Monday, December 04, 2023

Buah Tangan Dari Bangkok: Dried Kiwi Fruit

Buah kiwi kering di dalam balang.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selamat kembali berweekdays. Hujung minggu baru ni tak sempat nak catat apa2 pada blog ini. Berkenaan blog ini bukan sahaja aku suka membuat catatan di blog tetapi juga aku suka baca catatan orang lain. Selain itu aku juga baca komen2 pada catatan2 blog, tak kiralah ianya blog sendiri atau blog rakan2 blogger. Aku sebenarnya kagum bila orang memberi respond pada setiap catatan, banyak komen2 aku aku baca adalah komen yang membina, ada yang komennya suka panjang2 dan ada juga yang membuat komen dalam bentuk pertanyaan. Biasanya bila aku meninggalkan komen aku akan tick pada kotak untuk terima juga komen seterusnya pada email. Jadi selain dari baca catatan aku juga membaca komen pada blog dan juga komen2 seterusnya pada email.

Nak update sikit berkenaan buah kiwi kering untuk catatan kali ni. Entah macam mana aku jadi suka pula dengan buah kiwi kering ni. Sebelum2 ni memang suka tapi akhir2 ni dan jadi macam mesti kena ada di rumah pula. Ada yang aku beli di Kedai Buku Hasani, ya kedai buku ini ada juga menjual sedikit barang makanan dan salah satunya dried fruit. Ada juga yang aku beli di Mydin cuma yang di Mydin ni tak berpack lagi dan perlu timbang. Aku tiada masalah sebenarnya untuk beli yang jenis timbang ni cuma aku concern tentang container yang digunakan. Nampak tidak betul2 kedap, bukan apa takut2 ada serangga sahaja. Jadi Mydin sepatutnya guna bekas yang lebih sesuai kerana orang2 macam aku ni ramai sebenarnya haha.

Hari Sabtu baru ni puan isteri bawa balik buah kiwi kering ni satu pack dari Bangkok. Jauh dia membeli kudapan kegemaran ni. Buka bungkusan langsung aja aku masukkan dalam balang plastik. Bolehlah buat makan2 di ruang tamu. Berkenaan khasiatnya kiwi terkenal dengan kandungan vitamin c yang tinggi. Cuma bila dah dikeringkan sebegini tidak pasti pula sama ada kandungan vitamin c nya masih kekal atau sudah berkurang, nanti kita buat kajian berkenaan hal ini. Harap2nya masih berkhasiat dan memberi manafaat kepada kesihatan.

Sekian dahululah catatan untuk kali ini. Terima kasih.

30 comments:

  1. Wah enak sekali Kiwi kering ini seperti kripikkah rasanya? atau ada penyebutan lain kalau buah di keringkan?
    Di Indonesia masih mahal-mahalnya. Jangan yang kering yang buah aja juga mahal. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enak sekali Mbak, walaupun kering ianya tidaklah kering total hingga jadi seperti kripik. Masih ada rasa buahnya kerana proses pengeringannya hanya separa. Masih ada rasa masam dan manisnya cuma ianya tidak berair lagi. Boleh cuba cari di Shopee, jika di bandingkan, harga buah kering ini lebih murah dari yang masih segar.

      Delete
  2. betul..kat bangkok byk jual dried fruits mcm ni.. MA selalu mangga sbb hero tu suka makan dulu.. but now dah x minat dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermusim ya minat hero tu? Mangga pun sedap juga tu.

      Delete
  3. bagus teknologi makanan di Thailand..boleh buat buah2an kering yg sedap..sekrg ni sayur2an pun depa buat jd kering, jd snek yg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga ternampak orang jual secara online sayur2an kering tu. Tak pernah lagi mencubanya. Mula dulu seaweed orang duk tergilakan.

      Delete
  4. tk pernh lg mkn buah kiwi kering...menarik nmpknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah nanti kalau jumpa di mana2. Buat makan2 dalam kereta waktu travel jauh pun ok.

      Delete
  5. buah kiwi dan buah keringa macam ni mmg la mama suka sgt. masam dan manis

    ReplyDelete
  6. wahhh tak pernah lg try mkn buah kiwi kering ni (buah kiwi fresh pun MZ tak gemar sgt tp boleh jer mkn kalau dh ada dpn mata hahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak khasiat buah kiwi ni, kalau tak silap kandungan vitamin c lebih tinggi dari buah limau atau oren.

      Delete
  7. Suka sangat kiwi kering ni, boleh ralit makan habis sepeket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sampai ralit nanti cepat habis. Jimat2 makan dua tiga kepin setiap hari.

      Delete
  8. Sampai saat ini saya tidak suka kiwi. Anak-anak suka beli, tapi tak pernah saya menyentuhnya. Saya lebih memilih buah mangga atau alpokat saja Mas.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah di Google alpokat itu rupanya adalah avokado. Senang didapati di sana ya?

      Delete
  9. belum pernah coba, karena kiwi biasanya kita nikmati kandungan airnya sehingga nampak segar, akan tetapi ini kering ... bolehlah kapan kapan kita coba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang segar harganya agak mahal terutamanya yang berwarna keemasan, yang hijau biasanya lebih murah.

      Delete
    2. ditempat kami juga karena mungkin bukan produk asli daerah jadi import

      Delete
    3. Di Malaysia juga gak ada ditanam. Kebanyakkannya diimport dari New Zealand.

      Delete
  10. Bukan setakat buah kiwi jer boleh dikeringkan.. Buah nangka, sayur kacang benci dan macam-macam lagi dengan adanya teknologi... Selepas ni dalam pasaran semua sayur dan buah segar dah takde sebabbnya mereka dah keringkan... yer tak? 😊😁😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara manusia mengkonsumsi sayur dan buah telah berubah. Dunia semakin menjengkelkan.

      Delete
  11. Saya pula suka apricot kering.. Kiwi ini tak perna cuba pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula aprikot yang belum pernah cuba rasanya.

      Delete
  12. Sekarang banyak buah" di keringkan,tapi untuk buah kiwi baru kali ini lihat, mirip manisan kering ya, tapi memang sepertinya vitamin akan berkurang ya, tapi sebagai cemilan supaya gak bosan ok jugalah.

    ReplyDelete
  13. Pertama kali coba buah kering, saat di Malang Jawa Timur. Yg paling banyak dikeringkan apel hijau, Krn di sana terkenal apel hijau nya.

    Trus pas ke Bangkok saya coba beli mangga kering. Sedaaap sangat. Walo kering tapi tetap berasa juicy dan harum mangga.

    Kemarin di Penang beli pula guava kering utk saya bagi buat Giveaway followers. Meeka pun bilang sedap .

    Pernah lihat durian pun di keringkan begini, tapi saya belum coba 😄. Nantilah nak beli kalo ketemu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pernah cuba lagi epal yang dikeringkan. Kalau durian dikeringkan mungkin harganya adalah tinggi sekali. Guava/ jambu batu dan magga juga sedap bila dikeringkan.

      Delete
  14. Kelihatannya kriuk sekali. Buah kering dan sayuran kering lagi poluler di tahun ini. Buah kiwi pun termasuk dan seperti emang cocok untuk camilan saat santai 🤩

    ReplyDelete
  15. Saya dan anak-anak pula suka makan dried guava. Kalau pergi ke giant, di bahagian luar giant, ada booth yang dibuka di bahagian tengah lantai pejalan kaki. Jadi tiap kali lalu di situ, akan beli samada dalam bekas tipuware atau plastik. Makan dalam kereta masa otw balik rumah itu wajib huhu

    ReplyDelete
  16. rasanya ammi tak pernah makan dried kiwi..kalau dried peach tu mmg kesukaan sangat

    ReplyDelete
  17. Sedap rupanya ye kiwi kering. Rugilah saya tak cuba atau beli sewaktu berkunjung ke Bangkok. Saya banyak beli mango dan kerepek janggut udang saja.

    ReplyDelete