Assalamualaikum dan selamat pagi. Sambung lagi ukuwah dengan sahabat sehaji dengan memenuhi undangan perkahwinan anak perempuannya di Ipoh. Kebetulan hari Sabtu baru ni agak free juga jadi aku dah cakap kat wife nak pergi ke kenduri ni. Penang ke Ipoh dalam 2 jam boleh sampai, tidaklah jauh sangat. Mulanya Eryna tidak mahu ikut kerana masih dalam fasa peperiksaan hujung tahun tetapi dia ubah fikiran pula dan dia nak ikut serta.
Pagi sebelum tu aku sempat pick up satu laptop yang lag katanya. Laptop jenama Avita Pura ke tak silap. Pakai Windows 11 tapi RAM 4GB sahaja. Memang tak cukupkan ceritanya. Selesai ambil laptop kemudian kami singgah Surau Taman Pauh Jaya kerana ada program dengan komuniti setempat. Ada juga disediakan aktiviti derma darah. Aku pula dah 3 bulan lepas balik dari Arab Saudi dah kira boleh menderma semula. Ambil masa sedikit kerana agak ramai juga yang menderma dari pagi tu.
Selesai derma darah kami pun siap-siap dan bertolak ke Ipoh. Dalam perjalanan duk tengok dalam WhatsApp group dah ada geng yang sama berhaji sampai dan ada yang dah nak balik. Ada yang tak sempat nak jumpa. Apapun setibanya kami di dewan sempat berjumpa dengan 2 pasangan yang sama berhaji selain dari Haji dan Azlan dan Hjh Hafisah yang menjemput. Seronok dapat bertemu sahabat-sahabat yang sama berhaji. Kalau boleh nak bersembang lama lagi.
Selesai di majlis perkahwinan itu, kami singgah minum cendol pula. Puan isteri duk mengidam nak makan cendol durian. Selesai di situ kami pun balik ke Penang semula.
| Derma darah di Surau Taman Pauh Jaya. |
| Makan satu meja dengan Hj Emuda dan Hjh Sarimah. |
| Bersama Hj Nazri dan Hjh Ruszita. |
| Bergambar dengan yang menjemput, Hj Azlan dan Hjh Hafizah. |
| Sempat berselfie, tahniah diucapkan. |
| Baru nak wefie sekali alamak ada orang nak turun pula. |
| Pekena celdol Ipoh dahulu. |
| Eryna tak makan cendol. Tengok sampai bila agaknya dia tak makan cendol. |
Sekian dahulu untuk catatan kali ini.
Anak ni kalau tak nak makan, memang tak nak makan....anak saya tak makan durian tapi lama2 makan dah seulas dua. Petai dia tak makan.
BalasPadamDari pengalaman dulu masa budak macam-macam juga tak makan tapi bila dah dewasa akan mula makan macam-macam. itu yang nak tengok dia punya tak nak tu sampai bila.
PadamAlhamdulillah…seronok dapat menyambung silaturahim dengan sahabat sehaji.
BalasPadamAihh…rugi Eryna tak makan cendol, makanan tradisional Malaysia tu.
Itulah, baru-baru ni ada diorang buat gathering tapi tak dapat join. Mana yang dapat join kita akan cuba join. Rasanya tak lama nanti dia akan makan juga cendol tu.
PadamTinggi sangat badan hj Azlan itu yaaa. Terlihat jauh bedanya 😅😅. Uwaaah sedapnya cendooool. Saya memang sukaaaa cendol..
BalasPadamKalau di Indonesia cendol ini sebagian daerah menyebutnya Dawet. Trutama daerah pulau Jawa.
Kalau pulau2 lain, sebutannya sama dengan Malaysia, cendol. Jadi kalau Abang ke Jawa, dan ada sebutan dawet, itu maknanya cendol juga 😄
Iya Hj Azlan agak tinggi orangnya, ketika di khemah Mina, tilamnya bersetentang. Bila lunjurkan kaki pasti akan kena kakinya. Ooh dawet ya, nanti nak tanya pekerja Indonesia di sini.
PadamWah! cendol nampak menarik. Nak gi cari jugalah hujung minggu ni.
BalasPadamSekeli sekala kena juga pekena cendol, abc dan laicikang. Minuman special.
PadamOrang kata kawan haji ni berpanjangan....
BalasPadamcute plak perkataan sahabat sehaji..bestnya dpt kwn2 yg baik2 gini
BalasPadamdah macam reunion kecil dengan sahabat sehaji kan
BalasPadamwahhh best tu
BalasPadamdapat bersemuka sambil mkn2
lg pn bkn sng kan nk dpt jumpa mcm ni bla masing2 ddk jauh...