sepatutnya ditambah dan diubah dalam ibadah.
  2. Tahap kedua ialah ketika nabi saw telah berhijrah di Madinah dan mendapati orang Yahudi berpuasa juga pada pada hari Asyura. Bila ditanya kepada orang Yahudi, mereka menyatakan hari Asyura adalah hari yang baik di mana nabi Musa berpuasa pada hari Asyura sebagai tanda syukur kepada Allah kerana menyelamatkan nabi Musa as dan pengikutnya dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya. Nabi Muhammad saw menyatakan kaum musliminlah yang sepatutnya lebih lebih mengikuti amalan nabi Musa as ini. Lalu nabi Muhammad saw menganjurkan puasa hari Asyura. Bahkan ketika itu hukumnya berpuasa hari Asyura adalah wajib. 
  3. Tahap ketiga ialah apabila turunnya perintah kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan maka pada ketika ini kewajipan puasa pada hari Asyura berubah hukumnya menjadi sunat.    
  4. Tahap keempat ialah apabila hampir kewafatan nabi saw. Rasulullah saw mahu membezakan amalan puasa Asyura ini dengan kaum Yahudi lalu baginda mensunnahkan berpuasa pada tanggal 9 Muharram. Bagaimana pun Rasulullah saw tidak sempat melaksanakannya kerana sebelum tanggal 9 Muharram itu Rasullullah telah dahulu wafat. Bagaimana pun walaupun sunnah ini tidak sempat dilakukan oleh Rasulullah namun ia tetap menjadi sunnah kerana telah dikhabarkan kepada para sahabat ra. 

Catatan ilmu dari Ustaz Dr Firanda Andirja. Sekian dahulu catatan kali ini, selamat berpuasa dan mendalami ilmu syari'e.

Rabu, Disember 20, 2023

Kenang Kembali Kenangan Umrah 2015

Assalamualaikum dan selamat malam. Dah malam baru dapat membuat catatan pada blog ini. Rasa seperti telah lama pula tidak membuat catatan di sini, hampir seminggu tiada catatan baharu. Catatan ini merupakan catatan kelima untuk bulan Disember ini. Mungkin agak sibuk sedikir pada minggu ini. Hari ini aku ada bengkel untuk menghasilkan polisi bencana untuk hospital tempat aku bekerja. Esok sehari lagi berbengkel. Sebenarnya minggu depan aku bercuti seminggu, makanya banyaklah perkara yang perlu diselesaikan dahulu.

Catatan kali ini hanya nak mengenangkan kembali kenangan umrah pada tahun 2015. Pada ketika itu aku berumrah bersama isteri dan kedua orang tuaku. Bersyukur betul dapat membawa mereka yang telah tua itu mengerjakan umrah. Abah (rahimahullah) pada ketika itu telah pun kurang sihat. Bagaimana pun sepanjang mengerjakan umrah itu kesihatannya baik sekali. Ada ketikanya dia bersendirian ke masjidil haram kerana kami bertiga pergi ziarah di luar kota Mekah. Trip umrah itu juga bersekali dengan ziarah ke Istanbul 2-3 hari. Banyak luang masa bersama abah dan emak pada ketika itu. Banyak juga kenangan2 peribadi yang tidak akan dilupakan.

Di sana kadang kala aku suka nak bertegur dengan orang2 di sana. Aku suka untuk sembang2 ringkas. Antaranya ada orang yang pada fikiranku adalah orang asal afrika, pekerjaannya adalah menjual bertih untuk orang beri makan burung merpati. Antara dialognya aku bertanya dia berasal dari mana, dia hanya menjawab dia muslim. Aku tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu aku bertanya lagi dengan lebih spesifik, kali ini dia menjawab "ardullah", maksudnya bumi Allah. Akhirnya aku mengalah lantas membuat aku terfikir bahawasanya seluruh umat Islam itu sebenarnya satu ummah, hanya kita yang membeza2kan orang itu berbangsa itu, berasal dari negara itu. Sebetulnya keseluruhaan umat Islam adalah satu ummah dan benar seluruh bumi ini adalah milik Allah. Hanya manusia yang mewujudkan batasan2 negara. Batasan2 negara inilah yang menyebabkan Palestin tidak mendapat pembelaan sepatutnya dari negara2 "Islam" yang mengelilingi Israel. Semuanya kerana kepentingan dan kedudukan sementara. Tidaklah menghairankan jika negara mereka juga akan hancur menjadi debu2 seperti di Gaza.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah aku dan isteri akan mengerjakan umrah pada awal tahun 2024. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Setakat ini dahulu untuk catatan kali ini. Hingga bertemu lagi dilain catatan.

Kagum apabila pertama kali melihat clock tower.

Inilah pemuda yang aku tanya di mana asalnya dan dia menjawab dia dari bumi Allah

Pada ketika ini pembangunan sedang pesat dijalankan jadi telah diwujudkan mataf sebagai tempat tambahan untuk tawaf mengelilingi Kaabah.

Abah yang dah lama tak memandu panik apabila duduk di sebelah kanan, sebetulnya pemandu di sana di sebelah kiri. Berbeza dengan di Malaysia.

Ada orang datang membawa ziarah ke luar kota Mekah.

Cantik sekali lampu ini di waktu gelap.

Setakat ini dahulu, sekian.
 

Rabu, November 29, 2023

Penyakit Hati: Merasa Lebih Baik Dari Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog faizalr.com ini. Di sini saya mencoretkan apa sahaja yang ingin dicoretkan. Kebiasaannya saya akan tulis pengalaman hidup seharian. Kisahnya kali ini nak kongsikan pasal "Penyakit Hati: Merasa Lebih Baik Dari Orang Lain" tapi sebelum tu nak share 2 gambar di bawah ni. Gambar pertama tu puan isteri hantar pagi semalam. Dia sekarang sedang outstation di Bangkok katanya kat hotel tempat dia menginap ada menu halal. Syukurlah, biasanya di negara2 bukan penduduk Islam adalah majoriti agak susah nak dapat makanan halal, apalagi di hotel. Nak selamat jadi vege dahululah. Makanan yang puan isteri kongsi tu adalah "dosa". Untuk yang tak biasa ini adalah makanan yang berasal dari India. Masa dia hantar tu caption dia "ada makanan halal tapi dosa". Aku tak pasti sama ada dosa dan tosai adalah makanan yang sama kerana nampak seperti sama.

 
Hotel Amari Bangkok menyediakan makanan halal

Pagi tadi aku kongsikan sarapan pagi aku pula iaitu roti telur kuah banjir siap ada sambal kat atas dia. Makan panas2 memang sedap. Gerenti tak ranjau punya. Mesti dia meleleh air liur tengok tu kerana ini antara makan favorite dia.

Roti telur kuah banjir dan sambal

Berbalik kepada tajuk yang nak aku kongsikan, berkaitan penyakit hati yang satu ini, ia susah betul nak dijaga. Selalu bila kita lihat orang yang nasibnya kurang baik contohnya dari segi pekerjaannya, dari segi kewangannya atau kehidupannya yang susah kita akan merasa kita ini lebih baik dari orang itu. Jika kita mengambil iktibar peristiwa iblis yang tidak mahu ikut arahan Allah kerana merasakan dia lebih baik dari Nabi Adam mungkin kita akan dapat mengubah pandangan kita. Sebenarnya apa yang kita ada hari ini adalah ujian kepada kita, mungkin kita pandai, ada pekerjaan yang baik, keluarga yang menenangkan jiwa atau punya duit lebih sikit namun ia tidaklah menjadikan kita ini lebih baik dari orang lain. Bahkan di sisi Allah pula, yang lebih baik di antara dua individu itu ialah yang lebih taqwanya.

Semoga dapat kita hindarkan diri dari mempunyai penyakit hati sebegini. 

Isnin, April 10, 2023

Oh Allah, Don't Make This World Our Biggest Concern

Oh Allah, Don't Make This World Our Biggest Concern

Tengah duk browse2 gambar lama terjumpa gambar ni. Mungkin nak tegur diri ini untuk tidak menjadikan urusan dunia sebagai keutamaan terbesar. Sekarang ni banyak sekali terima berita orang itu tiba2 sakit, orang itu tiba2 dan meninggal. Perlulah kita sentiasa menginsafi tujuan kita hidup ini yang utamanya adalah sebagai mengumpulkan bekalan untuk kehidupan sebenar di akhirat nanti.

Rabu, Mac 01, 2023

Preparing for Ramadan

Permandangan Jalan Raya Di Waktu Subuh

Ibn Rajab said: "It was said about fasting in Sha'ban that observing it is like practicing for fasting in Ramadan. So, one does enter into the fasting in Ramadan with hardship and discomfort, for he will have practiced fasting and become accustomed to it. Similarly, experiencing the sweetness of fasting in Sha'ban will help fasting in Ramadan with greater enthusiasm, and so one enters into fasting in Ramadan with strength and energy [Latai'f al-Ma'arif].

Khamis, Mac 31, 2022

Lelah Dan Letih Selama Di Dunia Sentiasa Menjadi Bekal Kebajikan Di Akhirat Kelak

 

Assalamualaikum, pagi ni sempat membuat simple graphic menggunakan app Studio by GoDaddy. Cari-cari app Over tak jumpa rupanya mungkin GoDaddy dah beli app Over ni. Sumber teks tak dapat dikenal pasti tapi text ini pernah diposkan pada facebook status beberapa tahun yang lalu.

Kehidupan dunia memang melelahkan. Tapi jangan sampai melemahkan akhirat kita.
Di antara petikan doa yang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam panjatkan:

اللَّهُمَّ اجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah, jadikanlah kehidupan ini tambahan untukku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku dari seluruh keburukan. (HR. Muslim: 2720)

Seperti juga susah dan senang, kehidupan maupun kematian keduanya adalah baik bagi hamba yang beriman.

Lelah dan letih selama di dunia, sentiasa menjadi bekal kebajikan di akhirat kelak.

 Begitulah petikannya.

Khamis, Oktober 21, 2021

Islam Tertegak Di Atas Kebenaran


 

Assalamualaikum. Islam ini tertegak di atas kebenaran. Kalau Yahudi berpecah kepada 71 kelompok, nasoro terpecah kepada 72 kelompok, Islam pula terpecah kepada 73 kelompok. Hanya 1 kelompok sahaja dari 73 itu berada di atas kebenaran dan diterima di sisi Allah ‪ﷻ‬.
 
Kalaupun 72 kelopok berpadu di atas slogan perpaduan tetap hanya 1 kelompok minoriti itu yang diterima di sisi Allah ‪ﷻ‬.
 
Tetap kekallah di atas kebenaran kerana orang yang menolak kebenaran ini bukan setakat sekadar menolak kebenaran, kaedah orang menyatakan kebenaran juga dipersoalkannya.
 
Di R&R Ulu Bernam menuju ke Gombak. Semoga Allah ‪ﷻ‬ tetapkan kita dalam kebenaran.
 

 

Rabu, September 15, 2021

Dunia dan Akhirat

 

Dunia dan Akhirat
 

Sayyidina Ali bin Abi Thalib Radhiallahu ’anhu berkata,

“Ketahuilah, bahwa dunia sedikit-demi-sedikit kita tinggalkan, sedangkan akhirat sedikit-demi-sedikit akan segera kita temui. Masing-masing mereka memiliki anak-anak. Maka jadilah anak-anak akhirat, dan jangan menjadi anak-anak dunia. Karena hari ini (di dunia) adalah waktunya beramal dan belum ada hisab, sedangkan besok (di akhirat) waktunya hisab dan tidak ada lagi amalan” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman 7/3426).

Ahad, Ogos 22, 2021

Manfaatkan Hidup Dengan Beramal

Manfaatkan Hidup Dengan Beramal 


Al-Imam al-Hasan al-Bashry rohimahulloh berkata ketika menyaksikan sebuah jenazah:

"Semoga Allah merahmati orang yang beramal untuk menghadapi hari semacam ini.

Sesungguhnya kalian pada hari ini mampu untuk melakukan hal-hal yang tidak mampu dilakukan oleh saudara-saudara kalian di alam kubur.

Maka manfaatkan dengan sebaik-baiknya kesehatan dan waktu luang, sebelum datangnya hari keterkejutan besar dan hisab."

Qoshur Amal, karya Ibnu Abid Dunya, hlm. 141

 

Rabu, Februari 24, 2021

PUASA HARI PUTIH 2021

PUASA HARI PUTIH 2021


JAN
Selasa 26/1/21 (13 j/akhir)
Rabu 27/1/21(14 j/akhir)
Khamis 28/1/21 (15 j/akhir)

FEB
Khamis 25/2/21 (13 Rejab)
Jumaat 26/2/21 (14 Rejab)
Sabtu 27/2/21 (15 Rejab)

MAC
Sabtu 27/3/21 (13 Sya'ban)
Ahad 28/3/21 (14 Sya'ban)
Isnin 29/3/21 (15 Sya'ban)

APRIL
RAMADHAN AL MUBARAK

MEI
PUASA 6
Jumaat 14/5/21- Rabu 19/5/21 (2-7 Syawal)

Selasa 25/5/21 (13 Syawal)
Rabu 26/5/21 (14 Syawal)
Khamis 27/5/21 (15 Syawal)

JUN
Khamis 24/6/21(13 Zulkaedah)
Jumaat 25/6/21(14 Zulkaedah)
Sabtu 26/6/21 (15 Zulkaedah)

JULAI
Jumaat 23/7/21(13 Zulhijjah)
Sabtu 24/7/21 (14 Zulhijjah)
Ahad 25/7/21 (15 Zulhijjah)

OGOS
Ahad 22/8/21 (13 Muharam)
Isnin 23/8/21 (14 Muharram)
Selasa 24/8/21 (15 Muharram)

SEPTEMBER
Isnin 20/9/21(13 Safar)
Selasa 21/9/21 (14 Safar)
Rabu 22/9/21(15 Safar)

OKTOBER
Rabu 20/10/21 (13 R/awal)
Khamis 21/10/21 (14 R/awal)
Jumaat 22/10/21 (15 R/awal)

NOVEMBER
Khamis 18/11/21 (13 R/akhir)
Jumaat 19/11/21 (14 R/akhir)
Sabtu 20/11/21 (15 R/akhir)

DECEMBER
Sabtu 18/12/21 (13 J/awal)
Ahad 19/12/21 (14 J/awal)
Isnin 20/12/21 (15 J/awal)

SELAMAT BERIBADAH

Rabu, September 02, 2020

Mendirikan Solat Adalah Sifat Orang Sabar



Mendirikan Solat Adalah Sifat Orang Sabar

Tafsir Ibnu Kasir  (QS Al-Ra'd, 13:22)

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),
Permandangan Sawah Padi Di Kampung
Permatang Sungai Dua, Pulau Pinang

