Rabu, November 12, 2025

Trip ke Cameron Highland, Pahang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Catatan berkenaan trip ke Cameron Highlands, Pahang pada hujung minggu baru ni. Awal-awal wife dah maklum yang dia ada bengkel di CH dan dia suruh aku cuti hari Jumaat tu. Anak pula dah habis exam jadi terpaksa ponteng satu hari. Sekolah pun kadang hanya PdPR sahaja sebab sedang SPM. Hari Jumaat tu kami mulakan perjalanan supaya dapat sampai Simpang Pulai untuk solat Jumaat, ngam2 sahaja azan Zohor kami pun sampai Masjid Saidina Umar Al Khatab tak jauh dari Tol Simpang Pulai. Selesai solat Jumaat kami makan tengah hari di Restoran PakYob, banyak betul pilihan lauk di sini sampai terlebih-lebih pula mengambil lauk. Selesai makan kami check maps, semalam aku check macam ikut laluan Simpang Pulai lebih cepat tetapi bila check semula tengok jem teruk jadi kami tukar plan untuk naik ke CH melalui Tapah walaupun jaraknya lebih jauh. Perjalanan naik ke Tanah Rata agak lancar cuma huh naik pening juga kepala dibuatnya, jalannya macam ular kena palu. 

Kami tiba ke Hotel Cameron Avillion di Tanah Rata agak lewat juga, mulanya plan nak makan malam di luar tapi kerana makanan lebih di hotel jadi kami makan sahaja di hotel. Malam tu kami sempat ke Cameron Centrum di Brinchang. Agak menarik juga tempat ni, dulu rasanya macam belum ada lagi tempat ni. Tempatnya ada stall jualan pelbagai barang yang kebanyakannya yang bertemakan Cameron Highlands, belikan anak jeket kerana dia tak bawa jeket yang sesuai. Suasana agak sejuk juga malam tu di luar. Aku tertarik dengan satu gerai menjual chai masala. Chai atau teh masala ni dipanaskan menggunakan pasir halus kalau tak silap, di bawahnya dapur. Sungguh unik pembuatannya dan selain chai masala, ada juga turkish coffee. Entah mengapa aku lebih teruja dengan chai masala pula ketika itu. Rasanya masih teringat-ingat sampai sekarang, masalanya tidak terlalu keras dan teh bercardamomnya sungguh sesuai dengan cuaca ketika itu. Boleh check facebook page mereka di sini.

Hari Sabtu aku dan anak sempat bersarapan merangkap makan tengah hari di sebuah restoran pakistan iaitu Mama Rich Kitchen. Mulanya hajat nak sarapan sahaja tetapi bila lihat ada nasi yang menarik jadi aku order terus nasi pulao ayam ditambah dengan gulai kambing, anak aku pula order roti nan cheese dengan ayam tandoori. Jenuh juga nak menghabiskan bila anak makan tak habis maka akulah yang terpaksa menghabiskannya. Petangnya kami ke pasar malam, banyak juga wife borong buah dan ubi di sini. Beli juga makanan dan jajan-jajan. Aku tertarik dengan lozenges untuk sakit tekak yang diperbuat dengan bahan madu, halia dan sebagainya. Sampai dua botol aku beli. 

Hari Ahad tu kami keluar agak awal supaya kononnya nak kejar time untuk turun ikut Simpang Pulai, tapi agak lama juga bersarapan di Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm di Kampung Taman Sedia. Kampung ni merupakan penempatan awal orang Melayu di situ. Dulu macam belum famous sangat tempat ni sekarang ramai betul orang, kebanyakan orang tertumpu pada Opah Strawberry yang juga berada di jalan yang sama, aku mencuba nasi lemak dengan sambal tambahan iaitu sambal strawberry. Mulanya risau juga takut rasanya tek kena dengan selera rupanya ok sambalnya, tidaklah rasa strawberry pun. Wife yang mengidam scone dapatlah merasa scone di sini. 

Selesai di situ kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Pulau Pinang, terpaksa juga ikut Tapah kerana kurang jem walaupun jauh.  

 

Masjid Saidina Umat Al Khatab, Simpang Pulai.

Makan tengah hari di PakYob.

Antara gerai di Cameron Centrum.

Chai Masala.

Ada juga pani puri.

Makan tengah hari nasi pulao di Mama Rich. 

Sekitar Opah Strawberries, ramai orang beratur untuk bersarapan.

Nasi lemak strawberry 🍓 

Scones yang diidam-idamkan.

 Sekian dahulu catatan kali ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan