Khamis, Disember 04, 2025

Menghadiri Latihan Aurora Endpoint di Dash Box Hotel Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat petang. Kali ni bukan catatan baiki-baiki atau DIY. Catatan kali ini adalah catatan santai-santai sahaja berkenaan satu latihan yang aku kena hadiri di Cyberjaya. Dari awal lagi boss dah cadangkan nama aku untuk hadir, dan aku pun berkira-kiralah macam mana nak pergi tu. Ada isu juga bila dapat email jemputan tetapi dalam senarai peserta tak ada pula nama, nasib aku contact urusetia untuk kepastian. Susah juga bila dapat maklumat last minute tetapi kita ni dari jauh, nak kena arrange transport dan sebagainya. Juga sebelum itu perlu kebenaran untuk bertugas di luar jabatan. Arrange punya arrange aku buat keputusan untuk naik bas huhu. Rasa malas pula nak bawa kereta tapi akhirnya menyesal pula kerana pada hari nak bertolak tu bas tak muncul. Haru betul bila dah 1 jam lewat mula aku cari contact bas. Bila call tak berangkat, wasap juga tak berjawab, last option terpaksa guna channel Redbus kerana aku beli tiket melalui Redbus. Mereka kata mereka sedang investigate, tiba-tiba muncul seorang perempuan berbangsa Cina tanya aku nak ke mana, aku cakaplah aku nak ke Putrajaya Sentral. Dia kata ada bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sahaja, aku pun ok sahaja sebab aku tengah terdesak. Dah lah dengan anak perempuan (Eryna) ikut sekali. Dua jam jugalah baru dapat naik bas berbanding jadual asal. Back story sebenarnya syarikat bas yang tak muncul tu yang inform perempuan Cina ni, suruh bantulah, sebenarnya aku terpaksa bayar tiket lain, dia kata Redbus yang akan refund semula. 

Perjalanan smooth sampai ke TBS, sampai-sampai terus aku ajak Eryna makan di tingkat 4. Selesai makan kami terus ambil Grab menuju Putrajaya Sentral. Wife ada tinggalan kereta di situ kerana dia outstation ke Terengganu pula hari tu. Sampai rumah terus rasa nak tidur sahaja sebab penat juga dan esoknya nak berbengkel latihan pula.

Esok paginya bermulalah sesi latihan selama dua hari di Dash Box Hotel Cyberjaya. Menarik tempat ni kalau ada anak kecil, kawasannya ada bilik-bilik dalam rumah berbentuk separuh bujur. Ada juga disediakan penginapan cabin. Di tengah kawasan ini ada kolam yang besar. Itulah tarikan utama kalau ada anak kecil. Dalam bengkel latihan itu ada juga jumpa kawan-kawan yang kenal, ada juga jumpa orang baru. Seronok juga kerana kami semua dari skip perkhidmatan teknologi maklumat, cuma tempat bertugas lain-lain. Apa pun kebanyakannya isunya sama sahaja dalam bidang IT ni. Terlalu banyak inisiatif baru menyebabkan beban kerja sentiasa bertambah. Trainer dari Australia pula, memang susah nak tangkap apa yang cuba disampaikan ditambah pula dengan sound system yang bergema dan kadang-kadang hujan juga. 

Hari Khamis malam Jumaat tu kami balik semula ke Penang dengan bas pada pukul 11 malam. Mulanya plan nak balik hari Jumaat tapi sebab akan skip Solat Jumaat jadi aku beli tiket malam itu terus. Masuk bas terus tidur, sedar-sedar dah sampai Penang Sentral. Sampai rumah ngam waktu Subuh. 

Serik pula rasa nak naik bas lain kali, kalau naik kereta memang selesa cuma penat drive. Kos pun tinggi juga. Apa pun Redbus dah refund semula, sepatutnya kena bagi lebihlah kan sebab bas tak muncul. Notification apa pun tak dapat.   

 

Nasib next bas ada dua seat kosong.

Makan malam di TBS, tengah hari tu tak sempat nak makan proper. 

Sarapan di bengkel latihan. Sedap bihunnya.

Latihan Aurora Endpoint.

Suasana di tempat latihan.

Syok ada mesin kopi ni, aku suka campur Espresso dan Coffee Crema.  

Pekena mee tarik di kedai Cina Muslim di Cyberjaya.

Cantik lampu di dalam dewan latihan.

Banyak yang boleh dibuat rupanya pada Aurora Endpoint.

Tunggu nak balik.

Sekian dahulu. Mula karang catatan ni petang tadi, malam baru dapat siapkan dan publish

1 ulasan: