Sabtu, November 22, 2025

Projek Repair Jam Surau

Assalamualaikum dan selamat malam. Ringkas sahaja catatan kali ini sebab rancang nak tadabbur satu ayat malam ni. Hari Rabu baru ni di pejabat aku lalu depan bilik ustaz, tengok dia sedang pegang jam dinding. Rupanya dia mencari jam untuk surau. Mungkin ada tempat yang perlu diletakkan jam atau mungkin ada tempat yang jamnya telah rosak. Dia ada bagi tahu dia memang ada simpan satu jam surau saiz besar tapi dah rosak. Aku pun offer diri untuk baiki jam tu, bukanlah aku ni pandai sangat tetapi dan beberapa kali juga aku baiki jam dinding. Ada yang pernah aku blogkan dengan tajuk Projek Mengganti Enjin Jam Dinding Seiko. Kali ini jamnya tiada jenama, hanya ada tulis quartz sahaja. Disebabkan designnya cantik dan saiznya besar, rugi juga kalau tak digunakan. Aku pun lepas aku cuci-cuci dan check jam yang rosak tu aku pun order enjin jamnya. Ada pula jumpa kedai yang boleh hantar terus (same day delivery) aku pun terus beli. Petangnya enjin jam pun sampai.

Keesokan harinya, aku sampai-sampai pejabat terus buka dan pasang enjin baru, alhamdulillah dengan izin Allah hidup semula jam tu. Kena modify sedikit sebab enjinnya tak sama tapi biasanya boleh sahaja masuk cuma kadang kena adjust sedikit pada jarak antara jarum dan saiz lubang jarum. Petang tu aku bagi semula kepada ustaz, ustaz pun hairan kenapa cepat sangat siapnya. 

   

Cantik font jam ni.

Susun jarum elok-elok, sensitif sikit jarum ni sebab dibuat dari logam nipis.

Enjin SKP baru, siap dapat bateri dan jarum.

Guna semula jarum lama sebab jarum baru untuk jam kecil, pendek. Design pun pelik.

Semak dahulu beberapa jam untuk pastikan waktunya betul.

Sekian, dahulu projek DIY baiki jam surau. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan