Memaparkan catatan dengan label Roti Telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti Telur. Papar semua catatan

Rabu, November 29, 2023

Penyakit Hati: Merasa Lebih Baik Dari Orang Lain

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog faizalr.com ini. Di sini saya mencoretkan apa sahaja yang ingin dicoretkan. Kebiasaannya saya akan tulis pengalaman hidup seharian. Kisahnya kali ini nak kongsikan pasal "Penyakit Hati: Merasa Lebih Baik Dari Orang Lain" tapi sebelum tu nak share 2 gambar di bawah ni. Gambar pertama tu puan isteri hantar pagi semalam. Dia sekarang sedang outstation di Bangkok katanya kat hotel tempat dia menginap ada menu halal. Syukurlah, biasanya di negara2 bukan penduduk Islam adalah majoriti agak susah nak dapat makanan halal, apalagi di hotel. Nak selamat jadi vege dahululah. Makanan yang puan isteri kongsi tu adalah "dosa". Untuk yang tak biasa ini adalah makanan yang berasal dari India. Masa dia hantar tu caption dia "ada makanan halal tapi dosa". Aku tak pasti sama ada dosa dan tosai adalah makanan yang sama kerana nampak seperti sama.

 
Hotel Amari Bangkok menyediakan makanan halal

Pagi tadi aku kongsikan sarapan pagi aku pula iaitu roti telur kuah banjir siap ada sambal kat atas dia. Makan panas2 memang sedap. Gerenti tak ranjau punya. Mesti dia meleleh air liur tengok tu kerana ini antara makan favorite dia.

Roti telur kuah banjir dan sambal

Berbalik kepada tajuk yang nak aku kongsikan, berkaitan penyakit hati yang satu ini, ia susah betul nak dijaga. Selalu bila kita lihat orang yang nasibnya kurang baik contohnya dari segi pekerjaannya, dari segi kewangannya atau kehidupannya yang susah kita akan merasa kita ini lebih baik dari orang itu. Jika kita mengambil iktibar peristiwa iblis yang tidak mahu ikut arahan Allah kerana merasakan dia lebih baik dari Nabi Adam mungkin kita akan dapat mengubah pandangan kita. Sebenarnya apa yang kita ada hari ini adalah ujian kepada kita, mungkin kita pandai, ada pekerjaan yang baik, keluarga yang menenangkan jiwa atau punya duit lebih sikit namun ia tidaklah menjadikan kita ini lebih baik dari orang lain. Bahkan di sisi Allah pula, yang lebih baik di antara dua individu itu ialah yang lebih taqwanya.

Semoga dapat kita hindarkan diri dari mempunyai penyakit hati sebegini.