Firman Allah, "Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya..." Maksudnya, sabar (menahan diri) daripada melakukan perkara-perkara yang haram dan perbuatan dosa. Mereka mengelak daripada melakukan perbuatan-perbuatan itu kerana mengharap redha dan pahala yang besar daripada Allah SWT "melaksanakan solat.." dengan memelihara pelbagai ketentuannya, waktu-waktunya, rukuk dan sujud, serta kekhusyukan menepati ketentuan syariat yang diredhai. Firman Allah, "..dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka..." Maksudnya, menginfakkan harta kepada orang yang berhak mendapatkan infak itu, seperti keluarga, kerabat dan kepada orang lain yang fakir, sangat memerlukan atau miskin. "..secara sembunyl atau terang-terangan..." Tidak ada satu pun daripada keadaan itu dapat menghalang mereka untuk menginfakkan harta, sama ada pada waktu malam atau siang. Firman Allah, "..serta menolak kejahatan dengan kebaikan..." Maksudnya, mereka menolak kejahatan dengan kebaikan. Jika seseorang menyakiti mereka, maka mereka menghadapinya dengan baik, penuh sabar, serta memaafkannya. Kandungan ayat ini sama dengan firman-Nya, "..Tolaklan (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. (Surah Fussilat, 41: 34-35).

Oleh sebab itu, Allah SWT memberitahu kepada mereka yang mendapat kebahagiaan dan mempunyai sifat-sifat yang baik, bahawa mereka akan memperoleh pengakhiran yang baik, kemudian Allah menjelaskan pengakhiran yang baik ini pada ayat berikutnya, iaitu) syurga-syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh daripada nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka daripada semua pintu; (sambil mengucapkan), "Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu." Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu. (Surah Al-Ra'd, 13: 23-24) (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur'anil Azimi, Jilid 8, 1421 H/2000 M: 135).

Hadis Nabawi

Abu Daud berkata, daripada Huzaifah r.a., dia berkata, "Apabila Nabi SAW tertekan disebabkan sesuatu urusan, maka Baginda mengerjakan solat." (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Dawud, Juz 2, No. Hadis 1319, 1418 H/1997 M: 54).

Khamis, Ogos 06, 2020

Keutamaan Surah Al-Baqarah



Keutamaan Surah Al-Baqarah

"Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur-kubur. Sungguh syaitan akan lari tercirit-birit menjauhi rumah yang dibacakan di dalamnya Surah Al-Baqarah." (Riwayat Muslim no. 1300)

Khamis, Jun 11, 2020

Sembilan Mukjizat Nabi Musa Alaihis Salam

Sembilan Mukjizat Nabi Musa Alaihis Salam:
  1. Tongkat
  2. Tangan
  3. Taufan
  4. Belalang
  5. Kutu
  6. Katak
  7. Darah
  8. Kemarau panjang
  9. Terbelahnya laut (mukjizat terbesar)
Sumber dari Aysar at-Tafasir lilkalam al-'Aliyy al-Kabir halaman 904.

Selasa, September 24, 2019

🏞 Empat Hal Penghindar Malapetaka Bagi Suatu Negeri

🏞 Empat Hal Penghindar Malapetaka Bagi Suatu Negeri

Al-Imâm al-Qurthubiy -rahimahullâh- berkata,

كل بلدة يكون فيها أربعة فأهلها معصومون من البلاء:

إمام عادل لا يظلم

وعالم على سبيل الهدى

ومشايخ يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويحرضون على طلب العلم والقرآن

ونساؤهم مستورات لا يتبرجن تبرج الجاهلية الأولى


"Setiap negeri apabila terdapat empat hal ini, maka penduduknya akan terhindar dari malapetaka:
  1. Seorang pemimpin yang adil dan tidak berbuat zhalim
  2. Orang 'âlim (berilmu) yang meniti jalan petunjuk
  3. Masyâyikh yang ber-amar ma'ruf dan nahi munkar, serta memotivasi untuk thalabul 'ilmi dan mempelajari al-Qur'ân
  4. Para wanita yang menutup 'aurat mereka dan tidak bertabarruj seperti para wanita Jâhiliyyah."
(Al-Jâmi' li Ahkâmil Qur'ân, 4/49)

•|[ Sabilun Nashr ]|•