Wednesday, November 15, 2023

Sultan Kebab, Medan Idaman, Gombak

Assalamualaikum, satu lagi update untuk hari ini. Maaf ya jika ada yang kurang suka pada blog yang kerap diupdate. Aku sendiri kurang gemar juga bila follow blog yang terlalu kerap diupdate kerana kita mungkin akan terlepas postingan2 dari blog lain pula. Apapun seleruhannya terserah kepada tuan blog itu sendiri. Masing2 punya rencananya yang tersendiri.

Petang ni saya update berkenaan satu port kebab yang jarang untuk dilupakan begitu sahaja bila balik ke Gombak. Mungkin kerana di sebelah Penang ini masih belum lagi jumpa kebab yang cukup sedap dan memenuhi selera. Hujung minggu baru ni sewaktu masih di Gombak sempat singgah lagi ke gerai Sultan Kebab di Medan Idaman ini. Bagi yang biasa lalu di Jalan Gombak lokasinya dekat shop lot Pasaraya Ong Tai Kim tu.

Dalam pukul sebelas pagi kami singgah untuk beli combo mix saiz besar. Harga untuk combo mix ialah RM21. Dalamnya ada 2 kebab iaitu satu ayam dan 1 daging yang telah dipotong2, dan fries serta pencicah mayonnaise pekat yang dicampur sedikit sos cili. Anak memang sangat suka makanan ni, mak ayahnya pun suka juga. Apabila travelling biasanya menu2 sebegini lebih disukai kerana ia boleh dimakan pada bila2 masa dan di mana2 tempat pun.

Bercerita tentang kebab shawarma ni kenangan yang selalu teringat ialah ketika suatu masa dahulu di Amsterdam, ketika itu bulan puasa dan kebab shawarma sahaja menu yang sesuai untuk dibuat berbuka pada ketika itu. Sanggup naik train ke kawasan Amsterdam Central untuk beli shawarma kebab ni. Bukan murah tapi sebab tiada banyak pilihan. Bila membeli di luar negara petuanya jangan fikir nilainya bila convert semula kepada duit kita kerana jika convert jawabnya tak membelilah kita. Satu potion bagi kebab di Amsterdam ni cukup untuk kongsi berdua, dan masih berlebih lagi. 

Banyak bandar2 besar yang telah ada gerai2 shawarma, kebanyakkan yang berniaga kebab ni ialah orang Syria yang lari dari negara mereka disebabkan peperangan yang masih belum nampak kesudahannya. Mereka hanya ada pilihan untuk kekal tinggal dalam peperangan atau berhijrah ke negara2 lain. Ada juga orang2 tempatan yang cuba untuk menjual menu shawarma ni namun setakat ni masih belum jumpa yang betul2 sedap dan berkualiti seperti di Sultan Kebab ni. Kalau hangpa tau habaq ya.


Semakin lama semakin maju Sultan Kebab, tengok dah berkembang ke satu lot lagi.

Duduk depan kedai ni terasa lapar terus disebabkan bau daging yang dipanggang sebegitu, best tengok pekerja tu slice daging2 tu. Sungguh satisfying.

Setakat ini dahulu untuk petang ini. Ketika menulis ini hujan lebat di luar sana. Alhamdulillah, semoga ia merupakan hujan yang dapat memberi manafaat yang besar.

23 comments:

  1. "... Satu potion bagi kebab di Amsterdam ni cukup untuk kongsi berdua, dan masih berlebih lagi." Di Inggris dan mungkin Eropah umumnya memang begitu. Satu porsi ukurannya jumbo. Kalau ukuran perut Asia, kenyang untuk berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mbak, dahulunya begitu. Sekarang tidak pasti kerna ada kesan "shrinkflation" dibanyak negara maju. Semua produk mengecil tetapi dijual pada harga yang sama.

      Delete
  2. thanks for sharing. belum pernah beli lg kat sini, boleh masuk dlm wishlist sbb i pun suka kebab

    ReplyDelete
  3. Memang sedap kalau dpt mkn kebab ni...kebab pasar mlm pun okay lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebab pasar malam biasanya pakai daging mince.

      Delete
  4. Saya tak masalah kalo ada teman2 yg sering update blognya ☺️. Tetep saya baca semua mulai dari kali trakhir saya membaca tulisannya. Memang jadi butuh waktu lama, tapi biasanya tulisan mereka bagus2 dan menarik dibaca ☺️.

    Malah salut Krn bisa yaa sering update 👍. Saya termasuk tak bisa bang, cuma bisa seminggu sekali update. Krn saya tipe yg mau berinteraksi dengan teman2 yg datang komen. Jadi tak nak terlalu cepat mengupdate tulisan. Beda style saja kan 😁🤭

    Btw, saya juga sukaaa kebab. Dan samalah, di sini pun tak banyak kebab yg betul2 sedap. Bisa dihitung jari saja. So far saya blm bisa ngelupain rasa kebab Lebanon yang saya makan di Berlin dulu. Karena itu saya suka makanan Lebanon, lebih masuk jenis masakannya dari segi bumbu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ternyata orang2 timur tengah pandai sekali menjual kebab, ke merata bandar di Europe mereka telah terokai. Ditambah pula migran yang beragama Islam serta pelancong Islam yang ramai. Laku kedai mereka ni. Orang lebih yakin membeli.

      Delete
  5. Saya kurang update dlm sebulan 4 - 5 entey je tulis.. Sbb nk tulis pasal travel kan bukan benda mudah.. :D
    Sharwama kebab ni kalau dpt yg full daging dia makan kunyah daging lebih dari roti mmg layan.. Huhuu...try dtg ampang banyak kedai kebab. Yg power2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Update travel tu semuanya live atau ada yang throwback?

      Delete
    2. Diselang-seli kan dengan yg lama dan yang baru.. sebab travel agak aktif even selepas berkahwin dan mempunyai anak dan anak anak hahaha..

      Delete
  6. Kebab antara makan yang menjadi kesukaan anak saya...bagi saya rasa macam sama saja dengan makanan yang sepupu sepapat dengan nya seperti burger, roti John dan sebagainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sayu turut menggemarinya, rasanya generasi baharu lebih gemar makanan sebegini berbanding nasi.

      Delete
  7. wak kureng sikit psl kebab atau shwarma ni even kat Doha tu lagi ori., huhu

    ReplyDelete
  8. psl blog pula, wak lebih suka baca blog yg selalu diupdate drpd yg tak terupdate atau xtau bila diupdate., haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting konsisten dan tak tinggalkan sampai bersawang.

      Delete
  9. Saya suka baca boleh yang selalu diupdate tapi saya sendiri jarang update blog sebab selalu kesuntukan masa, entah buat apa pun taktau masa asyik takde je..pelik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, kurang masa nak update hari2. Nak membaca pun perlu banyak masa juga.

      Delete
  10. Alamak... Saya mungkin update bila mana byk idea... Kdg2 xd idea pun.. Hihihi.

    Tp kebab mmg sedap.. Makan dia saja pun dah kyg, tp anak2 linda x reti sangat makana yang bercmpur2 nie..

    ReplyDelete
  11. Boleh try ni InshaaAllah...org M'sia mesti nk cili sos, cepat muak kalau cicah mayo je...kesian tgk org Syria jd pelarian di negara org..

    ReplyDelete
  12. Wah menarik.. Saya suka makan keba tapi da jarang nak beli.. Kalau lajak ke sini bolehlah menyinggah..

    ReplyDelete